masalah sakit jantung

5 Tips Jaga Kesihatan Jantung Agar Berdegup Lebih Lama

Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III, penyakit jantung dan strok menyumbang satu perempat daripada jumlah kematian di Malaysia. Ia berpunca daripada pengumpulan lemak atau plak di dalam salur darah dalam jangka masa yang panjang. Apabila salur darah menjadi sempit, sel darah merah yang mengangkut oksigen tidak sampai ke jantung dan boleh menyebabkan jantung berhenti berdegup atau ‘heart attack’.

bahaya sakit jantung

Cara Menjaga Kesihatan Jantung

Tabiat pemakanan atau amalan-amalan untuk menjaga jantung ini harus diamalkan seawal mungkin kerana amalan kehidupan yang tidak betul akan menyebabkan kita terjerumus ke dalam cara hidup yang tidak sihat dan akhirnya menghidap penyakit kronik.

1. Jaga Pemakanan

Orang Malaysia memang kaya dengan pelbagai makanan berminyak dan berlemak. Pengambilan makanan sebegini haruslah dikawal dan dikurangkan untuk menjamin kesihatan jantung yang sihat. Pengumpulan lemak di bahagian abdomen atau lemak perut boleh menyebabkan lemak-lemak ini menyaluti organ-organ penting termasuk jantung.

Cara Kurangkan Lemak Perut

Apabila lemak terlalu banyak berkumpul di organ-organ penting, ia akan memasuki salur darah dan akan menyebabkan terbentuknya plak sehingga menyebabkan masalah peredaran darah ke jantung.

Amalkan pemakanan sihat dan eat clean untuk elak masalah jantung di masa depan.

2. Kawal Berat Badan

Pengawalan berat badan di tahap yang normal adalah sangat penting. Ianya bermula daripada faktor pengambilan makanan sejak kecil lagi.

Obesiti atau berat badan yang berlebihan boleh menyebabkan kencing manis, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan akhirnya mengganggu kerja-kerja jantung untuk berfungsi dengan baik.

Turunkan berat badan secara perlahan-lahan pun tidak mengapa asalkan konsisten. InshaAllah berat akan turun dan sejarah kesihatan kita akan jadi lebih baik.

3. Ubah Gaya Hidup

Amalan gaya hidup aktif dan sihat harus diamalkan oleh semua tanpa mengira berbadan kurus atau besar. Ini adalah kerana penyakit jantung tidak pernah mengenal siapa mangsanya. Orang yang kurus juga tidak terlepas daripada mengalami masalah jantung yang bermula daripada amalan pemakanan yang tidak sihat serta gaya hidup yang tidak sihat.

4. Bersenam

bahaya sakit jantung

Bersenam secara rutin, 3-4 kali seminggu itu adalah terbaik dah tau. Ambil masa 30 minit untuk setiap sesi pun ok dengan berjalan kaki sekeliling taman atau sambil bermain dengan anak-anak pun bagus juga. Kadang-kadang orang yang jadi surirumah pun rasa tak sempat nak bersenam kan?

Buat jadual dan tetapkan masa bersenam yang tetap membuatkan kita lebih berdisiplin untuk konsisten.

Bersenam dapat membantu jantung mengedarkan darah ke seluruh badan dengan baik dan berkesan serta menurunkan risiko terkena penyakit jantung.

5. Berhenti Merokok

tips jaga kesihatan jantung

Kebanyakan mereka yang menghidap penyakit jantung adalah dari golongan orang yang merokok. Hentikan tabiat buruk ini sebelum ia meragut nyawa anda.

Sumber : Buku Jantung, Antara Hidup dan Mati (1997), Dr. Jamilah Jamaludin

Boleh juga baca sini untuk tips jaga jantung : Penyakit Kardiovaskular

Selamat mengamalkan cara hidup sihat dan tips-tip di atas untuk jaga kesihatan jantung kita. InshaAllah.

Ahkak Laila,
Sihat itu kaya

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge