bacaan tekanan darah tinggi

7 Cara Mudah Turunkan Tekanan Darah Tinggi Dengan Berkesan

Dah berapa lama anda tak cek tekanan darah anda? Dah 6 bulan? Setahun? Atau lebih dari itu? Tekanan darah tinggi ni kadang-kadang tidak menunjukkan simptom yang ketara. Dan kalau ada pun seperti sakit kepala ke, kita lebih mudah untuk ambil ubat sakit kepala dan tidak mengendahkan tentang tekanan darah kita ok atau tidak. Betul tak?

Cara turunkan tekanan darah tinggi dengan cepat dan mudah

Di Malaysia, hipertensi atau darah tinggi merupakan masalah umum di mana-mana, menurut Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia, Datuk Dr. Azhari Rosman, seorang daripada tiga rakyat Malaysia berusia tiga puluh tahun ke atas menghidapinya.
Hanya enam daripada 100 orang dapat mengawal tekanan darah mereka.
“Lebih membimbangkan, hanya lebih sedikit daripada satu per lima (dua puluh tiga peratus) rakyat Malaysia yang menghidap tekanan darah tinggi sedang mengambil ubat,” katanya.
Sumber : PanduanMalaysia
Jadi, sebaiknya ceklah tekanan darah kita secara berkala. Mungkin boleh cek 3 bulan sekali ke kan? Supaya kita tahu tahap kesihatan diri kita ni.
bacaan tekanan darah tinggi
Bacaan tekanan darah dari yang normal hingga ke tahap tinggi

 

7 Cara Mudah Turunkan Tekanan Darah Tinggi Dengan Berkesan

1. Amalkan Air Kelapa

Cara turunkan tekanan darah tinggi dengan cepat dan mudah

Air kelapa mengandungi Kalium dan Magnesium yang bagus untuk fungsi otot dan kesihatan organ dalam badan kita termasuk kesihatan jantung. Ambil air kelapa 1-2 kali sehari secara konsisten.
Sumber : SirapLimau

2. Kurangkan Pengambilan Garam

Cara turunkan tekanan darah tinggi dengan cepat dan mudah

Pengambilan garam di dalam makanan bagi rakyat Malaysia memang tinggi. Sepatutnya seorang dewasa harus mengambil 1 sudu teh (5-6 gram) sahaja sehari, namun secara purata rakyat Malaysia mengambil 9 gram garam sehari. Ia adalah lebih dari sepatutnya.

Memang tidak hairanlah statistik penyakit tekanan darah tinggi semakin meningkat dari sehari ke sehari.
Sumber : SusuSejat

3. Senaman

Rutinkan diri bersenam setiap hari. Konsistenkan bersenam sebanyak 3-4 kali seminggu selama 30 minit pun sudah mencukupi. Jika ada kekangan masa, anda boleh lakukannya di rumah. Banyak video di dalam Youtube yang anda boleh ikut dengan mudah.

Berjalan sekeliling taman selama 30-40 minit pun bagus juga tau. Cubalah ya. Kuatkan diri untuk bersenam demi menurunkan tekanan darah tinggi yang boleh mengancam nyawa kita bila-bila masa sahaja.

4. Makan Lebih Banyak Ikan/Ambil Minyak Ikan

Cara turunkan tekanan darah tinggi dengan cepat dan mudah

Banyakkan pengambilan ikan di dalam pemakanan seharian. Elakkan ambil daging merah kerana mengandungi lemak yang sudah tidak sesuai untuk mereka yang mengalami tekanan darah tinggi.

Di samping itu amalkan juga pengambilan minyak ikan kerana menurut kajian, ia membantu menurunkan tekanan darah tinggi. Minyak ikan mengandungi Omega-3 yang terdiri daripada DHA dan EPA. Omega-3 ini dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi, merendahkan kadar Trigliserida (Triglycerides), mengurangkan pengumpulan plak di dalam salur darah dan membantu mengurangkan penyakit berkaitan jantung.
Sumber : WebMD

5. Bawang Putih

Cara turunkan tekanan darah tinggi dengan cepat dan mudah

Foto Kredit : thesun.co.uk

Pengambilan bawang putih mentah sebanyak 2 kali sehari dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi. Namun, sanggupkah kita makan bawang putih mentah tu kan? Huhu.

Bawang putih mengandung Allicin yang dipercayai dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi namun Allicin ini akan musnah apabila dipanaskan.

Jadi alternatif yang terbaik adalah mengambil bawang putih dalam bentuk tablet. Kita mendapat kebaikan bawang putih sepenuhnya di dalam tablet bawang putih sekaligus dapat membantu mengatasi masalah tekanan darah tinggi.

6. Kawal Stres

Selain daripada faktor pemakanan, sntara faktor yang menyumbang kepada tekanan darah tinggi adalah stres yang tidak terkawal. Kawal stres dengan baik demi mengatasi masalah tekanan darah tinggi yang kita hadapi.

Teknik Kawal Stres Dengan Baik

7. Suplemen Yang Berkesan

Ambil suplemen yang terbukti selamat dan berkesan. Kajian membuktikan suplemen yang mengandungi Polyphenol dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi dengan cepat jika diambil secara konsisten dengan pengurusan pemakanan yang baik.

Menurut laman web Healthline, beberapa kajian menunjukkan pengambilan Polyphenol daripada sumber anggur selama 6-12 minggu dapat membantu menurunkan tekanan darah bagi mereka yang sihat dan mereka yang mengalami masalah tekanan darah tinggi.

a couple of studies have shown that drinking polyphenol-rich grape, bilberry or strawberry juice for 6–12 weeks can reduce blood pressure in both healthy people and those with high blood pressure

Di Malaysia hanya ada satu sahaja suplemen yang mengandungi Polyphenol iaitu Vivix yang dikeluarkan oleh Shaklee. Vivix adalah suplemen yang telah dipatenkan dan khasiat serta cara pembuatannya memang tidak boleh ditiru oleh syarikat lain.

Ramai rakyat Malaysia yang telah mendapat manfaat daripada pengambilan Vivix ini termasuk berjaya mengatasi masalah darah tinggi yang boleh mengakibatkan serangan strok secara tiba-tiba.

Bagaimana Nak Dapatkan Vivix?

Harga Vivix adalah RM1007 untuk 2 botol.
Anda boleh beli dengan harga RM805.60 dengan mendaftar sebagai ahli. Isi borang keahlian dan saya akan hubungi anda dalam masa 24-48 jam.

Borang Daftar Ahli Untuk Penjimatan

(Atau hubungi saya untuk mendapat penjimatan ini di 019-722 8520)

Klik gambar di bawah untuk pembelian menggunakan kad debit atau kad kredit.

Cara turunkan tekanan darah tinggi dengan cepat dan mudah

Whatsapp saya jika ada sebarang masalah semasa pembelian dan untuk konsultasi selepas pembelian.

Cara turunkan tekanan darah tinggi dengan cepat dan mudah

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Laila Ismail

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge