Petua banyakkan susu ibu

3 Petua Paling Penting Untuk Banyakkan Susu Ibu

Apabila disahkan hamil je, ibu-ibu mula excited mencari cara untuk banyakkan susu ibu. Sebenarnya yang paling penting kena tahu tentang konsep penyusuan sahaja.

Petua banyakkan susu ibu

Ia bukanlah rahsia atau petua yang pelik-pelik untuk tambah susu ibu. Hanya perlu amalkan 3 konsep penyusuan ini sahaja. Kalau nak ambil milkbooster atau minuman/makanan tambah susu sekali pun, 3 petua ni wajiblah dipatuhi.

3 Petua Banyakkan Susu Ibu

1. Demand vs Supply (Permintaan dan Pengeluaran)

Konsep ini demand vs supply (Permintaan dan Pengeluaran) mesti dipenuhi walau apa cara sekali pun. Maksudnya, permintaan yang tinggi akan menghasilkan pengeluaran susu ibu yang tinggi. Caranya ialah dengan menyusukan anak lebih kerap atau mengepam secara kerap. Makin kerap anak menyusu, makin banyak susu akan dihasilkan.

PENGELUARAN adalah berkadar langsung dengan PERMINTAAN

Jika menyusu secara direct, susukan anak setiap kali anak ingin menyusu. Jika anak tidur lama lebih dari 3 jam, pastikan anda mengepam.

Jika anda seorang ibu yang mengepam sepenuhnya, pastikan anda mengepam setiap 2-3 jam. Makin kerap anda pam, makin banyak susu dihasilkan.

2. Kosongkan Payudara

Setiap kali menyusu atau mengepam, pastikan payudara dikosongkan sepenuhnya.

Payudara ni Allah jadikan ia sangat unik. Setiap kali dikosongkan, setiap kali itulah susu akan dihasilkan. Makin kerap dikosongkan, makin banyak susu akan dihasilkan.

Adalah satu kesilapan besar jika kita menunggu payudara bengkak barulah kita nak susukan anak atau baru nak mengepam.

10 Kesilapan Yang Kerap Ibu Lakukan Untuk Menyusukan Si Manja

3. Jaga Pemakanan

Walau semahal mana atau sehebat mana pun milkbooster yang anda ambil untuk banyakkan susu, pengambilan makanan WAJIBLAH dijaga. Ambil makanan seimbang secara kerap dalam kuantiti yang kecil jika takut berat badan meningkat semasa menyusukan.

Banyakkan pengambilan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan segar untuk membantu banyakkan susu badan.

Semoga ibu-ibu yang berniat untuk menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya berjaya merealisasikan impian murni dan diberkati Allah ini. InshaAllah.

Jika perlukan teman berbicara tentang susu ibu, boleh hubungi saya bila-bila masa di 019-722 8520 ya.

Salam Sayang,
Laila
Mama Anak 3

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge