Turunkan berat badan cara cepat

8 Kesilapan Yang Sering Dilakukan Semasa Menurunkan Berat Badan

Kesilapan-kesilapan ini adalah daripada pengalaman saya sendiri dan juga pengalaman rakan-rakan yang sama-sama berdiet untuk menurunkan berat badan.

Dulu-dulu saya turunkan berat badan dengan menggunakan cara sendiri, tetapi sekarang lebih banyak berguru dan mencari info daripada orang yang lebih pakar seperti Kevin Zahri dan anak-anak didik beliau.

Kesilapan Yang Sering Dilakukan Semasa Menurunkan Berat Badan

1. Berlapar/Makan Terlalu Sedikit

cepat turun berat

Sebenarnya berlapar atau makan terlalu sedikit akan menyebabkan berat badan langsung tidak turun atau makin naik. Ini adalah kerana kadar metabolisme akan menurun jika kita tidak makan. Apabila kita tidak makan dengan hidangan yang betul, kita akan terasa lapar dan tidak dapat mengawal nafsu makan. Akhirnya kita makan lebih banyak dan berat badan akan naik pula. Bukannya turun.

2. Makan Makanan Tertentu Sahaja

Turunkan berat badan dengan cepat

Pernah dengar DIET EPAL? Makan 1 biji epal je sehari. Atau makan sup sayur jeeee setiap hari. Lapar kot kan? Hanya sebiji epal tak mampu mengenyangkan kita, malah akan menyebabkan kadar metabolisme juga akan menurun. Kita mungkin akan turun berat badan hanya dengan 1 biji epal sehari tetapi kita akan kekurangan nutrien dalam badan dan menjadikan diri kita tidak sihat. Sebaiknya makan mengikut keperluan makanan yang betul, hanya perlu mengawal jumlah makanaan yang diambil.

3. Kawal Pemakanan Sepanjang Berdiet Sahaja

cepat turun berat

Sepanjang berdiet, kawal pengambilan makanan. Kurangkan gula, kurangkan garam dan mengambil jumlah makanan yang betul. Tetapi apabila sudah mencapai berat yang diingini, terus berlagak seperti orang tak makan 5 hari. Semua benda kita makan. Akhirnya diet tak kemana. Makin gemuk ada laaa..

Kawal pemakanan bukan hanya semasa berdiet sahaja, ia seharusnya dilakukan secara berterusan. Bukannya langsung tidak boleh ambil makanan yang tinggi kalori sesekali, tetapi ingat. Jangan sampai lupa diri.

4. Elakkan karbohidrat seperti nasi dan roti

Cepat turun berat
Pilih sumber karbohidrat yang sihat.

Ini memang saya pernah buat zaman2 bujang dulu.. hehe. Maklumlah kurang ilmu. Masa tu pulak susah juga berinternet ni. (Macam hidup zaman 80-an pulak kan… hihi). Masa tu saya hanya makan nasi sekali seminggu sahaja. Berat memang turun sebab saya aktif bersenam. πŸ™‚

Tapi yang silapnya, badan kita juga memerlukan karbohidrat. Cuma cara pengambilan karbohidrat tu kena pastikan ianya betul. Jika ambil nasi, hanya ambil segenggam tangan kita. πŸ™‚

Dan silapnya kita, tak ambil nasi tapi ganti dengan mee, kuey tiaw dan lain-lain. Sebenarnya nasi lebih baik berbanding mee tersebut.

5. Tidak Mencari Info Yang Betul Untuk Turunkan Berat

Haa.. sayalah ni. Buat ikut kepala sendiri aje. πŸ™‚

Sepatutnya cari info yang betul dan tepat untuk menurunkan berat badan. Cari cara makan yang betul, senaman yang perlu untuk turun berat dengan sihat dan cepat.

Kalau ada jurulatih lagi bagus.

6. Malas Bersenam

Turunkan berat badan dengan cepat

Nak kurangkan berat badan hanya dengan cara kurangkan makan sahaja. Langsung tidak mahu bersenam. Sepatutnya bersenam menjadi rutin harian kita. Sekurang-kurangnya 4x seminggu dalam tempoh 30 minit setiap sesi.

7. Ambil Sup Sahaja

Ini memang kesilapan besar. Yang sebenarnya kita perlu makan isinya sama ada sup sayur ke, sup ayam ke, sup daging ke. Bukannya makan supnya sahaja. Amalan songsang dengan cara pemakanan yang betul untuk diet ni. Yang ni pun saya selalu buat jugak dulu-dulu. πŸ™

8. Salahkan Makanan Tambahan

Turun berat cepat

 

Semasa mengambil makanan tambahan seperti protein untuk menurunkan berat badan, kita jaga jadual harian kita dengan senaman setiap hari dan makan dengan betul. Tetapi bila dah dapat berat idaman sepanjang mengambil makanan tambahan, kita kembali kepada tabiat lama kita. Lepas tu kita salahkan makanan tambahan tu yang membuatkan kita gemuk semula.

Biasa dengar tak?

Aku makan produk xxx dulu, bila dah stop je badan naik balik.

Biasa dengar kan? Padahal kita silap. Masa kita ambil makanan tambahan tu, kita punyalah jaga makan minum. Bersenam sokmo. Lepas tu semuanya kita lupakan dan kita salahkan makanan tambahan tersebut sebab berat kita dah naik semula.

Pernah buat kesilapan-2kesilapan ni? Kalau pernah, jom kita sebarkan. Semoga orang lain yang baru nak mulakan takkan tersilap langkah macam kita.

Jika ada apa-apa nak tanya tentang cara turunkan berat badan, boleh hubungi saya di 019-722 8520. InshaAllah saya akan jawab secepat mungkin.

Jom Kurus 2016!! Sama-sama kita usaha untuk kuruskan badan yaa… πŸ™‚

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge