5 Cara Atasi Sembelit Semasa Mengandung

Sembelit ni bukan masalah semasa mengandung je. Kalau kena waktu tak mengandung pun rasa macam serba tak kena. Kalau kena waktu berpantang lagilah seksa rasa jiwa raga. Memang menangis dalam tandas. :(. Tambah teruk kalau pernah ada masalah buasir. Bertambahlah penyeksaan.

cara atasi sembelit semasa hamil

Faktor utama wanita hamil mudah sembelit ialah kerana hormon progesteron di dalam tubuh wanita hamil sangat tinggi menyebabkan usus memproses makanan dengan lebih perlahan.

Selain itu kandungan yang semakin membesar juga menyebabkan tekanan fizikal kepada usus dan menghalang pergerakan najis ke usus besar dan rektum.

Semasa saya mengandung ketiga-tiga puteri saya ni, Alhamdulillah tak kena sembelit teruk. Rasanya sekali je kena masa hamil anak kedua. Itu pun rasa sangat seksa dah.

Saya kongsikan bagaimana nak atasi masalah sembelit ni.

1. Minum Air Secukupnya

Ibu hamil yang mengalami dehidrasi mudah terkena sembelit. Jadi minumlah air yang banyak untuk mengelakkan sembelit. Jika tak mampu nak minum air yang banyak sekaligus, minum sedikit-sedikit dengan kerap.

2. Banyakkan Pengambilan Fiber/Serat

cara atasi sembelit semasa hamil

Perbanyakkan pengambilan makanan yang mengandungi tinggi serat seperti kekacang, sayur-sayuran, cereal seperti oat, beras perang dan buah-buahan. Amalkan sehingga 4-5 hidangan serat setiap hari.

3. Amalkan Buah Prune atau Jus Oren

Ambil buah prune untuk snek 1-2 kali sehari dan jus oren. Pilih buah prune yang rendah kandungan gulanya dan buat sendiri jus oren di rumah. Ini untuk mengelakkan ibu hamil terkena Diabetes semasa hamil kerana ia boleh membahayakan nyawa ibu dan juga bayi di dalam kandungan.

4. Ambil Suplemen Kalsium Dan Protein Yang Mencukupi

Kalsium yang lengkap dengan Magnesium juga membantu mengatasi masalah sembelit untuk ibu hamil.

Di dalam usus, kalsium akan bergabung dengan hempedu yang berlebihan dan lemak yang mereput seterusnya membentuk gumpalan. Dan gumpalan inilah yang akan dikeluarkan sebagai najis dan membersihkan usus.

Magnesium pula berperanan melegakan otot dalam usus yang membantu untuk mewujudkan pergerakan yang lebih baik dan lancar. Magnesium juga berfungsi untuk menyerap air ke dalam kolon seterusnya melembutkan najis dan melancarkan pembuangannya dari badan.

Kredit : Vitaminkita

Perhatikan pil Kalsium yang ibu-ibu ambil, pastikan ia mengandungi Magnesium juga ya.

Dari pengalaman saya dan beberapa pelanggan saya, pengambilan protein juga dapat mengelak daripada masalah sembelit ni. Yerlah kan, sebelum terkena sembelit, lebih baik kita cegah dahulu kan.

5. Banyakkan Pergerakan

Kurang bergerak atau pergerakan yang minima juga boleh menyebabkan masalah sembelit. Banyakkan pergerakan seperti berjalan kaki atau melakukan kerja-kerja rumah secara rutin boleh membantu mengelakkan masalah sembelit. Tidak perlulah bersukan yang boleh membahayakan ibu atau bayi, cukuplah bersukan yang sederhana. Kalau rajin berenang pun bagus juga. InshaAllah dapat membantu masalah mengatasi masalah sembelit ni.

Jika anda sedang mengandung dan mengalami masalah sembelit atau mengetahui rakan anda sedang menghadapi masalah sembelit, semoga perkongsian ini bermanfaat dan boleh kongsikan dengan mereka tips atasi sembelit ini.

Boleh hubungi saya untuk dapatkan Kalsium (mengandungi Magnesium) dan protein soya ya.

atasi masalah sembelit

Atau klik gambar di bawah untuk membuat pembelian.

Tips atasi sembelit

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Laila Ismail

 

 

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge