7 Cara Mudah Hilangkan Stres Supaya Umur Lebih Panjang

Hidup ini memang memberi tekanan, stres!

Tetapi tidak semua stres itu adalah memberi kesan negatif. Ada stres yang memberikan kesan positif kepada kita seperti menyiapkan kerja yang sudah hampir ‘deadlines’, mendidik anak dengan baik dan sebagainya. Dengan stres ini, kita akan berusaha dengan lebih gigih untuk menyiapkan kerja dan lakukan yang terbaik.

Berlainan pula dengan kesan negatif dari stres. Ia boleh membawa MAUT! Kerana berpunca dari stres, pelbagai masalah akan timbul dan pelbagai penyakit akan hinggap seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi serta penyakit-penyakit kronik lain yang boleh mengancam nyawa.

Jangan pandang enteng dengan STRES ya!

Pernah dengar ada tiba-tiba meninggal dalam kereta? Tiada penyakit tiada simptom apa-apa tetapi tiba-tiba terkena strok, darah tinggi dan terus meninggal ‘on the spot’!!

Nauzubillahiminzalik.

7 Cara Mudah dan Terbaik Untuk Mengatasi Stres

1. Lakukan Aktiviti Kegemaran

Cara terbaik hilangkan stres

Cuba luangkan masa seminggu sekali untuk melakukan aktiviti kegemaran anda seperti bersukan, mendaki bukit, membeli belah, menonton wayang bersama keluarga atau apa sahaja yang anda suka.

Biasanya saya akan membawa anak-anak ke taman atau ke tempat membeli belah hanya untuk mereka berlari-lari. :). Shopping mall kan lebih selamat. πŸ™‚

Cara terbaik hilangkan stres

2. Belajar Untuk Berehat

Luangkan masa untuk berehat sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Mungkin kita rasa rugi masa jika kita seorang yang sibuk, tetapi hakikatnya kesan daripada rehat 30 minit sehari ini akan mendatangkan kesan yang sangat positif dalam diri kita.

Sebagai seorang yang bekerja dari rumah, saya memang terlalu sibuk dalam menguruskan rumah tangga dan bisnes. Tetapi saya akan pastikan untuk berehat semasa anak tidur atau selepas anak tidur di waktu malam. Berehat bagi saya adalah ruang untuk saya berfikir dengan lebih tenang. πŸ™‚

3. Ambil Cuti/Pergi Bercuti

Cara terbaik hilangkan stres

Tinggalkan sementara kerja-kerja yang bertimbun di pejabat. Ambil cuti untuk berehat atau pergi bercuti untuk menenangkan fikiran. Lebih baik jika anda mematikan telefon bimbit anda dan hanya membukanya ketika perlu sahaja.

4. Membaca Al-Quran

teknik kurangkan stres dan tekanan10

Sebaik-baiknya bacalah Al-Quran di permulaan hari iaitu sebelum waktu Subuh atau selepas solat Subuh. InshaAllah kita lebih tenang dan teratur sepanjang hari tersebut.

Pahala orang mendengar bacaan al-Quran dengan jelas disebut dalam firman-Nya yang bermaksud : Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat.

(Surah al-A’raaf, ayat 204)

Renung dan fahamkan ayat-ayat Al-Quran juga boleh menenangkan jiwa serta memberikan kesan-kesan positif dalam diri kita.

Saya mendapat 1 tips dari seorang ustazah terkenal, Ustazah Norhafizah Musa. Beliau memberitahu, jika kita sedang bersedih atau stres, cuba buka AL-Quran dengan niat.

Ya Allah, tunjukkanlah aku jawapan dan penyelesaian terhadap masalah yang aku hadapi ini.

Buat dengan penuh keyakinan dan apabila kita membuka Al-Quran pada mana-mana mukasurat, psti tertulis jawapannya di situ.

InshaAllah. Yakin Allah sentiasa membantu kita .

5. Membaca Buku

Cara terbaik hilangkan stres

Membaca buku boleh menenangkan fikiran. Pilih buku-buku yang menepati dengan citarasa kita.

Pada tahun ini saya berazam untuk menghabiskan 1 buku untuk setiap 1 bulan. #1buku1bulan. πŸ™‚

Alhamdulillah, untuk 3 bulan pertama ni memang berjaya menghabiskan 1 buku untuk 1 bulan. Malah sudah 4 buah buku saya baca untk 3 bulan. πŸ™‚

6. Tidur Sebentar

Kurangkan stres dengan tidur sebentar di siang hari. Di dalam Islam, tidur sebentar di siang hari sebelum masuk waktu Zuhur dipanggil ‘Qailullah’.

Boleh klik link ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Qailullah : Apa itu Qailullah

Tubuh kita akan dapat berehat dan lebih segar setelah bangun dari tidur yang sekejap di waktu tengah hari. Tidur ini juga dapat mengelakkan stres dan memberikan kesan yang lebih produktif sepanjang hari.

Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, ia mampu mengembalikan banyak tenaga kepada badan kita.

Menurut kajian dari Universiti Harvad, tidur sebentar di siang hari adalah sangat bagus untuk kesihatan jantung.

7. Luangkan Masa Bersama Keluarga

Cara terbaik hilangkan stres

Ambil masa untk berinteraksi dengan keluarga. Lupakan sebentar segala gajet yang ada. Berbual-bual dengan ahli keluarga dapat mengurangkan tahap tekanan dan memberikan ketenangan kepada kita.

Sentiasa lawati ibu bapa jika mereka masih ada. Jika ada kekangan, selalulah menelefon mereka untuk bertanyakan khabar. Dengan cara ini, boleh memberikan ketenangan dalam diri kita. Percayalah!!!

Kredit : AkuIslam

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge