6 Petua Meningkatkan Kesuburan Suami

ubat subur lelaki

Bagi pasangan yang sudah berkahwin, pasti menantikan cahaya mata kan? Jarang sekali yang kita dengar tidak menginginkan cahaya mata sendiri.  Biasanya pihak isteri sering dipersalahkan. Sebenarnya ada juga yang berpunca dari suami. Jadi suami juga boleh jadi punca ketidakhamilan si isteri.

Petua meningkatkan tahap kesuburan suami

Hari ni saya nak kongsikan bagaimana meningkatkan tahap kesuburan suami. Jom cek dan amalkan yaa…

Meningkatkan Tahap Kesuburan Suami

1. Ambil Suplemen Yang Berkualiti

Kajian menunjukkan pengambilan makanan atau suplemen yang tinggi antioksida mampu meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma. Bilangan sperma yang tinggi juga membantu dalam kesuburan lelaki.

Antara suplemen tinggi antioksida yang boleh membantu menaikkan tahap kesuburan lelaki ialah Vitamin C dan Vitamin E.

Di dalam produk Shaklee, terdapat suplemen yang memang terbukti tinggi antioksidanya iaitu Vivix. Vivix ini mampu memperbaiki sel dan menghasilkan sel baru yang lebih berkualiti.

Selain vitamin antioksida, vitamin lain yang disyorkan ialah Zinc dan B Compex. B Complex ni bukan sahaja penting untuk si isteri, tetapi juga untuk lelaki yang sedang mencuba untuk mendapatkan anak.

B Complex Penting Untuk Kesuburan Suami

Anda boleh klik gambar di bawah untuk tempahan Set Subur Suami.

 

Beli Sekarang

2. Kawal Tekanan/Elakkan Stres

Cara meningkatkan tahap kesuburan suami
Stres yang tidak terkawal boleh menggangu kesuburan suami

Stres yang tidak dikawal akan mengganggu kestabilan hormon di dalam badan seorang lelaki. Termasuklah hormon reproduktif. Sentiasa cari alternatif terbaik untuk mengelakkan stres.

Cara Mudah Kawal Stres

3. Turunkan Berat Badan

Cara mudah dan cepat kempiskan perut

 

Jika anda seorang yang obesiti atau berat badan yang berlebihan, ia boleh mengganggu kesuburan seorang lelaki. Lemak badan yang berlebihan terutamanya di bahagian perut (visceral fat) akan mengganggu kestabilan hormon testosteron.

Cara Turunkan Lemak Perut

cara turunkan lemak perut dengan mudah dan cepat

Cari jalan sihat untuk turunkan berat badan. Jangan ambil ubat kurus yang berbahaya pula yaa. Mungkin anda boleh kurus dalam masa yang singkat, tetapi mungkin boleh mengganggu tahap kesuburan anda pula. Jangan tau!

Cara Mudah Turunkan Berat Badan

4. Makan Makanan Sihat

Buat pemilihan makanan yang sihat dan betul. Makan makanan yang berkhasiat yang kaya dengan protein, sayur-sayuran, kekacang, elakkan makanan yang berlemak dan berminyak. Makanan yang sihat ini akan membantu meningkatkan tahap kesuburan air mani lelaki.

Salah satu cara untuk makan sihat dan berkhasiat ialah denagn mengamalkan Eat Clean.

5. Berhenti Merokok

Merokok boleh menjejaskan kesuburan lelaki
Merokok boleh menjejaskan kesuburan lelaki

Jika anda benar-benar mahukan anak, anda seharusnya berhenti merokok serta merta. Ini adalah kerana racun yang terdapat di dalam rokok akan menurunkan tahap kesuburan anda.

6. Elakkan Memakai Seluar Ketat

Seluar ketat atau seluar dalam yang ketat boleh mengganggu penghasilan tahap kesuburan suami. Seeloknya pakai seluar yang tidak terlalu ketat untuk memberikan pengudaraan yang baik di kawasan tersebut. Elakkan juga ke sauna atau mandi di dalam kolam air panas. Ianya tidak sesuai untuk kesuburan lelaki kerana ia boleh membunuh sperma dan menyebabkan sperma kurang atau tiada.

Rujukan :

FirdausAzizi

Maskulin

Untuk suami-suami yang belum berjaya menghamilkan isteri anda, boleh cuba petua-petua di atas ya. jangan pernah putus asa dan berdoa. InshaAllah ada rezeki anak nanti.

Selamat Mencuba. 🙂

Sila hubungi saya untuk tempahan Set Subur Suami dan konsultasi PERCUMA.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail

 

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge