Cara atasi menopause

5 Petua Melambatkan Menopause Yang Wanita Wajib Ambil Tahu

Masa saya bekerja dulu, saya suka juga bergaul dengan kakak-kakak yang lebih berusia daripada saya. Banyak pengalaman mereka yang boleh kita jadikan tauladan dan sempadan. Hehe. Yang masih saya ingat hingga kini ialah bagaimana mereka menghadapi simptom-simptom menopause. Agak ngeri jugalah jika diingat-ingat kembali.

Cara atasi menopause

Ada yang terpaksa dimasukkan ke hospital kerana bleeding yang terlalu banyak.

Ada yang demam tak kebah-kebah.

Ada yang emosi sampai susah nak kawal.

Panas badan sampai tak boleh tidur malam.

Kalau boleh, saya ingin lebih bersedia untuk menghadapi fasa-fasa menopause ni nanti. Dan sedaya upaya ingin berusaha untuk melambatkan fasa menopause ni.

Cara atasi menopause

Cara Melambatkan Menopause Secara Semulajadi

1. Gaya Hidup Aktif/Bersenam

Amalkan gaya hidup yang aktif bermula dari awal. Bersenam secara rutin sebanyak 3-4 kali seminggu selama 30 minit untuk setiap sesi. Berjalan kaki di sekeliling taman setiap hari juga bagus untuk kesihatan dan membina pemikiran yang lebih positif.

2. Banyakkan Ambil Sayur-sayuran Dan Buah-buahan

Petua melambatkan putus haid

Banyakkan pengambilan sayur-sayuran, ulaman dan juga buah-buahan. Selain membekalkan vitamin dan mineral secara semulajadi, ia juga dapat membekalkan serat penting dalam pola pemakanan kita.

3. Elak Kafein/Minuman Berkarbonat/Makanan Segera

Jauhi makanan yang tinggi kafein, minuman berkarbonat dan makanan segera kerana ia boleh mengganggu hormon dan tahap kesuburan wanita.

4. Kawal Berat Badan

Jika mengalami berat badan berlebihan atau obesiti, turunkan berat badan secara perlahan-lahan dengan cara yang sihat. Amalkan pemakanan seimbang setiap hari dan jadikan amalan seharian. Ini terbukti dapat menurunkan berat badan dengan cepat dan berat badan tidak cepat naik.

5. Ambil Makanan Dan Vitamin Tinggi Antioksidan

Amalkan makanan yang tinggi antioksidan seperti kekacang, buah berry, coklat tanpa gula dan sayur-sayuran hijau.

Petua melambatkan putus haid

Ambil vitamin yang tinggi antioksidan seperti Vitamin A, C , E dan Polyphenols.

Pengambilan makanan dan vitamin yang tinggi antioksidan ini perlulah dimulakan sejak awal usia lagi untuk memperlambatkan proses menopause. Sebaiknya amalkan vitamin seawal 25 tahun kerana banyak fungsi badan semakin merosot apabila kita berusia 25 tahun.

Vitamin Untuk Melambatkan Menopause

GLA yang mengandungi Vitamin E dapat membantu memberikan keseimbangan hormon dan memelihara sistem reproduktif wanita.

Vitamin A, Vitamin C dan Polyphenols – Tinggi antioksidan dan dapat melawan radikal bebas yang boleh mengganggu hormon wanita dan sistem tubuh manusia. Radikal bebas ini memang tidak dapat dielakkan daripada kehidupan seharian kita hari ini, namun kita perlu ambil vitamin yang tinggi antioksidan untuk melawannya.

Klik gambar di bawah untuk buat pembelian menggunakan kad debit atau kad kredit anda.

Petua melambatkan putus haid

Boleh hubungi saya dengan klik gambar di bawah tanpa perlu menyimpan no handphone saya terlebih dahulu. Mudah kan?

 

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge