3 Petua Nak Dapat Anak Tanpa Ibu Ada Penyakit Kronik Semasa Mengandung

Selepas diijabkabulkan, pasti kita teruja untuk menimang cahaya mata. Itu normallah kan? Naluri keibuan yang lahir sebelum bergelar ibu. Alhamdulillah, syukur dengan nikmat naluri yang Allah berikan.

Tidak dinafikan ada yang merancang tak nak anak cepat, nak honeymoon dulu dan lain-lain. Tapi yang menjadi kebiasaannya memang nak anak cepatlah. Ini yang saya selalu jumpa.

Sebelum kita mengandung, ada perkara yang perlu kita ambil berat untuk pastikan kesihatan kita semasa hamil tu dalam keadaan tip top (orang hipster kata. hehe). Bahasa mudahnya, tanpa masalah kesihatan yang yang biasa hinggap ibu mengandunglah seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, anemia dan lain-lain.

Cara Nak Hamil Sihat Tanpa Kencing Manis, Tekanan Tinggi Mahupun Anemia

1. Pastikan kita bebas daripada penyakit-penyakit kronik yang biasa menyerang wanita hamil.
kencing manis
-tekanan darah tinggi
Kalau dah memang ada tu, silalah kawal betul-betul bukannya kawal ikut mood sesuka hati.

2. Makan sihat. Makan sihat. Jika ada masalah berkaitan hormon, silalah bertukar kepada bahan-bahan organik. Ayam organik, sayur-sayur organik. Jumpa doktor untuk dapatkan nasihat jika hadapi masalah seperti cyst, fibroid, endometriosis dan lain-lain.

3. Ambil asid folik (sekurang-kurangnya) seawal merancang untuk hamil. Sebab? Di saat kita tahu kita dah hamil 5 minggu iaitu paling awal kita boleh dapat keputusan positif kehamilan, waktu tu proses pembentukan janin adalah paling kritikal. Paling perlukan nutrisi yang cukup untuk elak keguguran, elak kecacatan janin dengan izinNya.
InshaAllah

Asid folik ni pilihlah asid folik yang semulajadi. Pilih yang bukan sintetik sebab yang sintetik tu boleh memudaratkan kesihatan kita jangka masa panjang. Macam mana nak kenal perbezaan vitamin sintetik dan vitamin semulajadi ni?

Boleh tengok sini : Beza Vitamin Sintetik vs Vitamin Semulajadi

Sekian pesanan khidmat masyarakat dari saya. Moga dikurniakan anak seperti yang kalian mahukan.
Banyakkan berdoa untuk dapatkan cahaya mata penuh berkat dan soleh/solehah.
InshaAllah.

Salam Sayang,
Mama Laila
Mama Anak 3

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge