9 Panduan Mudah Untuk Cegah Strok Haba

Sekarang cuaca kat Malaysia memang sangat panas sehingga boleh menyebabkan strok haba. Ramai juga yang meninggal kerana strok haba ni. Terutamanya mereka yang bekerja di luar di bawah panas matahari. Terkini seorang ayah yang maish muda 29 tahun, meninggal kerana strok haba. Tak dapat bayangkan mereka yang warga emas dan masih bekerja di bawah mentari terik. Semoga mereka semua dilindungi.

Untuk elak strok haba, ada beberapa tips mudah yang saya nak kongsikan. Moga menjadi panduan terbaik buat semua.

9 Panduan Mudah Untuk Elak Strok Haba

1. Banyak Minum Air Masak/Air Putih

minum air untuk elak kulit kering dan kusam

Tidak perlu tunggu sehingga dahaga baru minum air. Sentiasa pastikan minum air sehingga 2-3 liter sehari.

2. Minum Air Isotonik Tanpa Karbonat

Jika terasa tubuh dehidrasi, minum air isotonik tanpa karbonat kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang akibat berpeluh.

3. Kurangkan Aktiviti Luar

Lebihkan masa berada di dalam rumah dan hadkan aktiviti luar rumah.

4. Gunakan Kipas Atau Pendingin Hawa

Sentiasa gunakan kipas atau pendingin hawa untuk menyejukkan badan.

5. Pakai Pakaian Yang Sesuai

Pakai pakaian yang berwarna terang, ringan dan longgar untuk mengelakkan badan terlalu panas dan tidak menyerap haba panas. Lebih elok jika memakai pakaian daripada kain kapas supaya peluh boleh menyerap dengan mudah.

6. Pakai Topi Atau Gunakan Payung

Pakai topi atau gunakan payung untuk melindungi diri dari pancaran haba terus ke badan.

7. Pakai Losyen

Untuk melembabkan kulit. Pilih losyen dari bahan semulajadi yang bebas dari bahan kimia berbahaya kepada kulit untuk jangka masa panjang.

8. Tidak Duduk Di Dalam Kenderaan

Tidak duduk di dalam kenderaan yang tertutup tanpa pendingin hawa. Jangan tinggalkan anak-anak anda di dalam kereta yang tertutup dan tiada pendingin hawa. Adalah tidak selamat untuk meninggalkan mereka tanpa pengawasan orang dewasa.

9. Kurangkan Minum Minuman Berkafein Atau Beralkohol Atau Bergula

Kurangkan minuman-minuman ini untuk mengelakkan badan mudah kehilangan air dan dehidrasi.

Secara ringkasnya, boleh lihat gambar ini ya. Simpan di dalam telefon masing-masing dan kongsikan kepada mereka yang tersayang.

Panduan elak strok haba

Semoga kita semua dilindungi dan dijauhi dari terkena strok haba yang sangat berbahaya ini.

Jaga diri dan keluarga yaa. Dapatkan First Aid Kit untuk melawan strok haba hari ini.

 

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge