Apa itu kolagen?

Eh, apa kolagen ni? Perlu ke? Hmmmm… saya sebelum ni pun memang tertanya2 sebegini. Ok, sekarang jom kita tengok satu persatu. Apa dia kolagen ni. Perlu ke untuk kita? Sejak bila kolagen makin berkurangan dalam badan kita ni…..

Apa itu Kolagen ?

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 70% daripada keseluruhan protein di dalam badan. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.

Kedudukan kolagen di dalam kulit kita.
Kedudukan kolagen di dalam kulit kita.

Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi,  dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buah pinggang,jantung serta sistem limfatik.

Terdapat  29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.

  • Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi
  • Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata
  • Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim
  • Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
  • Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.

Jom kita tengok gambar ni.  Kolagen makin berkurang pertambahan usia seawal umur 25 tahun.

Kolagen makin berkurang selepas umur 25.
Kolagen makin berkurang selepas umur 25.

Jom kita tengok pula apa kesan2 kekurangan kolagen ni.

Kesan kekurangan kolagen.
Kesan kekurangan kolagen.

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.

Struktur kolagen di dalam kulit kita
Struktur kolagen di dalam kulit kita

Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

Sudah tentu kita taknak kesan2 ini muncul seawal umur 26 tahun kan? 😛 Jadi bagaimana untuk kita mengatasinya? Kita akan bincangkan di post seterusnya ya. Jumpa lagi di entry akan datang. Tentang bagaimana kita ingin mengekalkan kolagen dalam badan kita. 🙂

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk-produk Shaklee, anda boleh hubungi saya di :-
Laila
ID 854299
Email : lailaisma2207@gmail.com
SMS/Whatsapp : 019-722 8520

Laila 019-722 8520
Laila 019-722 8520
Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge