5 Tips Mendidik Anak Cara Ustaz Don Daniyal

Ustaz Doniyal bin Don Biyajid, seorang ustaz kacak yang terkenal di negara kita. Dengan tutur bicaranya yang sangat lembut dan sedap didengar, beliau berjaya menarik perhatian kita untuk mendengar tazkirah dan nasihatnya. Alhamdulillah.

Gambar Don Mustofa, anak Ustaz Don di UK7

Saya nak share sedikit tips daripada beliau dalam mendapatkan anak yang soleh dan solehah serta tips mendidik anak di zaman serba mencabar ini. Apa kata beliau?

1. Doa Harian

Doa harian yang beliau jadikan amalan ialah Doa Nabi Ibrahim AS.

Ya Tuhan kami,
berikanlah kepada kami pasangan dan anak-anak (zuriat) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang yang bertakwa

2. Doa Harian Selepas Solat

Toha-1-5

Membaca Surah Toha ayat 1-5 setiap hari selepas solat kerana ia sangat bagus dalam membina keluarga.

3. Ajar Anak Untuk Menyayangi

Ajar anak menyayangi Nabi, ahli keluarga Nabi dan membaca Al-Quran. Nabi SAW bersabda, “Siapa yang tidak menyayangi, dia juga tidak akan disayangi”.

Gambar Don Mustofa, anak Ustaz Don di UK2

Seorang ayah mestilah menyayangi anak-anak dan ahli keluarganya dan mempunyai ilmu dalam mendidik mereka. Ilmu-ilmu tersebut boleh didapati daripada Al-Quran, oleh sebab itulah setiap ayah yang baik wajiblah membaca dan memahami Al-Quran untuk disampaikan kepada seluruh ahli keluarga.

4. Pilih Isteri/Ibu Yang Baik Agamanya

ustaz don

 

Bermula dari memilih isteri, carilah ibu yang baik agamanya dan semasa kelahiran lagi, berikan anak dengan nama-nama yang baik.

5. Makanan Rohani dan Jasmani

download

Hidangkan anak-anak dengan makanan rohani iaitu Al-Quran dan makanan jasmani iaitu makanan yang bersih dan halal.

Semoga kita semua dapat mengambil dan mengamalkan tips-tips daripada beliau ni dan jangan lupa untuk share dengan suami kalian yaa….

Sumber : PaMa

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge