Virus zika boleh menyebabkan kecacatan otak bayi di dalam kandungan

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Virus Zika Yang Melanda Malaysia Sekarang?

virus-zika-08
Virus zika boleh menyebabkan kecacatan otak bayi di dalam kandungan. 🙁

Apa Itu Virus Zika?

Zika adalah virus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes yang juga menyebarkan denggi dan chikungunya.

Bahaya virus Zika
Bahaya virus Zika

Apakah Simptom-Simptom Zika?

1. Mata merah

2. Demam ringan

3. Sakit kepala dan sakit sendi

4. Ruam pada kulit

5. Kelesuan

Apa Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Mengalami Simptom-simptom Zika?

1. Dapatkan rawatan untuk melegakan kesakitan dan demam.

2. Banyakkan minum air masak.

3. Pakai baju berlengan panjang dan labuh supaya tidak digigit oleh nyamuk Aedes.

4. Sekiranya tanda-tanda semakin teruk atau berlaku komplikasi, segeralah dapatkan rawatan lanjut di hospital terutamanya wanita hamil.

Bagaimana Untuk Mengelak Dari Dijangkiti Virus Zika?

1. Buang air bertakung di dalam tayar-tayar buruk, alas pasu bunga, botol dan bekas yang menakung air.

2. Tutup semua bekas tadahan air. Sekiranya terpaksa menadah air, masukkan bahan pembunuh jentik-jentik.

3. Pastikan sampah sarap dibuang ke dalam beg sampah dan tong sampah yang bertutup rapat.

4. Pakai seluar panjang dan baju lengan panjang.

5. Sapukan losyen herbal blend, losyen halau nyamuk ke seluruh badan untuk mengelakkan nyamuk hinggap.

6. Gunakan skrin atau langsir yang telah dirawat racun serangga nyamuk untuk menutup tingkap dan pintu.

7. Pasang kelambu di bilik tidur.

Info rujukan : FB KKM

Bahaya virus Zika

!! TIADA VAKSIN untuk merawat Zika !!

Sama-samalah kita jaga kesihatan dan tingkatkan sistem imun badan kita untuk elak virus Zika ni. Moga kita semua dilindungi dari segala penyakit yang menular ini. InshaAllah.

Salam Prihatin,

AkakSelim

019-722 8520

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge