cara mudah turunkan berat dengan cepat

5 Cara Mudah Turunkan 5 kg Dalam Masa 3 Minggu

Nak turunkan berat badan bukan ambil masa sehari atau pun seminggu. Nak naikkan berat badan 10 kg pun ambil masa bertahun-tahun jugak kan. Jadi nak turunkan berat pun mesti kena ambil masa. Bagi masa untuk diri kita turunkan berat dengan TENANG. 🙂

cara mudah turunkan berat dengan cepat

Sebelum masuk ke tips turun berat. Ada beberapa persediaan mental dan fizikal yang perlu kita buat. Apa dia?

  • Disiplin
    Kalau nak kurus, WAJIB disiplin tinggi.
  • Konsisten
    WAJIB konsisten dalam setiap tips yang diberikan.
  • Rajin
    WAJIB rajin. Rajin MAKAN, rajin BERSENAM, rajin ambil suplemen.

Ok, itu je persediaan yang kita perlu ada. Semua dalam diri kita NAK atau pun TIDAK.

Tips Turunkan Berat 5 kg Dalam Masa 3 Minggu Cara Mudah Dan Pantas

1. Eat Clean

Turun berat dengan eat clean

Apa itu eat clean? Boleh klik link di bawah untuk mengetahui konsep eat clean.

Konsep Eat Clean

Turun Berat Dengan Cabaran Eat Clean

Ya, saya turunkan berat badan 5.4 kg dengan cara eat clean selama 21 hari/3 minggu. Memang agak terkejar-kejar masa untuk sediakan makanan yang kita tak biasa buat. Mula-mula memang agak kelam kabut juga. Tapi sebab kita MAHU, kita akan cuba buat jugak. Dan lama-lama kita rasa macam MASTER CHEF pulak di dapur. 🙂

Sebab sangat senang nak masak menu-menu eat clean ni. Sangat mudah. Tak perlu tumis lama-lama, tak perlu guna minyak banyak-banyak. Hanya steam, rebus dan grill sahaja. Senang kan

2. Senaman

Turunkan berat badan dengan cepat

Memang ramai yang tiada masa nak bersenam ni. Ingat semula tujuan kita. Nak turun berat kan? Jadi WAJIB bersenam. Tak perlu lama setiap hari. Hanya perlu 30 minit sahaja. Pagi sebelum sarapan, petang atau malam. Ikut kesesuaian jadual kita. Kalau nak turun berat dengan cepat, WAJIB bersenam setiap hari.

Ingat satu je . Nak kurus ke tak? 🙂

3. Minum Air Masak

Makanan perlu dielakkan untuk anemia

Minum air masak pun WAJIB! Setiap 25 kg berat badan perlukan 1 liter air.

Contoh : Berat badan 100 kg

WAJIB minum air 4 liter sehari.

Banyaknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa 4 liter tu. Senang saja. Macam ni,

Pagi : 1.5 liter (kalau bersenam pagi memang boleh habis 1.5 liter ni)

Tengah hari : 1 liter

Petang : 1 liter

Malam : 0.5 liter

Senang kan? Kalau bersenam pada waktu petang atau malam, boleh habis 1.5 liter pada waktu tersebut.

4. Detox

Detox untuk kurus cepat

Lakukan detox dengan meninggalkan gula dan garam serta makanan berminyak. Ambil jus detox tanpa gula. Seelok-eloknya sediakan sendiri di rumah.Jika ingin beli di luar, pastikan tanpa gula walau sedikit pun. Ambil setiap hari sepanjang 3 minggu.

Di samping itu boleh ambil makanan tambahan yang berfungsi sebagai vitamin detox seperti Vivix atau Alfalfa, Garlic dan Herblax.

Saya juga mengamalkan Detox Parasit selama 14 hari dalam tempoh menurunkan 5 kg ini. Gabungan detox dan eat clean ni memang best! Cepat kempis!!!

5. Ambil Suplemen

Turun berat dengan cepat
Pengambilan suplemen melengkapkan nutrisi dan memberikan efek lebih cepat dan mudah turunkan berat badan

 

WAJIB ke? Wajib jika nak cepat turunkan berat. Sebab apa? Suplemen ni memang membantu kita bakar lemak lebih cepat. Bantu tinggikan metabolisme kita. Apabila metabolisme meningkat, makin mudah untuk turunkan berat. Sepanjang program turun berat 21 hari tu, saya ambil Set Kurus Shaklee yang asas dan Vivix.

Vivix membantu meningkatkan kadar metabolisme badan dan memberi segala nutrien yang diperlukan oleh badan.

Set Kurus pula membantu saya membakar lemak secara efektif di samping membuang segala toksin yang bersarang dalam badan.

Di samping berat turun, banyak kesihatan dalaman yang saya dapat. Yang paling saya gembira ialah tahap lemak perut (visceral fat) saya menurun dari 24 ke 16. Alhamdulillah.

cara turunkan lemak perut dengan mudah dan pantas
Alhamdulillah, ada perubahan yang baik.

Kalau nak tahu, visceral fat ni sangat bahaya untuk kesihatan dan boleh membawa maut. :(. Menakutkan bila tahu Visceral Fat saya ni sangat tinggi. Boleh kena penyakit kronik tiba2 tau! huhuhu. Oleh sebab itulah saya NEKAD untuk turunkan berat badan ni. Dengan turunnya berat badan, lemak dalam badan kita juga akan berkurangan hasil dari perubahan gaya hidup, cara makan dan senaman yang telah saya lakukan.

Mudah kan semua tips yang saya kongsikan??

5 tips ni mudah sahaja dan saya pasti semua orang boleh lakukannya.

Selamat mencuba ya!!!

Hubungi saya di 019-722 8520 (Laila-ID 854299) untuk bantuan nasihat eat clean atau pesanan Vivix dan Set Kurus Shaklee.

✿✿Jadi Ahli Shaklee Untuk Penjimatan Sehingga 20%✿✿

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail
✿FanPage : Tips Ibu Hamil, Berpantang dan Menyusu

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 thoughts on “5 Cara Mudah Turunkan 5 kg Dalam Masa 3 Minggu”

  1. Pwngambilan supplement untuk bantu turunkan berat badan memang perlu. Disamping kita menjaga pola makan dan buat senaman. Kalau nak harap supplement shaja tanpa usaha yg lain…tentu tak kan berhasil nak kurus kan..? Hehhehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge