Turun 20 kg dengan cepat

Aku Yang Gigih Demi Menurunkan Berat Badan

Sepanjang hidup ni ada beberapa kali juga yang saya rasa saya mengambil langkah drastik untuk berubah atas beberapa sebab.

Saya nak kongsi 2 kisah.

Kisah 1 : Belajar berenang di usia 27 tahun!

Kali pertama saya rasa serius nak turunkan berat badan. Saya memang jaga makan dan makan nasi hanya seminggu sekali je.

Saya fikir saya perlu exercise juga ni sebab nak cepat turunkan berat dan nak bagi firm! Masa tu tak belajar sangat pasal tambah otot ke apa. Yang penting saya nak kuruskan badan.

Exercise apa yang saya boleh lakukan diorang diri? Kawan-kawan semua kurus, jadi tiada siapa saya boleh ajak bersenam secara gigih. Main juga badminton seminggu sekali tapi mana cukup kan? Nak jogging saya tak minat pula.

Fikir punya fikir saya nak berenang! Katanya paling efektif untuk turunkan berat badan. Tapi tak reti berenang! Haha.

Malu tu memang rasa malu nak mulakan. Tapi demi nak kurus punya pasal, saya daftar kelas berenang. Dan masa tu nasib saya baik, saya boleh pergi berenang setiap hari tanpa bayaran selagi latihan bersama cikgu belum tamat. Ada 10 sesi latihan tu.

Gigih tau belajar dan berlatih. Boleh dikatakan setiap hari saya pergi berlatih. Balik kerja pukul 6, terus terjun kolam. Pagi Sabtu dan Ahad saya wajib berada di kolam renang. Gigih kan?

Haaaaaa… akhirnya tamatlah latihan bersama cikgu renang dan dalam masa yang sama berat saya makin turun dan turun. Muscle pun boleh tahan sebab gigih berenang kan!

Akhirnya berat saya turun ke 49 kg di usia 29 tahun (Tahun 2007)!

Kisah 2 : Nekad turunkan berat sebab Visceral Fat di tahap bahaya

November 2015, saya buat check up di Shaklee JB. Visceral fat saya 24! Tahap paling tinggi tu.

Lama juga ambil masa termenung sebab anak masih menyusu waktu tu. Akhirnya Febuari 2016, sekali lagi saya nekad untuk menurunkan berat badan.

Sepanjang 2016, saya berjaya menurunkan lebih 20 kg. Dari 80.7 kg hinggalah turun ke 59.8 kg.

Cara Turunkan Berat 20 Kg Dengan Cepat Tanpa Perlu Berlapar
Berjaya kurangkan 20 kg dalam masa 7 bulan.

2017 tu plannya nak turunkan hingga ke 55 kg dan nak fokus kepada tambah muscle.

Namun perancangan Allah lebih cantik dan lebih baik untuk kami sekeluarga.

Saya mengandung anak ke 4 dan kini sedang berpantang hari ke 7.:)

Alhamdulillah. Syukur dengan nikmat Allah ini.

InshaAllah tahun 2018 ni, saya akan gigih semula untuk turunkan berat yang naik sepanjang mengandung.

Jom join saya menjadi seorang manusia yang gigih dan kental. Hihi.

Salam sayang,

Laila Ismail

Mak anak 4

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge