7 Cara Merawat Kulit Muka Yang Kusam dan Kering Secara Semulajadi

Kulit yang cantik memang menjadi idaman semua orang, terutamanya wanita. Mestilah nak nampak cantik dan tidak kusam di hadapan pasangan kita kan? Ada juga mereka yang rasa rendah diri apabila kulit muka terlalu kering sehingga nampak seperti menggelupas, kusam atau pun berjerawat. Jangan biarkan masalah kulit ni berterusan ya, jika tidak dijaga dari dalam dan dari luar, memang akan jadi lebih teruk.

Cara untuk elak kulit kering dan kusam
Kulit halus mulus dan cantik menjadi idaman setiap wanita.

Tips Merawat Kulit Muka Yang Kusam Dan Kering Secara Semulajadi

  1. Sentiasa Memakai Pelindung UV

    Cara untuk elak kulit kering dan kusam
    Sentiasa memakai krim UV untuk kulit yang lebih sihat.

    Mengikut pakar kecantikan di SPA, mereka menyarankan untuk memakai pelindung UV jika kita keluar rumah. Tidak kiralah kita bekerja di bawah panas terik atau di dalam ofis. Jadi, adik-adik cantik janganlah rasa tak perlu pakai pelindung UV jika bekerja sehari suntuk di dalam ofis ya. Penting tu!

  2. Jaga Pemakanan

    Cara untuk elak kulit kering dan kusam
    Banyakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran dalam pemakanan harian.

    Kurangkan pengambilan makanan yang berminyak dan berlemak tinggi. Makanlah makanan yang bernutrisi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar untuk menghilangkan kulit muka yang kusam dan kering.

  3. Pakai Masker

    Cara untuk elak kulit kering dan kusam

    Rajin-rajinkanlah diri untuk memakai masker. Disarankan memakai masker sekurang-kurangnya 2-3x seminggu untuk mengekalkan kelembapan kulit muka. Jika anda rajin, boleh gunakan bahan-bahan yang ada di dapur anda sahaja seperti tomato, yogurt, lemon dan putih telur. Tak perlu keluarkan duit lebih kan? Atau boleh juga dapatkan MASKER SIAP di kedai-kedai seperti Watson, Guardian, Aeon atau mana-mana kedai lagi. Memang banyak dijual di pasaran.

    Boleh juga cuba masker yang murah dan mudah ni. Hanya perlu gunting sedikit kapsulnya dan keluarkan gelnya. Sapu ke muka dan biarkan selama 20-30 minit atau sehingga kering.
    Boleh klik link di bawah ni untuk

    RAHSIA MASKER SEMUDAH A-B-C

  4. Pakai Pelembab Muka Sebelum Tidur

    Cara untuk elak kulit kering dan kusam
    Memakai krim malam sangat penting untuk mengekalkan kelembapan kulit wajah.

    Yang ni memang ramai yang ter’skip’ dalam kehidupan seharian kan? Maklumlah apabila siangnya dah penat bekerja atau seharian di rumah menguruskan rumah tangga, malamnya terus tidur macam tu aje. Lebih teruk kalau tidur dengan ‘make-up’. Jangan selalu buat tau!! Waktu malamlah kulit kita rehat dan nak bernafas dengan lebih baik. Pakailah pelembab muka sebelum tidur supaya lembab dan tidak kusam.

  5. Hindari Stress

    Cara untuk elak kulit kering dan kusam
    Kawal stress supaya tidak mempengaruhi kecantikan kulit.

    Elakkan stress kerana stress boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan kusam. Rehatkan minda dengan melakukan aktiviti riadah atau berehat santai untuk mengelakkan stress. Di zaman ini memang normal jika kita stress tetapi cara kita kawal dan kurangkan stress itu adalah paling penting.

  6. Minum Air Yang Banyak

    Cara untuk elak kulit kering dan kusam
    Minum air yang mencukupi untuk elak kulit kering.

    Minum air yang banyak sememangnya diakui oleh semua orang yang air mampu memberikan kesegaran kepada kulit mahupun badan kita. Sentiasalah minum air yang mencukupi. Di antara panduan minum air yang popular dan berkesan ialah setiap 25 kg berat badan, perlu mengambil 1 liter air. Jika berat badan anda 50 kg, anda harus minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

  7. Ambil Suplemen

    Cara untuk elak kulit kering dan kusam
    Ambil suplemen semulajadi untuk rawatan kulit dari dalam.

    Jadikan rutin harian untuk mengambil suplemen untuk kulit. Jika anda menemubual artis-artis atau mereka yang berkulit cantik, pasti salah satu rahsia mereka adalah mengamalkan suplemen atau makanan tambahan untuk mengekalkan kecantikan wajah mereka.
    Di antara suplemen penting untuk menghilangkan kulit kering dan kusam ialah seperti Kolagen, B Complex, Vitamin C dan Vitamin E.

Dapatkan bekalan Vitamin C anda sempena promosi Beli 6 PERCUMA 1 sepanjang November 2015 ini.

Hubungi Laila untuk konsultasi PERCUMA selepas pembelian.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail
✿FanPage : Tips Ibu Hamil, Berpantang dan Menyusu

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge