7 Petua Merawat Demam Denggi Tanpa Ubat

Demam denggi semakin meningkat di negara kita dari sehari ke sehari. Kalau dulu jarang-jarang dengar mereka yang kena demam denggi ni menemui ajal. Sekarang memang banyak juga dengar kes2 pesakit demam denggi yang tidak dapat diselamatkan terutamanya demam denggi berdarah.

Jika demam yang berpanjangan dan berlarutan, jangan berlengah atau buat acuh tak acuh untuk dapatkan nasihat dan rawatan doktor. Begitu juga jika ada tanda-tanda demam denggi, cepat-cepatlah dapatkan rawatan ya kerana demam denggi ni sangat berbahaya jika dibiarkan.

Apakah Demam Denggi

Sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.

Tanda-Tanda Demam Denggi

#1 Demam dengan suhu yang tinggi secara mengejut dan berterusan.

#2 Ruam merah pada kulit.

#3 Sakit teruk pada tulang, otot, sendi, biji mata dan kepala.

#4 Hilang selera makan.

#5 Sakit perut.

#6 Pendarahan pada badan, hidung dan mulut.

Tips Pencegahan Dan Kawalan Demam Denggi

Mencegah Pembiakan Nyamuk Aedes

#1 Tutup semua bekas menyimpan air untuk mencegah nyamuk bertelur.

#2 Salin air dan basuh pasu bunga, alas pasu, kolah mandi dan sebagainya sehingga bersih seminggu sekali.

#3 Bersihkan saluran air hujan (saluran bumbung) daripada air bertakung.

#4 Pastikan tempat bertakung air seperti tayar, kaca atau tin kosong dibuang untuk mengelak daripada menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

#5 Buang semua benda/bekas yang boleh menakung air seperti botol kosong, tin kosong, bekas plastik dan sebagainya secara betul (patuhi pengasingan bahan pepejal).

#6 Masukkan bahan pembunuh jentik-jentik TEMEPHOS seperti ABATE, AZAI, CREEK dan LAVETTE mengikut sukatan yang ditetapkan. (10 gram untuk 20 gelen air) 3 bulan sekali. Jauhi tempat kanak-kanak bermain kerana pembunuh jentik-jentik ini adalah bahan beracun yang boleh memudaratkan manusia.

Menghapuskan Nyamuk Dewasa

#1 Pasang jejaring nyamuk pada tingkap.

#2 Gunakan racun serangga (aerosol) di rumah jika perlu. Jauhkan ahli keluarga semasa semburan racun serangga.

#3 Semburan kabus (fogging) akan dilakukan jika berlaku kes denggi.

Bagaimana Mengenali Nyamuk Aedes

Rawat demam denggi dengan cepat

Foto : Google

#1 Dapat dikenali dengan berbelang hitam putih pada kakinya.

#2 Ia menggigit pada waktu pagi dan senja.

#3 Membiak di dalam air jernih dan bertakung.

#4 Kitaran hidup Aedes dari telur –> jentik-jentik –> kepompong hingga ke dewasa hanya 1 minggu sahaja.

Apakah Rawatan Demam Denggi?

Sebenarnya memang tidak ada ubat tertentu atau rawatan khusus untuk pesakit demam denggi, cuma apabila pesakit dimasukkan ke wad dan diberikan cecair untuk menggantikan cecair yang hilang dalam badan.

Bagi kekurangan platelet yang serius, pemindahan darah kepada pesakit dilakukan. Tiada ubat yang spesifik bagi meningkatkan bilangan platelet darah.
Dr. Zubaidi

    • Dalam kes demam denggi dengan atau tanpa renjatan, cecair yang diberi secara oral sudah memadai untuk menggantikan kehilangan cecair badan akibat demam kuat, anoreksia dan muntah-muntah.
    • Ubat antipiretik mungkin boleh digunakan untuk meredakan demam. Walau bagaimanapun, salisilat (sebatian yang mengandungi analgesik untuk melegakan kesakitan, antipyresis – mengurangkan demam dengan menurunkan suhu badan dan aktiviti anti keradangan seperti aspirin) perlu dielakkan kerana ia diketahui boleh menyebabkan pendarahan. Pesakit perlu diawasi dengan rapi bagi mengesan tanda-tanda awal renjatan.
    • Untuk pesakit-pesakit sindrom renjatan denggi, penggantian awal dan segera plasma yang hilang dengan plasma, penambah plasma dan/atau larutan elektrolit dan cecair akan menghasilkan kesan yang menggalakkan.

Rawatan bukan farmakologi

Rawatan termasuk:

  • Meningkatkan pengambilan cecair.
  • Meningkatkan bekalan oksigen.

Pesakit demam denggi perlu berehat dan minum lebih banyak air untuk segera sembuh. Pesakit yang mengalami renjatan ketika demam perlu diberi cecair secara intravena (melalui salur darah vena). Oksigen juga perlu diberikan. Untuk pesakit demam denggi berdarah, penggantian cecair badan yang hilang mungkin mampu menyelamatkan nyawanya. Bagi sesetengah kes, pemindahan darah perlu dilakukan bagi mengawal pendarahan.

Rawatan farmakologi

Tiada ubat khusus bagi merawat demam denggi. Rawatan adalah untuk menghilangkan gejala yang timbul.

Rawatan Demam Denggi Secara Semulajadi Tanpa Ubat-ubatan

#1 Minum Air Kosong Yang Banyak

Minum air kosong dengan kuantiti yang banyak untuk menggantikan cecair dalam badan yang hilang.

#2 Elakkan Makanan Berlemak dan Kurang Khasiat

Elakkan makan makanan yang berlemak, bergaram, yang mengandungi herba, pedas dan masin.

#3 Ambil Buah-buahan Yang Kaya Dengan Vitamin C

Banyakkan mengambil buah-buahan yang kaya dengan Vitamin C kerana Vitamin C penting untuk penghasilan sel darah putih. Sel darah putih ini membantu untuk membunuh bakteria atau dengan lebih tepat membunuh virus denggi dalam badan.

#4 Ambil Makanan Tinggi Protein

Ambil makanan yang tinggi protein selepas sembuh dari demam denggi untuk meningkatkan tenaga dalam badan.

#5 Ambil Sup Ketam

Petua ini adalah perkongsian dari orang ramai, katanya berkesan untuk menaikkan platelet dalam darah. Masak sup ketam dan minum sebanyak mana yang mampu.

#6 Minum Jus Daun Betik

Mengapa daun betik boleh mengubati denggi?

Menurut Dr. Sanath Hettige, daun betik mengandungi enzim seperti chymopapindan Papain. Iaitu bertindak untuk menormalkan bacaan platlet kita, membantu untuk hati berfungsi dengan lebih baik disamping membaiki hati disebabkan denggi.

Info : http://www.thehealthsite.com/diseases-conditions/can-papaya-leaves-help-cure-dengue/

Jus daun betik ubat denggi

Sumber : Azeniahmad

Begitu juga dengan petua minum jus daun betik ini. Ini adalah perkongsian dari orang ramai dan dari pengalaman mereka yang pernah menghidap demam denggi. Ramai yang mengakui keberkesanan jus betik ini dan sekarang ada dijual di farmasi. Boleh buat sendiri jus betik ini dengan mengambil daun betik, kisar dengan sedikit air dan diperah untuk diambil jusnya.

Jus daun betik ini sangat pahit tapi minumlah dengan penuh tawakkal dan doa. InshaAllah berkesan. šŸ™‚

#7 Ambil Suplemen/Vitamin

Ambil suplemen/vitamin yang membantu pesakit demam denggi cepat pulih dari penderitaan demam denggi seperti :-

Ubat demam denggi

** Performance Drink **

Performance drink ini adalah sejenis minuman yang tinggi ion tanpa karbonat. Ia boleh :-

-membantu meningkatkan dan mengekalkan cecair dalam badan.

-mengelakkan cecair dalam badan hilang.

-mengurangkan dehidrasi.

** Vitamin C **

-meningkatkan sel darah putih untuk membantu membunuh bakteria (virus denggi).

** Nutriferon **

-Meningkatkan sistem imun badan kerana sistem imun pesakit demam denggi menjadi sangat lemah.

-Nutriferon memberi signal kepada sel darah putih supaya bekerja untuk membunuh virus denggi.

** ESP (Protein Soya) **

-Meningkatkan sumber tenaga kepada pesakit.

-Membantu menyimpan semula vitamin yang diambil kerana semasa demam denggi, banyak tenaga, cecair, vitamin dan mineral hilang. Ia juga dikenali sebagai KEBOCORAN DALAMAN.

Yang paling penting, ambillah suplemen untuk meningkatkan sistem imun yang boleh mencegah kita daripada terkena demam denggi.

** Vivix **

-Untuk meningkatkan jumlah platelet dengan cepat kerana pesakit demam denggi mengalami masalah platelet yang menurun terlalu drastik.

-Terbukti boleh menaikkan jumlah platelet dengan cepat. Ikuti perkongsian pelanggan saya di sini.

Naikkan platelet dengan vivix
Vivix membantu menaikkan platelet Kak Z

Klik link di bawah untuk tips menaikkan jumlah platelet dengan cepat.

Naikkan Platelet Dengan Cepat

Dapatkan Vivix Twin Pack sempena promosi Beli 2, diskaun 5 peratus.

naikkan platelet dengan vivix

Klik gambar di bawah untuk pembelian Vivix Twin Pack menggunakan Kad Kredit atau Kad Debit anda.

Vivix Twin Pack

Tetapi, anda layak mendapat KEAHLIAN PERCUMA dengan pembelian set ini. Rugi kalau tak ambil peluang KEAHLIAN PERCUMA ini.

Lebih baik anda hubungi saya dengan mengisi form ini. Saya akan hubungi anda dengan segera.

Dan boleh hubungi saya di 019-722 8520 (Laila) untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi Set Demam Denggi yang sesuai dengan bajet anda.

Atau boleh beli Set Demam Denggi dengan menggunakan kad kredit/kad debit di sini. Sila klik gambar di bawah.

Set Denggi

Sumber :

  • Jabatan Kesihatan Negeri-Negeri Sembilan
  • Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Pakar Nutrisi Shaklee Malaysia, Puan Sarah
  • Pengalaman mereka yang pernah menghidap demam denggi
Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge