6 Perkara Yang Suami Perlu Tahu Tentang Isteri Lepas Bersalin

Semasa hamil, suami biasanya memang ambil berat tentang isteri sebab nampak isteri penat bawa perut yang besar, kadang-kadang isteri tak sihat dan minta urut, kadang-kadang isteri hilang selera makan, mabuk teruk, muntah sehingga 9 bulan dan bermacam-macam lagi yang suami nampak depan mata.

Semasa berpantang, mungkin ada suami terlepas pandang beberapa perkara yang sangat penting untuk suami ambil tahu dan WAJIB tahu tentang ibu lepas bersalin. Kenapa suami? Siapa lagi orang yang paling dekat dengan ibu lepas bersalin kan? Suamilah kan?

1. Emosi Kurang Stabil

Adalah normal jika ibu yang lepas bersalin ni emosinya turun naik. Ada masa dia sangat gembira sebab dapat baby. Ada masanya dia rasa nak menangis sebab tengok badan yang makin tembam serta memikirkan susahnya nak turunkan berat badan nanti.

Ada ketika, emosinya jadi sedih tak menentu. Suami kena faham sangat bab ni. Kalau tiba-tiba isteri jadi bad mood ke, rajin-rajinkan bertanya. Mungkin sebab yang kecil je pun boleh membuatkan ibu lepas bersalin ni rasa sedih melampau.

Ada ketika, rasa penat atau sakit pun boleh membuatkan ibu ni menangis teresak-esak. Sungguh! Cuma sama ada suami perasan atau tidak je.

2. Sakit Luka Bersalin/Pembedahan

Sakit! Serius memang sakit. Nak ceritakan pengalaman 4 kali saya bersalin, keempat-empat anak pun memang ada luka dan kena jahit. Huhuhu. Sakit tu memang tak boleh nak cerita laa kan. Walaupun ramai kata, masa jahit tu taklah rasa sakit sangat sebab masih teringat-ingat lagi sakit masa meneran baby keluar tu.

Tapi, rasa sakit dan pedih selepasnya tu. Huhu. Sangat sakit. pernah juga saya tak mampu nak duduk elok. Macam nak kena mengiring je. Itu pengalaman bersalin yang no 3. Alhamdulillah yang no 4 ni tak teruk sangat sakitnya walaupun jahitan lebih banyak daripada bersalin yang no 3.

Begitu juga dengan ibu yang bersalin secara pembedahan. Saya nak bayangkan pun sakit. Nak bergerak, nak bangun duduk, nak susukan baby. Pasti penuh dengan kepayahan dan kegigihan.

Jadi, suami kena tahu dan faham tentang ni. Untuk minggu pertama dan kedua tu memang sangat memerlukan pertolongan suami dalam hal nak jaga baby dan nak jaga diri.

3. Penat dan Kurang Tenaga

perkara suami perlu tahu isteri lepas bersalin6
Keletihan dan kepenatan melampau boleh membuatkan ibu mengalami tekanan

Lepas bersalin memang rasa penat yang susah nak diceritakan dengan kata-kata. Lebih-lebih lagi kalau ibu terpaksa tunggu lama dalam labour room menahan contraction. Menahan sakit contraction tu umpama guna tenaga yang sangat banyak walaupun bukan buat apa pun kan. Tahan sakit je kott..

Tapi……

Menahan sakit contraction itulah rasanya macam sakit nak tercabut nyawa. Saya pernah rasa macam, NAK MATILAH macam ni. Huhu. Teruk betul. Mulut memang kumat kamit menyebut nama Allah. Namun dalam hati, tolonglah tamatkan penderitaanku ini. Fuhh.. teruk juga pengalaman orang berusia macam saya ni bersalin kan? Haha.

Minggu pertama dan kedua selepas bersalin nilah pertolongan suami amat-amat diperlukan. Memang penat dan rasa kurang tenaga sebab tidur pun tak menentu. Baby pun nak menyusu setiap jam. Kadang-kadang pegang baby pun sambil mata terpejam.

Baru-baru ni saya dimarahi nurse kerana tidur dengan baby atas katil. Masa tu mata saya betul-betul tak boleh tahan dah nak menyusu sambil duduk. Dikhuatiri baby boleh terjatuh dari ribaan. Masa tu kat wad, takkan nak duduk bersila atas lantai kan?

4. Masalah Penyusuan/Susu Tak Keluar/Bengkak Susu

Masalah penyusuan lepas bersalin

Haaaaaa… bab penyusuan ni adalah paling kritikal selepas bersalin. Ada orang susunya keluar cepat, ada orang lambat sikit. Jadi sokongan suami amat-amat diperlukan. Suami kena faham yang susu ibu ni bukan keluar terus mencurah-curah lepas bersalin. Memang awal-awal tu hanya titisan-titisan kolostrum je yang keluar. Memang itulah yang diperlukan oleh baby kita. Bukan susu formula.

Begitu juga dengan masalah bengkak susu. Jika baby tak dapat menyusu dengan baik boleh menyebabkan bengkak susu yang teruk. Boleh menyebabkan demam urat dan menggigil seluruh badan tau.

Panggil tukang urut seawal mungkin ke rumah supaya isteri dapat berurut dan bertungku. Bila badan dah rasa kurang sakit sana sini, susu pun akan keluar dengan elok. Masalah bengkak susu juga dapat dielakkan.

5. Masalah Sembelit

Masalah sembelit ni biasa menyerang ibu yang lepas bersalin. Mungkin disebabkan kurang minum air atau tahan membuang di awal-awal selepas kelahiran. Memang kena mintak suami tolong belikan ubat lawas atau sediakan Kalsium yang diperkaya dengan Magnesium. Sebab dengan kehadiran Magnesium ni boleh melembutkan najis, sekaligus mengelakkan sembelit untuk ibu lepas bersalin.

Ngeri tau kalau kena sembelit ni. Rasa azabnya Tuhan saja yang tahu.

6. Perut Masih Buncit

Suami kena faham bab ni. Takkan nak terus kempis macam model terus kan lepas bersalin tu. Suami jangan komen apa-apa tentang perut isteri. Ini sensitif. Hahaha. Tunggulah sehingga lepas berpantang ke kan. Bolehlah ibu fikirkan strategi-strategi nak mengempiskan perut atau nak turunkan berat badan.

Masa pantang tu memang waktu terbaik untuk turunkan berat, namun kadang-kadang ada je halangan seperti susu kurang ke, baby masuk wad ke kan. Jadi suami kenalah faham ya. Hehehe.

Alhamdulillah, jika suami memahami kan. Dah tahu dah semua ni. Boleh kongsi dengan ibu-ibu baru untuk mereka kongsikan dengan suami mereka. Moga tiada konflik yang terpaksa dilalui oleh ibu baru dalam pantang sebab suami tak faham.
 
Yang dah ada anak empat dan memang sejak dari anak kedua lagi suami yang jaga masa pantang, memang beliau faham sangat dah. Hehe.
 
Alhamdulillah. Syukur.
 
Selamat berkongsi dan semoga bermanfaat ya.

Salam Sayang,
MakTang Laila Ismail
Mak anak 4

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge