Vitamin C untuk anak

5 Sebab Anak-anak Kita Perlukan Vitamin C

Ada orang kata anak-anak ni tak perlukan suplemen, tak perlukan vitamin. Makan je makanan sebenar. Tapi cuba kita cek balik pemakanan anak-anak ni.

Vitamin C untuk anak
Cukupkah Vitamin C yang diambil dari buah-buahan?

#1 Adakah mereka makan makanan seimbang setiap hari? Cukup dengan segala nutrien dan zat yang sepatutnya mereka ambil? Sedangkan mereka memerlukan semua zat, nutrien, mineral untuk perkembangan dan pertumbuhan badan mereka serta perkembangan minda yang sihat.

#2 Adakah mereka sentiasa mengambil buah-buahan yang cukup setiap hari? Dan dari mana buah tu kita dapat? Adakah buah tersebut ditanam sendiri atau beli? Kalau beli dari petani di pasar-pasar malam atau pasar tani atau buah yang diimport dari oversea?

Saya sendiri sangat sukakan buah-buahan yang dijual di pasar tani tetapi yang sedih dan kecewanya, buah-buah yang mereka jual pun ada juga yang diimport dari negara China, Thailand dan lain-lain.

Buah-buahan ni, zat yg dibekalkan tu benar-benar bagus bila kita makan masa dia masak ranum dan baru dipetik. 🙂 Buah yg jual kat kedai tu kebanyakannya dipetik masa masih muda-diperam-diawet-dipacking. Barulah sampai ke kita.

Saya suka juga beli epal untuk keluarga. Tapi perasan tak, epal tu masih muda. Agak-gak dah berapa dipetik tu?

Dan agak-agak zat apa yang masih tinggal dalam buah tersebut? Berapa peratus je zat yang tinggal? Pernah tak kita fikir?

Di zaman ini, memang segalanya susah untuk kita dapat dari tumbuhan yang benar-benar semulajadi. Kebanyakannya sudah diawet dan diubah genetiknya supaya mengeluarkan hasil berkali ganda lebih cepat dari biasa.

Yang diawet tu kurang zat, bagaimana pula yang diubah genetiknya? Pasti ia mengundang akibat-akibat buruk jika kita mengambilnya secara berterusan dalam jangka masa yang lama seperti kanser.

Kenapa Anak-anak Kita Perlukan Vitamin C?

#1 Vitamin C membina otot yang sihat.

Anak-anak tengah lasak dan sedang membina otot mereka. Otot yang sihat membina metabolisme yang sihat serta pembakaran lemak yang lebih baik.

#2 Vitamin C meningkatkan sistem imuniti tubuh.

Anak-anak yang sedang membesar dan lasak pasti terdedah dengan macam-macam persekitaran. Mereka perlukan kekebalan tubuh supaya tidka mudah diserang penyakit terutamanya demam selsema.
Bila anak selalu sakit, mak-mak juga yang susah hati kan?

#3 Vitamin C sangat penting untuk penyerapan zat besi.

Kanak-kanak perlukan zat besi untuk membesar. Tanpa vitamin C, zat besi tidak boleh diserap oleh badan.

#4 Vitamin C membina kolagen dalam tubuh kita.

Tubuh kita ni boleh buat kolagen sendiri tapi keupayaannya makin menurun dengan meningkatnya usia. Sebab tu kalau kita tengok, anak-anak kulitnya tegang dan mulus je, bila dah tua berkedut. Sebabnya kolagen dah tak dapat dihasilkan oleh badan. Mesti kena tambah kolagen dengan mengambil Vitamin C atau Kolagen.

#5 Vitamin C penting untuk penyembuhan.

Anak-anak ni kalau bermain, terjatuh. Nak kena sembuh cepat sebab mereka ni nak bermain lagi.

Dan

Malang sekali anak kita bukan arnab. 😆
Sebab apa? Sebab arnab boleh buat Vitamin C sendiri tapi anak kita tak boleh. Maka, nak tak nak kita kena bekalkan Vitamin C yang optimum untuk diorang ni.

Saya juga ibu seperti anda, saya faham perasaan ibu-ibu. Mesti kita nak berikan anak-anak kita yang terbaik kan?

Percayalah!
Inilah ‘investment’ terbaik untuk masa depan anak-anak kita. InshaAllah. 🙂

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge