5 Cara Mengubati Nipple Luka Dalam Masa 1 Hari

Ibu-ibu yang pernah mengalaminya memang sangat memahami betapa sakitnya bila nipple luka semasa menyusukan. Biasanya terjadi semasa awal-awal lepas bersalin dan bila bayi kita dah tumbuh gigi.

Saya mempunyai 3 orang anak dan saya mengalaminya setiap kali selepas melahirkan anak. Sakitnyaaaaaaaaaaa Ya Allah… Hanya Tuhan je tahu. Kadang-kadang sampai berdarah-darah. 🙁

Apa Punca Nipple Luka Semasa Menyusukan?

1. Menyusu Dengan Posisi Yang Salah (Latching Yang Tak Betul)

latch on yang betul

Posisi yang salah semasa menyusu boleh menyebabkan nipple luka. Lekapkan mulut bayi dengan betul semasa menyusukan. Boleh tengok video ni untuk mengetahui bagaimana latching yang betul.

2. Susu Kurang

Hari-hari pertama selepas bersalin, memanglah susu kurang kan. Bila susu kurang, bayi menghisap dengan kuat untuk mendapatkan susu, maka nipple pun melecetlah. Tapi lekapan yang betul boleh membantu mengurangkan masalah ni sebab bayi kita menghisap susu bukan menggunakan nipple tu. Paling penting lekapan yang betul yaa…

Kalau dalam 2-3 hari susu takde jugak tu, kenalah usaha menyusu lebih kerap lagi atau mengepam yaa. Macam saya amalkan Set Bersalin yang boleh terus diambil lepas bersalin, jadi penghasilan susu tu taklah delay sangat. Badan pun terasa cepat sihat.

3. Bayi Nak Tumbuh Gigi

Biasanya bayi yang baru nak tumbuh gigi ni suka menggigit. Untuk mengajar bayi supaya tidak menggigit payudara ibu, tekup muka atau picit hidup bayi supaya bayi melepaskan gigitan tersebut. Apabila ibu lakukannya setiap kali bayi menggigit, bayi akan faham yang ibu dalam kesakitan dan takkan menggigit lagi. Tapi ibu-ibu buatlah berpada-pada ya… 🙂

Jangan menjerit kesakitan tau, sebab bayi akan silap faham yang ibu gembira bila digigit. 😛
Silap interpretasi gitu…

Bagaimana Mengubati Nipple Luka Dengan Cepat?

1. Sapu Dengan Susu Ibu

Setiap kali lepas penyusuan, sapu dengan susu ibu sambil berselawat sebanyak 3x. Sapu sekerap mungkin.

Cuma kalau setakat gunakan susu ibu, ambil masa sikitlah. Mungkin 2-3 hari… atau 5 hari jika luka besar. Kalau nak cepat baik, teruskan baca tips yang berikutnya. 🙂

2. Sapu Dengan Krim

Gunakan cream untuk nipple luka yang ada di pasaran. Pastikan cream tersebut selamat untuk menyusu supaya kita tidak perlu membasuh setiap kali ingin menyusukan bayi.

Ubati nipple luka dengan cepat
Krim ajaib yang membantu memulihkan nipple luka

Saya sangat sukakan krim medela, Medela Tender Care Lanolin. Ia sangat mujarab dan berkesan. Pernah juga saya cuba cream2 lain yang disarankan tetapi krim medela inilah yang paling cepat untuk saya mengatasi masalah nipple luka ni.

Krim medela ni saya beli dari Aja, memang peniaga medela yang terkenal dan paling cepat dan bagus servisnya. Boleh ke Kedai Medela Aja ni ya. Klik link di bawah.

Kedai Medela Aja

3. Anginkan Payudara

Seboleh-bolehnya anginkan payudara sekerap mungkin kerana kelembapan boleh melambatkan proses memulihkan luka pada nipple.

4. Rehatkan Sementara Dari Menyusu Tapi Mesti Pam

Jangan rehat terus tau. Sebab apa? Nanti susu makin berkurang. Jadi teruskan memerah susu dengan menggunakan tangan. Luka akan menjadi makin teruk jika kita menggunakan pam. Anda boleh klik link di bawah ni untuk mengetahui bagaimana nak pam susu menggunakan tangan.

Perah Susu Guna Tangan

Mula-mula memang terasa kekok dan susah sedikit. Tapi setelah kita cuba beberapa kali, InshaAllah proses memerah menjadi lebih mudah dan lancar. Yang paling penting, RAJIN!

5. Ambil Vitamin C dan Vitamin E

Cara atasi nipple crack
Vitamin C membantu mempercepatkan penyembuhan luka

Ambil Vitamin C dengan dos yang lebih banyak dari biasa. Jika biasanya kita ambil 500mg, ambillah 1000mg dalam proses penyembuhan luka ni. Dan jangan lupa tambahkan Vitamin E dalam nutrisi harian kerana Vitamin E juga boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka. Di samping tu, kulit pun makin cantik. Faedah berganda di situ… 😀

Cara atasi masalah nipple luka
Vitamin E membantu memulihkan luka dengan cepat

Kalau nak sembuh cepat, lakukan kelima-lima cara ni tau. InshaAllah dalam masa 1 hari dah boleh sembuh. Paling lama pun tak samapi 48 jam. Kalau lama-lama, seksa juga jiwa raga kita nak menyusukan. Siap kejang-kejang kaki sebab nak tahan sakit masa menyusu tu kan. 🙁 .. Huhuhu.. memang sakit sangat!!!

Anda juga nak sembuhkan nipple yang luka dengan cepat? Boleh hubungi saya seperti berikut untuk mendapatkan Vitamin C dan Vitamin E dengan harga terbaik.

Sembuhkan luka dari luar dan dalam supaya anda tidak terus menderita.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-7228520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail
✿FanPage : Tips Ibu Hamil, Berpantang dan Menyusu

 

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge