Anak Lebih Bijak Dan Sihat Dengan Susu Ibu

Mungkin ada orang menyusukan anak dengan susu ibu untuk jimat belanja. Tak perlu beli susu formula dah. Katanya selalu naik harga sekarang ni. Naik harga tu bukan sikit-sikit. Naik harga RM5-RM10 macam tu. Banyak tu!!

Tak kisahlah apa pun tujuan ibu-ibu nak menyusukan anak. Sebab, yang paling penting anak-anak dapat makanan terbaik daripada ibunya. Dari segi emosi ibu, kita akan rasa lebih tenang dan dapat rehat semasa menyusukan anak kita. Begitu juga dengan anak yang disusukan. Banyak manfaatnya.

Kebaikan Penyusuan Susu Ibu Untuk Si Comel

1. Susu ibu ni mudah untuk dihadamkan, jadi ia tidak membebankan organ dalaman anak kita.

2. Susu ibu mengandungi komposisi zat yang sesuai mengikut tahap perkembangan dan umur anak kita.

3. Anak kita dapat menikmati kolostrum yang sangat penting sebagai imunisasi pertama dalam hidupnya.

4. Anak lebih pintar kerana mendapat DHA dan AHA yang penting untuk perkembangan otak anak kita.

5. Cepat untuk disediakan, bersih dan suhu yang sesuai untuk anak kita.

6. Susu ibu bertindak sebagai laksatif yang mengeluarkan mekonium dan mengurangkan risiko jaundis.

7. Anak yang menyusu ibu mempunyai pertumbuhan gigi dan rahang gigi yang baik.

Haaa.. Banyak betul kebaikan susu ibu untuk anak kita kan? Jika ada masalah semasa menyusukan, cepat-cepatlah cari orang yang boleh bantu kita menyusukan dengan betul.
InshaAllah dengan semangat ingin menyusu tu, ibu-ibu berjaya memberikan makanan awal yang terbaik untuk anak-anak.

Salam Sayang,
Laila Ismail
Mak Anak Empat

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge