6 Sebab Kenapa Soya Shaklee Adalah Yang Terbaik Di Pasaran

Soya sentiasa menjadi buah mulut orang. Ada yang kata penyebab kanser, ada yang kata menyebabkan lelaki jadi ciri-ciri perempuan dan bermacam-macam lagi tohmahan terhadap soya.

Protein untuk cepat kurus

Sebenarnya bukan soya yang bersalah tetapi jenis soya yang berlainan itu yang membuatkan soya memberi kesan positif atau negatif terhadap penggunanya.

Sebelum minum soya, ini adalah ‘checklist’ yang kita WAJIB cek, soya tersebut sesuai untuk diminum atau tidak.

Klik link –> Cek Dulu Soya Yang Kita Suka

ESP Shaklee adalah bukan sekadar soya tetapi adalah produk soya terbaik. Sama macam kereta Ferrarilah, ia bukan sekadar kereta tetapi kereta paling laju.

Jadi, adalah tidak adik jika kita nak samakan ESP Shaklee ni dengan air soya kotak atau tempe atau nattou (makanan jepun-kacang soya yang ditapaikan) atau tauhu atau apa-apa sahaja produk soya di pasaran.

Jom kita tengok.

6 Sebab Kenapa Soya Shaklee (ESP) Adalah Yang Terbaik

1. Keberkesanan ESP Terbukti Melalui Kajian Klinikal Saintis Sedunia

Protein untuk cepat kurus

ESP dimajukan oleh orang-orang cerdik pandai iaitu para saintis Shaklee. Bukan dicipta oleh orang-orang biasa yang hanya keluarkan produk tanpa mengkaji dahulu produk tersebut.

Kajian-kajian ini bukan sahaja dijalankan oleh saintis Shaklee sahaja, tetapi juga dijalankan oleh saintis luar (pihak ke-3 yang tiada kaitan dan kepentingan dengan Shaklee). Dalam banyak-banyak syarikat nutrisi, Shaklee je berani menggunakan pihak ke-3 ini menjalankan kajian ke atas produk-produknya.

Kebanyakan syarikat lain tidak meminta pihak lain mengkaji produk mereka kerana dikhuatiri tiada kelulusan ujian klinikal.

2. ESP Satu-Satunya Produk Yang Ada Semua 9 Asid Amino Penting

Protein untuk cepat kurus

Badan kita memerlukan protein untuk membina sel yang sihat. Pembinaan sel yang tidak sihat akan menyebabkan bermacam-macam kanser kepada tubuh badan.

Unsur protein terdiri daripada 21 jenis asid amino :

-12 daripadanya dinamakan non-essential amino acid dan dihasilkan oleh badan kita.

-9 lagi dinamakan essential amino acid  dan HANYA boleh didapati daripada makanan yang kita makan kerana badan kita takkan boleh hasilkan protein-protein ini.

Di dalam pasaran dunia, tiada satu pun produk yang mampu membekalkan kesemua 9 essential amino acid ni KECUALI ESP. Sehingga sekarang pun, ESP adalah satu-satunya produk yang mengandungi semua essential amino acid ni.

3. ESP Diproses Pada Suhu Yang Rendah Agar Protein Tidak Rosak

Protein untuk cepat kurus

Dalam 100 gram daging atau ayam yang kita makan, kita mungkin hanya dapat 10 gram sahaja kandungan protein yang ada dan selebihnya adalah HAMPAS.

Kenapa HAMPAS?

Sebab makanan yang kaya dengan protein sekali pun akan hilang kandungan protein apabila dimasak. Ini kerana protein akan musnah dalam suhu yang tinggi, lebih-lebih lagi pada suhu makanan di masak.

Dan kalau masih ada pun saki baki protein dalam masakan, strukturnya dah berubah kepada gumpalan-gumpalan yang sukar dihadam dan diserap oleh badan. Sebab itulah kita ni dah banyak makan ayam, ikan dan daging pun masih lagi terdedah kepada risiko tak cukup protein dalam badan.

Tetapi,

protein dalam ESP tak musnah kerana ia diproses pada suhu yang rendah supaya kandungan protein di dalamnya kekal berkualiti dan kekal berkesan pada tubuh. Memang bukan HAMPAS yang masuk ke dalam badan kita.

4. ESP Diperbuat Daripada Sumber Kacang Soya Non-GMO

Protein untuk cepat kurus

Zaman sekarang ni banyak tanaman yang diubahsuai secara genetik. Contoh paling mudah ialah kita kacuk bunga biar nampak lagi cantik atau buah supaya lagi sedap. Antara produk yang popular yang diubahsuai secara genetik (GMO) ialah buah jambu batu, tembikai dan anggur tiada biji.

Begitu juga dengan soya. Kebanyakan produk-produk lain di pasaran sudah diubah secara genetik. Genetik mereka diubah supaya kurang risiko diserang penyakit untuk mendapatkan hasil yang lebih banyak dan sedap dimakan.

Risiko menggunakan produk-produk GMO ini ialah unsur makananan yang dimakan bukan lagi semulajadi, struktur berbeza dan sudah terdedah kepada racun pestisid yang menyebabkan alergi, kanser dan pelbagai penyakit lagi.

Tetapi,

ESP Shaklee dibuat daripada soya yang bukan GMO iaitu soya asli yang tidak diubah genetiknya. 1 tin ESP diproses daripada 30 kg soya asli.

5. Kandungan Glysemic Index (GI) Dalam ESP Adalah Rendah

Protein untuk cepat kurus

ESP ni Low GI. Maksudnya ia ditukar kepada glukos dan tenaga secara perlahan-lahan, bukan sekaligus.

Perasan tak?
Kalau kita makan roti canai atau nasi lemak banyak-banyak sekali pun, lepas 2-3 jam dah lapar semula kan? Sebab roti canai dan nasi lemak ni High GI. Cepat kenyang dan cepat lapar sebab tenaga ditukar sekaligus. Makanan High GI ni tak bagus untuk pesakit kencing manis sebab ia membuatkan kandungan gula dalam badan mereka tidak stabil.

Tapi,

ESP ni Low GI.

Kalau makan pagi-pagi tu, kadang-kadang tengah hari pun masih rasa kenyang lagi. Bila kita rasa kenyang, kuranglah rasa asyik nak makan tu. Bila boleh kurangkan makan/kalori, ia boleh membantu kita kuruskan badan.

Sebab ESP ni Low GI, ia bagus untuk pesakit kencing manis. ESP ni boleh membantu stabilkan paras gula dalam darah mereka.

6. ESP Tiada Kolesterol, Tiada Asid Urik & Sangat Mudah Diserap Oleh Badan

Protein untuk cepat kurus

ESP memang tiada kolesterol sebab ia dihasilkan daripada tanaman. Selain dari pesakit kencing manis, pesakit darah tinggi pun tiada masalah untuk ambil ESP.

ESP juga tiada asid urik, sebab asid urik ni datangnya daripada badan, bukan makanan. Jadi pesakit gout pun boleh ambil ESP.

Dan sebab ESP adalah produk semulajadi, ia sangat mudah dihadam dan diserap oleh badan. Jadi, badan kita boleh dapat kebaikan protein daripadanya sebanyak dan secepat mungkin.

Boleh hubungi Laila di 019-722 8520 untuk pertanyaan lebih lanjut atau untuk pesanan ESP anda.

Laila

ID 854299

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge