cara bisnes guna blog

4 Sebab Kenapa Kena Guna Blog Untuk Bisnes

Sejak tahun 2008, saya mula berjinak-jinak dengan blog. Masa tu buat blog personal sempena mengandung anak pertama. Lepas tu mulakan blog untuk bisnes. Memang hasil godek-godek sendiri je.

2012 saya mulakan blog Shaklee pertama saya. Dan dalam masa yang sama, Facebook muncul. Jadi saya kurang fokus kepada blog bisnes saya. Memang hasil jualan adalah daripada Facebook Ads (Iklan berbayar di Facebook).

Lama kelamaan, Facebook Ads makin cekik darah dan algorithm Facebook pula sering berubah-ubah. Sangat laju perubahannya sehinggalah saya rasa tak mampu lagi nak ikut dan nak buat iklan di Facebook.

Secara tak langsung, bisnes Shaklee yang saya bina menggunakan Facebook Page juga sedikit merudum. :(. Mujurlah saya memang dah ada blog sebelumnya. Jadi, saya perlu kembali menulis blog dengan aktif dengan teknik-teknik yang betul.

cara bisnes guna blog

Saya masuk kelas dengan sifu-sifu blog Master Zainul, Firdaus Azizi dan Salwa Saleh. Selain tu saya juga dapat ilmu blog yang hebat daripada mentor Shaklee saya Lyna Noh. Memang banyak belajar benda baru tentang blog ni memandangkan saya dulu bina blog hanya dengan belajar sendiri sahaja.

Alhamdulillah, dengan teknik-teknik SEO dan penulisan berpengaruh yang telah dipelajari, saya kini bergantung 100% kepada blog saya untuk bisnes Shaklee ni.

Alhamdulillah, memang lebih seronok menulis blog berbanding berjualan di Facebook personal (Ini adalah pendapat saya sendiri yaa).

Banyak kelebihan berbisnes menggunakan blog ni. Saya kongsikan ya.

4 Sebab Kenapa Kena Guna Blog Untuk Bisnes

1. Sekali Tulis Untung Berkali-kali

cara bisnes guna blog

Artikel yang anda tulis dengan teknik yang betul akan menjana pendapatan berkali-kali. Sekali sahaja anda korbankan masa dan tenaga untuk menulis dengan baik, anda boleh menghasilkan keuntungan berkali-kali hanya dengan artikel yang sama.

2. Mudah Dapat Pelanggan Yang Serius (Serious Buyer)

Pelanggan biasanya menggunakan ‘Google Search’ untuk mencari solusi kepada masalah mereka. Contohnya jika mereka ada masalah berkenaan jeragat. Biasanya mereka akan tulis,

‘Cara merawat jeragat’
‘Ubat jeragat’
‘Cara hilangkan jeragat’

Jika kita menulis dengan teknik yang betul, mereka akan terus berjumpa solusinya di blog kita. Dan InshaAllah kebarangkalian untuk close sale tu adalah tinggi.

Dengan syarat, entri blog kita tu berada di page pertama di pencarian Google. Yang ni ada tekniknya tersendiri yang perlu dipelajari.

3. Carian Yang Lebih Meluas

cara bisnes guna blog

Apa yang kita tulis dalam blog dapat dicari oleh ramai orang di seluruh pelusuk dunia. Berbanding dengan Facebook, ia hanya berlegar-legar di dalam News Feed buat sementara waktu sahaja. Itu pun kalau ada respon Like dan Comment. Kalau tiada atau sikit, memang akan terus tenggelam.

Ini bukan bermaksud pemasaran di Facebook tidak bagus langsung, kita masih boleh menggunakan Facebook untuk bisnes cuma carian di blog lebih meluas, bermaksud kebarangkalian mendapat pelanggan adalah lebih besar berbanding Facebook.

4. Bertahan Lebih Lama

Apa yang kita tulis di blog akan terus bertahan lama walaupun kita sudah tiada di dunia ini.

Jika kita menggunakan domain dan hosting daripada syarikat tertentu, selagi kita bayar ‘maintenance’nya, selagi itulah entri blog kita dapat ditemui oleh semua orang.

Ini juga akan jadi salah satu saham akhirat kita kan? Dengan syarat, dalam kita berbisnes untuk memasarkan produk yang kita jual, kita juga berkongsi ilmu yang bermanfaat untuk rujukan orang ramai. Itu kan salah satu yang akan membantu kita di alam akhirat kan? Keuntungan bukan untuk dunia semata, akhirat pun dapat tau. InshaAllah.

Anda nak bisnes Shaklee tapi tak tahu nak buat blog? Jangan risau. Sekarang ni saya ada buat personal coaching dan group coaching untuk mereka yang nak bisnes Shaklee menggunakan blog. 100% PERCUMA sahaja. Anda hanya perlu daftar ahli Shaklee di bawah team Freedom Family dan bimbingan untuk bina blog semuanya PERCUMA.

Daftar Ahli Shaklee Di sini

Anda blog daftar kelas blog dengan saya dengan hanya satu klik sahaja.

 

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge