Amalan Ayat-Ayat Al-Quran Agar Susu Ibu Sentiasa Cukup

Di samping amalan-amalan pemakanan dan pengepaman/penyusuan yang kerap, ibu-ibu juga digalakkan membaca ayat-ayat Al-quran serta berdoa kepada Allah agar penghasilan susu ibu adalah mencukupi untuk anak kita.

berdoa mohon diperbanyakkan dan dipermudahkan menyusu

1. Doa

Bacalah doa,

YA ALLAH… Mudahkanlah urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan mudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti  segala yang Engkau syariatkan. AMEEN.

2. Selawat dan Bismillah

Bacalah Selawat dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam.

berdoa mohon diperbanyakkan dan dipermudahkan menyusu

3. Surah Al-Hijr, ayat 22-23

Amalkan bacaan surah Al-Hijr, ayat 22-23 yang bermaksud :

“Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya. Dan sesungguhnya Kamilah yang menghidupkan dan mematikan, dan Kamilah yang kekal memiliki segala-galanya.”

4. Surah Saad, ayat 54

Amalkan bacaan surah Saad, ayat 54 yang bermaksud :

“Sesungguhnya ini ialah pemberian kepada kamu, pemberian yang tidak habis-habis.”

berdoa mohon diperbanyakkan dan dipermudahkan menyusu

5. Surah Al-Hujurat dan Al-Kauthar

Membaca surah Al-Hujurat dan Al-Kauthar sebagai amalan harian terutama dalam tempoh menyusukan bayi anda.

 

Semoga dengan amalan-amalan ini, Allah mempermudahkan perjalanan menyusukan si comel anda. InshaAllah.

Selamat mengamalkannya ya. 🙂

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge