8 Cara Merawat Bengkak Susu Semasa Berpantang

masalah bengkak susu

Ramai ibu yang mengalami masalah bengkak susu lepas bersalin, tambah-tambah lagi kalau lambat berurut. Kalau dah mula berurut tu agak lega sikitlah. Itu pun kalau tukang urut tu ada skill urut payudara yang bengkak. 🙂

Atasi masalah bengkak susu semasa berpantang
Masalah bengkak susu memang menyakitkan… 🙁

Begitu juga dengan saya, 2 kali bersalin 2 kali saya hadapi masalah ni. Bengkak susu yang tak mampu saya selesaikan sendiri kecuali dengan berurut dengan tukang urut. Huhuhu… Alhamdulillah bersalin yang ke 3 ni saya berjaya menyelesaikannya sendiri. 🙂 Nanti saya share apa yang telah saya lakukan yaaa…

Cara Merawat Bengkak Susu

1. Menyusu Bayi Dengan Lebih Kerap

cara atasi payudara bengkak
Kerapkan penyusuan untuk atasi masalah bengkak susu

Berikan bayi anda menyusu dengan lebih kerap. Biarkan bayi mengosongkan payudara anda. Tetapi..
Jika alami masalah untuk menyusu sebab payudara terlalu bengkak, boleh perah dengan menggunakan pam atau dengan tangan.

2. Perah Susu Dengan Menggunakan Pam atau Tangan

Perah susu dengan menggunakan pam atau tangan. Dengan cara ini, susu dapat dikeluarkan dan dapat mengurangkan bengkak susu tersebut. Cuma kadang-kadang, bila terlalu bengkak, nak pam pun sakit…. !!

Tak tahu nak perah susu dengan tangan? Boleh klik link di bawah ni ya.

Memerah susu dengan tangan

3. Tekap Payudara Dengan Menggunakan Kobis

Tekap dengan kobis untuk kurangkan bengkak susu.
Tekap dengan kobis untuk kurangkan bengkak susu.

Walaupun tiada kajian saintifik yang mengatakan kobis boleh mengatasi masalah payudara bengkak, ramai ibu yang telah mempraktikkannya mengatakan ianya berkesan. Tapi saya tidak pernah pula mencuba cara ni.. 🙂

4. Tuam Dengan Tuala Panas

Tuam menggunakan tuala panas ni adalah salah satu cara paling berkesan untuk saya sendiri. Pastikan tuala yang dicelup dengan air panas, bukan air suam yaa… Kerana selepas dicelup dengan air suam, haba panas akan makin menyejuk semasa kita menuam payudara dan membuatkan bengkak tidak surut. Sebaliknya celup hujung tuala dengan air panas, perah (balut bahagian yang dicelup dengan air panas tu dengan hujung tuala yang kering supaya tangan tak sakit terkena air panas) dan cepat2 tuam payudara yang bengkak. Ulang beberapa kali dan bengkak akan berkurang sedikit demi sedikit.

5. Berurut

berurut untuk atasi payudara bengkak

Ada tukang urut yang memang pandai urut untuk mengurangkan

bengkak susu ni. Jadi carilah tukang urut yang benar2 berkaliber untuk masalah ni. Sebab apa? Tak semua tukang urut tahu nak menyelesaikan masalah ni…

6. Tuam Dengan Air Panas

Konsepnya lebih kurang juga dengan tuam dengan tuala panas tu, cuma air panas ni perlu dimasukkan ke dalam botol yang betul2 kedap. Ingat tau, pastikan kedap. Jika tidak kedap, kebarangkalian melecur pula terkena air panas. Mintak dijauhkan!! Saya gunakan bekas tupperware tu, masukkan air panas separuh botol dan tuamkan payudara. InshaAllah cepat berkesan. Meredakan bengkak dan salur susu yang tersumbat tu rasa lega sedikit. Jangan lupa untuk terus pam/menyusu yaa..

7. Ambil Lecithin

Cara atasi bengkak susu
Lecithin sangat berkesan untuk atasi masalah payudara bengkak semasa berpantang.

Menurut pakar penyusuan Dr. Jack Newman, lecithin dapat membantu mengurangkan bengkak susu mungkin dengan meningkatkan lemak tidak tepu jenis poli yang mengurangkan susu melekat antara satu sama lain. Dos yang dicadangkan ialah 3600-4800mg sehari. Untuk Lecithin Shaklee, ibu boleh makan 3-4 biji kapsul sehari. (1 kapsul 1200mg). Selepas dalam seminggu pengambilan, dan sakit semakin kurang ibu boleh mengurangkan dos lecithin.

Kredit : Doc Fyda

Lecithin ni juga merupakan salah satu vitamin yang terkandung dalam Set Bersalin Semulajadi yang menjadi pilihan ibu-ibu berpantang zaman kini.

8. Berjumpa Dengan Doktor

Jika tidak berjaya juga atasi masalah bengkak susu ni dengan mencuba tips2 di atas, ibu-ibu perlulah pergi ke hospital/klinik untuk berjumpa doktor. Doktor akan berikan ubat tahan sakit/kurangkan bengkak.

Jangan tunggu lama-lama tau kalau hadapi masalah ni sebab ia boleh menyebabkan demam yang teruk. Rasa seluruh badan sakit2 dan yang paling menakutkan, ia boleh menyebabkan MASTITIS.

Apa itu MASTITIS?

Cara atasi masalah bengkak payudara semasa berpantang

Mastitis adalah keradangan buah dada yang mungkin (dan kadangkala cepat) menjadi infeksi. Ia akan membuat anda berasa seperti anda dijangkiti selesema pada masa-masa anda amat memerlukan seluruh tenaga anda. Anda akan mendapati keadaan radang, keras, sakit atau panas dan bengkak di kawasan yang dijangkiti. Selalunya ini dinamakan “duktus tersumbat” sebab anda akan terasa benjolan – disebabkan ketakungan susu dalam duktus buah dada.
Info : Babycenter Malaysia & MayoClinic

Dapatkan rawatan dengan segera sekiranya bengkak susu tidak dapat diatasi dalam masa yang lama. Jangan tunggu lama2 tau.

Selamat menyusu ya ibu-ibu…

 

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge