Turun Berat Dan Sakit Sendi Hilang Dengan Kolagen Campur Vivix

Cara kurus cepat
Jan 2016

Akak selim ni memang dah lama hadapi masalah berat badan. Bertahun-tahun dah kot. Sejak lepas bersalinkan anak sulung, Damia. Berjaya juga turunkan berat lepas bersalin anak kedua, Dinie.

Dan tanpa disedari berat tiba-tiba naik dan naik dan naik. Turun tu memang tak pernah lah kan. 😛

Tambah-tambah lagi selepas 2 kali keguguran pada tahun 2013 dan 2014. Setiap kali mengandung pun berat naik, jadi bertambahlah berat badan tu dan kekal sebegitu.

Nasihat doktor, turunkan berat badan untuk dapatkan anak ke 3. Akak selim berusaha untuk kurus, ala-ala berjaya dengan tidak.

Alhamdulillah, dengan izin Allah dapat juga mengandung lagi pada tahun 2014 dan syukur melahirkan baby Zara pada tahun 2015.

Hilangkan sakit sendi dengan kolagen dan vivix

Berat waktu sebelum melahirkan tu hampir mencecah 100 kg. Huhu. Dah bersalin turun 10 kg je. Faham-faham jelah bila badan dah berat melebihi kemampuan kaki untuk menampung berat badan ni.

Sakit lutut! Sangat-sangat sakit. Sehinggakan tak boleh bengkok. Mungkin sebab urat yang tegang dan juga sendi yang tertekan. Terpaksa solat duduk kat kerusi. Muda-muda lagi dah terpaksa solat duduk. Sedih tu memang sedih. Sakitnya pun memang hingga berjalan terhencot-hencot. 🙁

Hilangkan sakit sendi dengan kolagen dan vivix
Akhirnya akak selim boleh solat berdiri selepas konsisten dengan kolagen dan vivix

Akak selim cuba ambil Vivix dan kolagen sekaligus. Masa mengandung pun kena juga sakit lutut ni, tapi masa tu ambil si Vivix sahaja. Lepas bersalin tu gabungkan Vivix dan Kolagen.

Hampir sebulan juga amalkan Vivix + Kolagen. Alhamdulillah, lutut makin ok.

Dah tak sakit
Dah boleh bengkok
Dah boleh solat macam biasa
Dah tak jalan terhencot-hencot dah
Dah boleh naik turun tangga dengan elok dah

Alhamdulillah. Masa tu baru tahu nak mensyukuri nikmat sihat, nikmat kaki yang Allah pinjamkan.
Barulah tersedar nikmat sujud tu sangat indah. Sangat menenangkan. Alhamdulillah. Masih diberi peluang untuk terus sujud hingga ke hari ini.

Dan, yang lebih gembira siap dapat bonus. Bonus liang pori mengecil dengan kolagen. Seronok akak selim!! 🙂

Jika anda mengetahui sesiapa yang sedang menghadapi masalah sendi, masalah lutut macam akak selim ni. Sudilah kiranya cadangkan Vivix + Kolagen ni. Memang boleh membantu dengan cepat. Yang penting bahan-bahan di dalam kedua-dua produk ni adalah bahan semulajadi dengan antioksidan yang tinggi.

Selain sendi lutut makin baik dan pulih sepenuhnya, Vivix membantu penuaan secara sihat. Penuaan tanpa penyakit. InshaAllah.

Hubungi akak selim untuk akak selim bantu. Whatsapp ke 019-722 8520.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail

Share Button

Makan Sayur Lebih Baik Daripada Makan Shaklee? Betul Ke?

Makan sayur lebih baik daripada makan Shaklee?

Dah makan sayur, dah tak perlu laa makan Shaklee dah?

Makan sayur pun ok dah, tak payah nak makan Shaklee bagai nih!

Pernah dengar dialog ni? Macam biasa dengar je kan?

Akak selim dan keluarga penggemar sayur-sayuran, tetapi tetap pengguna tegar vitamin Shaklee. Kenapa? Zat dan vitamin di dalam sayur tu tak cukup ke untuk akak selim sekeluarga?

Kenapa Perlu Makan Vitamin Shaklee Walaupun Dah Makan Sayur Berkoyan-koyan?

1. Zat Dan Vitamin Mudah Musnah Apabila Dimasak

Zat dan vitamin di dalam sayur-sayuran mudah musnah apabila terkena haba. Ditambah pula kita memasaknya sehingga terlebih masak. Kata orang Johor, “sampai benyek sayur-sayur tu”. Ada apa yang tinggal? Hanya serat ajelah.

2. Tanah Yang Kurang Garam Mineral

Vitamin C Shaklee terbaik

Sayur yang kita makan zaman kini bukan macam zaman mak, nenek dan moyang kita dah. Sebab apa? Sebab tanah sekarang ni semakin kurang garam mineral di dalamnya. Jadi, mahu atau tidak kita mesti makan suplemen yang boleh menampung lopong-lopong nutrisi tersebut.

Vitamin C Shaklee terbaik

3. Sayur Tercemar Dengan Racun Serangga

Mak-mak suka pilih sayur yang cantik-cantik atau yang berlubang-lubang dimakan ulat? Berhati-hati jika anda suka sayur yang cantik-cantik sebab yang tidak dimakan ulat ni memang menggunakan racun serangga. Jika kita tidak bersihkan dengan cara yang betul seperti merendam sayuran di dalam pencuci Basic H, dikhuatiri sayur yang kita makan tu tercemar dengan racun serangga.

Apa pilihan terbaik? Semestinya sayur-sayuran organik kerana ia tidak disembur dengan racun serangga. Sayuran organik juga perlu dibersihkan dengan baik kerana kita mungkin termakan ulat-ulat sayuran pula.

Aduih…….. pening macam ni kan?

Usah pening-pening ya, sayuran organik jauh lebih baik daripada sayuran biasa. Dan kalau makan sayuran organik sekalipun, tetap perlu makan vitamin disebabkan alasan no 1 dan 2 tu.

4. Zat Sayuran Hilang Semasa Penyimpanan Dan Pengangkutan

Kalau bukan sayur yang kita tanam tepi rumah atau belakang rumah, sudah pasti sayur-sayuran tersebut dipetik lebih awal untuk dijual di pasar atau supermarket. Zat sayur-sayuran ni mudah hilang jika kita tidak terus memakannya selepas dipetik. Kalau sayuran tu kita tanam dan terus dimasak selepas dipetik, itu memang terbaiklah. Cuma masih ada kebarangkalian zat dan vitamin musnah dalam proses memasak. Kan?

Ada alasan lagi untuk meninggalkan suplemen dalam kehidupan seharian kita walaupun dah makan banyak sayur? Akak selim berani jamin, kebanyakan orang Malaysia ni memang tak cukup ambil sayur dan buah. Cuba lihat sajalah menu-menu di kedai, jarang diletakkan sayur yang banyak jika kita memesan nasi ayam, nasi lemak, bihun tomyam atau menu-menu lain. Sayur yang ada tu hanyalah cukup syarat sahaja.

Sebab ramai yang tak makan sayur pun kan? Sebenarnya….. 🙁

Benarkah makan sayur tak perlu suplemen

Contohnya nasi ayam, sekeping salad (yang mungkin dah lunyai), sepotong timun dan tomato. Itu pun kita elak daripada makan tomato. Betul tak?

Kesimpulannya, walau banyak mana pun anda makan sayur atau buah, anda tetap perlukan suplemen dalam kehidupan seharian anda. Pastinya anda perlu pilih vitamin terbaik dan terbukti berkesan seperti Vitamin Shaklee. 🙂

Buat pilihan terbaik untuk kesihatan masa depan yang lebih bagus. Hubungi akak selim hari ini untuk dapatkan cadangan vitamin yang paling sesuai untuk anda di 019-722 8520.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail

 

Share Button

Benarkah Suplemen Shaklee Memudaratkan Kesihatan Untuk Jangka Masa Panjang?

Ramai yang berpendapat jika mengambil suplemen dalam jangka masa yang lama boleh memudaratkan kesihatan, boleh menyebabkan buah pinggang rosak dan lain-lain.

Benarkah?

Iya, ia mungkin benar-benar berlaku jika suplemen tersebut adalah suplemen yang tidak selamat, tiada kelulusan KKM, tiada ujian klinikal dan juga tiada landmark study.

Jika hanya ada kelulusan KKM, adakah ia benar-benar selamat? Banyak yang berlaku sejak akhir-akhir ini, produk yang ada kelulusan KKM tetapi dalam masa beberapa bulan kelulusan KKM tersebut ditarik balik. Pernah dengar kan? Sebab apa?

Bukan kerana KKM tidak menjalankan kerja mereka dengan baik dan telus tetapi…

Sebab ada segelintir pengusaha-pengusaha produk yang berlaku tidak jujur dan ingin untung cepat. Produk yang dihantar untuk ujian kelulusan KKM adalah produk yang selamat, tetapi selepas itu ia mungkin dicampur dengan bahan terlarang seperti merkuri atau bahan-bahan berbahaya yang lain, yang boleh memudaratkan kesihatan pengguna.

Akhirnya produk tersebut terpaksa ditarik balik kelulusan KKMnya.

Takut kan?

Bagaimana jika kita pernah menggunakan produk tersebut? Ia boleh menyebabkan kanser dan penyakit-penyakit kronik yang lain.

Bagaimana kita nak tahu produk yang kita ambil benar-benar selamat untuk jangka masa panjang?

Haaaa… mari akak selim kongsikan. Produk yang terbukti selamat adalah produk yang bukan sekadar ada kelulusan KKM, tetapi juga produk yang ada ujian klinikal dan Landmark Study.

Shaklee adalah satu-satunya syarikat vitamin di dunia yang menjalankan Landmark Study ni. Walhal syarikat vitamin TAK WAJIB pun buat ni, tapi Shaklee benar-benar ingin buktikan yang semua produk Shaklee adalah benar-benar selamat untuk diambil jangka masa panjang.

Apa bendanya Landmark Study ni? Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Landmark Study ni, boleh klik link di bawah.

Landmark Stdudy Shaklee Tu Apa?

Untuk maklumat lanjut tentang Landmark Study, boleh refer ke sini. http://LandmarkStudy.com.

Klik ke sini jika ingin download manuskrip jurnal tersebut.

Oleh sebab Landmark Study Shaklee inilah, Profesor Susan Bartz herrick memilih untuk menggunakan Shaklee dalam masa yang sangat lama iaitu 47 tahun.

Shaklee berkesan dan selamat

47 tahun tau! Bukan 47 hari atau 47 bulan!

Beliau adalah ahli akademik yang hebat pastinya bukan mudah nak percaya kata-kata orang atau sekadar testimoni sahaja. Beliau perlukan bukti saintifik untuk menggunakan satu-satu produk untuk pastikan ianya benar-benar selamat untuk beliau gunakan sepanjang hayat.

Landmark study shaklee

Kalau Shaklee ni bukan benar-benar produk yang selamat, mengapakah NASA meminta Shaklee formulakan makanan angkasawan supaya mereka kekal terhidrasi di angkasa lepas. Berada di angkasa lepas bukan seperti berada di bumi ni tau.

Kalau Shaklee ni tak terbukti berkesan, kenapa angkasawan kembar, Mark Kelly dan Scott Kelly tetap gunakan Shaklee hingga ke angkasa lepas?

Begitu juga dengan pencapaian atlit yang bertaraf Olimpik. Ternyata Shaklee terbukti berkesan sehinggakan mereka menggunakan Shaklee untuk membantu pencapaian mereka di dalam sukan.

Adakah itu belum cukup membuktikan Shaklee ini benar-benar berkesan?

Jom lihat antara pencapaian atlit yang menggunakan Shaklee. Akak selim bawakan 2 contoh. Yang lain-lain boleh klik link ini.

Atlit Shaklee

1. Morgan Craft-Shooting Summer Games

Morgan Craft
Morgan Craft

Morgan Craft

2. Amro Elgeziry-Pentathlon Summer Games

Amro Elgeziry
Amro Elgeziry

Amro Elgeziry

Boleh terus lihat sini, sila klik link di bawah.

Atlit Shaklee

Bukan calang-calang orang yang menggunakan Shaklee ni. Ahli akademik yang inginkan bukti saintifik, angkasawan yang perlukan formula istimewa untuk dibawa ke angkasa lepas, atlit yang perlukan produk yang boleh meningkatkan pencapaian mereka sekaligus membawa kemenangan dalam setiap pertandingan mereka.

Bagaimana dengan vitamin jenama lain? Adakah mereka juga ada Landmark Study ni? Itu akak selim mohon ampun dan maaf kerana itu di luar bidang akak selim. Boleh tanya sendiri kepada mereka yang menjual produk mereka ya.

Yang inginkan produk Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam ni, boleh hubungi akak selim hari ini. Jangan tunggu lama-lama ya, badan kita perlukan produk terbaik dan terbukti selamat seperti Shaklee ni. 🙂

Sms/whatsapp akak selim di 019-722 8520

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail

Share Button

Siapa Sebenarnya Bos Kita Dalam Bisnes?

Apabila kita menceburi bidang bisnes, kita adalah BOS kepada bisnes kita, syarikat kita. Tapi benarkah kita adalah bosnya?

 

Adakah KITA adalah bos?

Atau

Allah adalah bos kita?

Sejak terjun dalam bidang bisnes ni, akak selim banyak belajar tentang pergantungan kita dengan kuasa Allah. Bukannya sebelum bisnes ni tak faham pergantungan kepada kuasa Allah. Tapi agak berbeza perasaannya. Dalam bisnes, kita tidak ada siapa yang boleh pantau kerja-kerja kita, yang boleh tengokkan kerja kita selain diri kita sendiri. Pergantungan kita hanya kepada Allah semata-mata.

Segala hajat kita? Kita minta kepada Allah.

Segala impian kita, kita mohon kepada Allah.

Segala kekecewaan kita, kita mengadu kepada Allah.

Segala keperitan kita, kita menangis di hadapan Allah.

Dalam bisnes, hanya Allah BIG BOSS kita. Hanya Allah!! Kerana hanya Allah yang mampu membolak-balikkan hati manusia.

Jadi, mesti PERCAYA dan BERDOA  seterusnya USAHA.

Percaya rezeki hanya dari Allah, tiada sesiapa pun yang mampu menahannya atau menurunkannya kecuali dengan izin Allah.

Seterusnya haruslah berusaha dengan gigih untuk mencapai apa yang kita impikan dan cita-citakan dalam bisnes kita.

InshaAllah, perjalanan bisnes kita dipermudahkan dan diberi keberkatan.

========================

Akak Selim
Pergantungan hanya kepada Allah
La hawla wala quwwatailla billah.

========================

 

 

Share Button

Benarkah Vitamin C Shaklee Adalah Yang Terbaik Di Pasaran?

Vitamin C Shaklee terbaik
Sumber Vitamin C daripada buah-buahan dan sayur-sayuran

Oren, nenas, betik, brokoli, kiwi dan bunga kobis adalah antara buah-buahan dan sayur-sayuran yang menjadi kegemaran akak selim. Buah-buahan tu memang akak selim suka yang masam-masam. Dulu-dulu akak selim ingatkan buah-buahan yang masam je banyak Vitamin C, rupanya sayur-sayuran pun banyak juga mengandungi Vitamin C ni ya.

Kalau dulu, oren ni memang menjadi buah kegemaran akak selim. Kononnya nak dapatkan Vitamin C yang terbaiklah. Nak kulit cantik, nak tingkatkan sistem imun badan, nak dapatkan kolagen dan macam-macam lagilah.

Rupanya akak selim silap. Silap sebab buah-buahan sekarang ni dah tak macam dulu. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang kita makan hari ini :-

-penuh dengan racun serangga demi menghasilkan buah-buahan yang cantik dan baik untuk pengguna.

-diletakkan bahan pengawet kerana terpaksa melalui proses eksport yang mengambil masa berbulan-bulan.

Vitamin C Shaklee terbaik
Garam mineral yang semakin berkurang di dalam tanah kita kini.

-kurang zat dan vitamin kerana tanah semakin tidak subur dan kurang garam mineral.

Oleh sebab inilah akak selim mula berjinak-jinak dengan Vitamin C Shaklee yang terbaik di pasaran yang pernah akak selim jumpa.

Kenapa akak selim katakan ianya terbaik?

1. 1 biji Vitamin C = 7 setengah biji oren

Ia bersamaan dengan 7 setengah biji oren termasuk kulitnya. Kalau makan oren adakah kita mampu makan dengan kulitnya? Dan mampu ke kita nak makan 7 setengah biji oren setiap hari? Akak selim yang pencinta oren ni pun mampu makan 3 biji je. Itu pun 2-3 hari bolehlah, hari ke 4 dah jemu. Nak tukar buah lain pulak.

2. 1 biji Vitamin C = 5 jam dalam badan

Vitamin C terbaik

Vitamin C Shaklee ni istimewa sangat. Sebabnya ia dilepaskan secara perlahan-lahan dalam badan kita. Tablet Vitamin C yang kita makan ni akan dilepaskan sebanyak 100mg dalam masa satu jam. Vitamin C ni adalah 500mg, jadi sebiji Vitamin C mampu bertahan selama 5 jam dalam badan kita. Lama tu!

3. Mempunyai Bioflavonoids

Apa bendanya bioflavonoids ni? Ia membantu penyerapan Vitamin C sepenuhnya dan mengelakkan Vitamin C daripada teroksida.

4. Vitamin C Shaklee semulajadi = vitamin sebenar bukan tiruan

Vitamin C Shaklee ni adalah vitamin semulajadi bukan sintetik. Apa bendanya sintetik dan semulajadi ni? Boleh tengok kat link di bawah ni ya. Sila klik linknya.

Vitamin Semulajadi vs Vitamin Sintetik

Secara ringkasnya vitamin sintetik ni adalah tiruan. Kalau dah ambil vitamin tu takkan kita nak ambil yang tiruan kan? Yang tiruan pasti memberi kesan negatif pula. Baik tak perlu ambil vitamin langsung! Sebab itulah perlu ambil Vitamin C Shaklee yang original ni.

Hilangkan parut dengan vitamin c

Jadi, sekarang ni akak selim lebih fokus dalam mengambil Vitamin C Shaklee secara konsisten. Mesti ambil setiap hari. Bukanlah bermakna akak selim langsung tak makan buah oren, buah kiwi dan sayur-sayuran tapi akak selim tidak mengharapkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan tu untuk cukupkan segala keperluan nutrien dan vitamin dalam badan akak selim. Mesti kena topup dengan Vitamin Shaklee jugak. Dengan Vitamin Shaklee nilah akak selim dapat cukupkan lopong-lopong nutrisi daripada pemakanan harian akak selim.

Vitamin C terbaik

Alhamdulillah, sehingga hari ini akak selim jarang kena penyakit dan kalau demam sekali pun, ianya tidak melarat. Pastinya itu rezeki dari Allah dan akak selim hanya berusaha untuk jaga tubuh badan yang Allah beri pinjam ni.

Anda juga mahukan Vitamin C terbaik di pasaran ni? Boleh order sendiri di sini menggunakan kad debit atau kad kredit. Sila klik gambar ya.

Vitamin C Shaklee terbaik
Klik gambar untuk beli Vitamin C Shaklee

Konsultasi adalah percuma untuk pelanggan akak selim. Selepas selesai membuat pembelian, sila SMS/Whatsapp ke 019-722 8520 untuk dapatkan cara pengambilan vitamin yang sesuai dengan masalah anda.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail

Share Button

Seronok Mencuba Resepi Baru-Makanan Barat Dan Roti

Baru-baru ini Akak selim pernah ditanya oleh seorang rakan,

“Apa hobi akak?”

Akak selim termenung sekejap. Sudah lama rasanya akak selim tiada hobi. 🙁 Mungkin terlalu sibuk agaknya sehinggakan lupa dengan hobi zaman dulu-dulu. Sekarang ni hobi akak selim berShaklee sahaja kot. Setiap masa yang terluang dan masa yang ada tu dimanfaatkan sepenuhnya untuk Shaklee. 🙂

Zaman universiti, zaman bujang akak selim gila berbowling. Kat kilang dulu ratu bowling jugaklah dan rajin juga join pertandingan bowling yang dianjurkan oleh kawasan setempat.  Kalau pasal bowling memang berseri-seri rasa jiwa akak selim.

Sejak dah kahwin dan beranak pinak ni memang lama dah tak berbowling. Terasa minat nak cuba masak-memasak pulak. Seronok tengok orang makan bila kita memasak dengan penuh kasih sayang ni. Cuma akak selim ni kurang pandai masak makanan melayu. Sebab masakan melayu ni kan proses memasaknya agak lambat. Banyak bahan-bahannya kan.

Akak selim lebih suka mencuba masakan barat dan mencuba resepi-resepi roti. Lebih cepat proses memasaknya. Roti pulak sebab akak selim suka makan roti. 🙂 Seronok meroti. Tambah-tambah bila ada breadmaker kan? Takdelah penat nak menguli roti ni. Kalau nak uli dengan tangan memang boleh jadi ‘sado’ haaa tangan korang.

Akak selim ingat nak ulang semula hobi meroti dan mencuba resepi-resepi baru. Pizza dalam bekas muffin ni pun dah lama tak buat. Nanti bolehlah nak buat lagi, anak-anak pun dah besar, dah pandai makan pizza.

Sebelum dibakar, letak cheese banyak2 atasnya. Sedap!!!
Inovasi pizza yang digulung dan dipotong, dimasukkan di dalam bekas muffin. 🙂

Ni pula percubaan pertama meroti beberapa tahun dulu. Oppss… beberapa tahun tu. Lepas tu akak selim banyak projek diet. Itu yang breadmaker cuti tu. Nanti tak jadi diet akak selim kalau asyik dengan hobi meroti ni. Sekarang ni bolehlah buat semula sebab anak-anak dah rajin makan. Dulu anak-anak kecil lagi, akak selim ler yang kena makan kan?

Calzone
Calzone yang dipotong

Resepi Calzone tu akak selim dah tak ingat ambil dari mana. Lupa nak save. Kalau korang nak cuba, boleh tengok sini.

Resepi Calzone Mat Gebu

Nanti korang cubalah ya. Sekarang ni akak selim nak cuba resepi roti yang ada di dapur Farha-IbuCergas. InshaAllah akak selim akan share di Album Roti akak selim di Facebook ya. Nantikan update dari akak selim yaa… Jemput ke sini yaa…

Album Roti Akak Selim di FB

=========================

Akak selim
Rajinkan diri meroti 2017!

=========================

 

 

Share Button

Azam 2017 Akak Selim

Andainya hari ini ialah 11/12/2017, apa yang akak selim telah capai hari ini? Tahun depan boleh flash back dengan entry ni. 🙂

Ini ialah apa yang akak selim dah capai tahun depan. Kita lihat setahun yang akan datang ya.

1. Akak Selim Dah Benar-Benar Slim!

Cepat kurus versi akak selim
Nak berat lebih 5 kg dari zaman baru kahwin ni. 🙂

Disember 2017 nanti akak selim dah benar-benar slim dah. Bukan sekadar nama sahaja akak selim. 🙂 (dengan syarat jika tidak mengandung… hehehe)

Berat : 55-57 kg

Body fat : 25%

Body fat untuk wanita
Body fat untuk lelaki

 2. Bisnes Shaklee Yang Semakin Berkembang

-Pendapatan 5 angka, RM20 000 sebulan.

-Empayar bisnes yang semakin besar sehingga 5000 orang.

-Leader Shaklee seramai 20 orang yang aktif di bawah empayar Freedom.

3. Khatam Quran Sekurang-kurangnya 4 Kali Setahun

Dengan kiraan akak selim khatam Quran 1 Kali Setiap 2-3 Bulan. Setahun 4 kali khatam InshaAllah.

4. Hadir Kelas Tafsir Quran Seminggu Sekali

Total pembelajaran adalah 48 kali dalam setahun. InshaAllah.

5. 2 Buku Sebulan

 

Wajibkan diri baca 2 buah buku sebulan. Total 24 buah buku setahun. Sikitnya kan? Takpe. Yang penting buat dulu dan istiqamah. Itu yang utama.

Akak selim kongsikan 5 sahaja dulu azam besar akak selim untuk 2017. Yang lain-lain tu akak selim simpan dalam buku nota akak selim. Nanti kita boleh belek-belek setiap hari dan tengok progressnya.

Mohon doa dari kalian semua untuk akak selim juga ya. Di antara kita pasti ada yang doanya Allah makbulkan tanpa hijab. InshaAllah.

======================

Akak Selim

Terima kasih atas doa kalian

======================

Share Button

Peluang Pekerjaan Untuk Graduan Baru Yang Sedang Menganggur

Zaman sekarang ni bukan macam zaman akak selim habis belajar 10-15 tahun yang lepas. Zaman sekarang ramai yang menganggur walaupun ambil jurusan perubatan, pergigian dan perguruan yang sepatutnya terus dapat kerja selepas tamat belajar di universiti.

Peluang bisnes untuk graduan menganggur
Graduan perubatan dan pergigian yang cantik manis dan hensem pun terpaksa menganggur menunggu peluang pekerjaan.

Dah habis belajar, nak bayar pinjaman PTPTN lagi kan? Bagaimana nak bayar, kerja pun belum dapat. Kesian adik-adik kita. Kusut memikirkannya.

Ini adalah luahan seorang anak muda yang mengalami nasib yang sama, masih menganggur menantikan pekerjaan. Ikuti luahannya di Facebook beliau. Sumber : Aliff Azrai Zain

Bertabahlah wahai sahabat seusia ku,antara umur 22 ke 26 tahun. zaman kita ini ada Diploma ke, Ijazah ke, Master or Phd belum tentu lg mampu untk masuk sektor kerajaan. simpanlah Sijil kita itu sebagai Kenangan dan tanda Ilmu yg pernah kt pelajari. Gambar konvo yg kita melangkah terima skrol tu simpanlah juga untk tontonan anak cucu kita nanti.

Skrg memang susah nak dpt penempatan kerja dlm sektor kerajaan dan swasta. tmasuklah graduan perubatan, perguruan yg dpt biasiswa kerajaan sekalipun ada yg dah hampir nk masuk 2 tahun mengangur mash x di panggil untk penempatan.

saya tpikir juga mcm manalah agaknya generasi adik adik akan dtg. semakin hari semakin bertambah bilangan anak2 Malaysia ni,bgaimana nasib mereka suatu hari nanti.

kalau di lihat dlm website SPA8, kerajaan sdg membekukan pengambilan pekerja. dan mengoptimunkan bilangan pekerja. maksudnya kalau ada kekosongan brulah akan ambil pekerja baru..nak tunggu kekosongan yg letihnya.krn Tngu pakcik dan makcik nak pencen umur 60 tahun bru ada kekosongan. memang agak sikitlahh yg pencen sb bilangan mereka tak ramai.

so,mulai skrg. anak muda kena letak dlm mindset bhawa kita belajar diploma atau ijazah bukan tiket untk dapat kerja. dan perlu fikir juga mcm mana nk byr blik pinjaman Ptptn dan Mara selepas hbis blajar.

Nak tak nak kita kena fikirkan 10 halatuju yg hendak kt lakukan setelah tamat belajar untk teruskan kehidupan.selepas senaraikan 10 halatuju tersbut kaji dan pilihlah yg terbaik. contohnya seperti berniaga ke, kerja kilangke,buat perkhidmatan ke, kerja dgn orang ke dan sbagainya. asalkan halal dan dpt kita teruskn hdup untk sara kehidupan diri sendiri dahulu tanpa mengharapkan duit mak ayah lagi.

jangan risau sahabat rezeki di bumi Allah ni luas,bukan hanya terhad kpd sektor kerajaan sahaja. yg tak ada ijazah,master pun dah ramai yg bjaya dan kaya raya dlm bidang mreka cuburi. Perjalanan hidup kita masih jauh dan kita tak akan jangka apa akan berlaku pd kehidupan kita 10 tahun akn dtg iaitu ktika umur 32 hg 36 tahun.

dan kpd Yang dapat kerja bagus selepas tamat belajar itu,itu adalah rezeki anda. dan hargailah rezeki itu dgn kerja bersungguh2 krn ramai yg menginginkan apa yg anda nikmati itu.

saya sendiri pun kerja sendri.buat bisnes . kadang2 org kata sy mengangur dan tak ada masa depan. tak per. krn manusia boleh jer ckp apa sahaja. Mereka bukan Tuhan yg aturkan khdupan kita, dan mereka tak tahu apa yg kita rasa dan lalui.

Itu sahaja. terima ksh sudi bca ya. lama dah tak tulis panjang2. ini hanyalah pendapat peribadi saya saja. tak kena mengena yg hidup mahupun yg mati.

Itulah hakikatnya nasib anak-anak muda yang tamat belajar zaman kini. Walau cemerlang mana sekali pun, mereka terpaksa menunggu peluang dan kekosongan jawatan. Memang kesian kan? Akak selim juga mempunyai anak saudara lepasan jurusan perubatan, juga masih menunggu peluang pekerjaan. Itu lepasan jurusan perubatan tau. Bukan calang-calang orangnya. Dan sekarang beliau memulakan bisnes Shaklee sementara masih menganggur dan berjaya mendapat bonus pertamanya bulan Oktober yang lepas.

Bisnes Shaklee adalah pilihan yang sangat sesuai dan tepat untuk graduan baru yang menganggur atas beberapa faktor.

Kenapa Bisnes Shaklee Sangat Sesuai Untuk Para Graduan Baru Yang Menganggur?

1. Modal Kecil Kurang Dari RM100

Bisnes yang menguntungkan
Bisnes Shaklee modal rendah kurang dari RM100

Modal rendah dan mampu dibayar iaitu keahlian Shaklee RM68.90 dan ditambah dengan kos pengeposan member kit RM10.60. Jadi total untuk memulakan perniagaan hanyalah RM75.90 sahaja. Sebaik sahaja adik-adik membayar kos keahlian ini, adik-adik terus memiliki satu ruang perniagaan yang sangat luas dengan menjalankannya secara online.

2. Tidak Perlu Keluar Rumah

Adik-adik kan masih menganggur. Masih tiada kenderaan sendiri untuk keluar ke sana ke mari. Jadi bisnes Shaklee ni memang sesuai sebab adik-adik boleh order Shaklee ni secara online sahaja. Tidak perlu keluar ke pejabat pos untuk mengepos barang. Semuanya boleh dilakukan di atas talian.

3. Tiada Kos Tersembunyi Atau Kos Beli Stok

Continue reading Peluang Pekerjaan Untuk Graduan Baru Yang Sedang Menganggur

Share Button

6 Sebab Kenapa Perlu Bisnes Online Dari Sekarang

Ramai yang dah mula berjinak-jinak dengan bisnes online sekarang ni. Terutamanya yang baru nak mula berniaga. Besar atau kecil bisnes kita, yang paling penting kita mulakan hari ini. Kalau baru nak mula tu, akak selim cadangkan untuk buat bisnes secara online dahulu. Sama ada bisnes dropship atau bisnes sendiri yang tak perlu keluarkan modal beribu-ribu untuk mulakan.

Akak selim kongsikan kenapa bisnes online lebih sesuai untuk mereka yang baru nak mula berniaga.

6 Sebab Kenapa Perlu Pilih Bisnes Online Hari Ini

1. Modal Kecil

Akak selim mulakan bisnes Shaklee secara online dengan modal kurang dari RM100. Modalnya hanya register keahlian Shaklee dan anda terus layak berbisnes. Dengan RM68.90, anda sudah ada kedai online anda. Hanya perlu sediakan platform online untuk pasarkan sahaja.

2. Pasaran Yang Sangat Luas

Bila kita bisnes secara online ni, pasaran kita adalah seluruh dunia. Tidak terhad ke satu-satu tempat sahaja. Kalau kita buka kedai fizikal di Kulai contohnya, kita hanya akan dapat pelanggan dari kawasan-kawasan yang berdekatan sahaja kan? Berlainan pula dengan kedai online ni. Kita boleh sampai ke mana-mana sahaja.

Akak selim sendiri pernah hantar Shaklee ke Jepun, Australia dan Indonesia. Kan pasaran kita meluas tu?

3. Kos Penyelenggaraan Yang Murah

Hampir ZERO. Tapi untuk buat kedai online yang lebih baik, adalah juga modalnya tapi tidaklah semahal kedai fizikal. Banyak yang kita kena fikir jika kita buka kedai ni. Sewa kedai, bil letrik, bil air, gaji pekerja. kan banyak tu. Jika kita baru nak berjinak-jinak dengan bisnes, memang bisnes secara online ni adalah yang paling sesuai untuk anda.

4. Jimat Masa

Dengan bisnes online ni kita tak perlu membazir masa berada di kedai atau memantau pekerja di kedai kita. Kita hanya perlu lakukan secara online sahaja.

Dengan bisnes Shaklee, kita tak perlu ke pejabat pos untuk menghantar pesanan pelanggan. Semuanya Shaklee yang uruskan. Kita hanya perlu order di website Shaklee dan Shaklee hantar kepada pelanggan mengguna Gdex atau City-Link.

Shaklee2u yang disediakan oleh pihak Shaklee untuk pengedar Shaklee membuat tempahan untuk pelanggan. Mudah kan?

5. Lebih Masa Bersama Keluarga

Alhamdulillah, akak selim dah nak masuk tahun ke 3 bisnes secara online ni di rumah. Sebelum ni akak selim bekerja sepenuh masa dan bisnes secara part time sahaja. Sekarang semuanya akak selim lakukan di rumah sambil menjaga anak-anak tercinta. Alhamdulillah. Bila bisnes online ni, anak depan mata pun bisnes tetap berjalan seperti biasa. Nak tips bisnes dari rumah? Boleh klik link di bawah ni ya.

Tips Bisnes Dari Rumah

6. Tak Perlu Simpan Stok

Bab stok ni pula, bergantung kepada bisnes apa yang kita buat. Banyak juga bisnes  online yang lain perlu simpan stok sendiri.

bisnes online mudah dengan shaklee
Hanya order dengan Shaklee dan Shaklee hantarkan kepada pelanggan.

Macam bisnes yang akak selim buat ni, memang tak perlu simpan stok sendiri pun. Semuanya Shaklee yang simpankan. Kita hanya perlu dapatkan customer, customer bayar dan kita order dengan Shaklee. Mudah kan?? Yang paling penting, kita tak risau stok berlambak kat rumah.

Yang baru nak mulakan bisnes atau cuba nak bisnes, akak selim boleh ajarkan satu persatu. Kita bina kerjaya dari rumah bersama-sama. Jika ada keinginan, tiada apa yang boleh menghalang impian dan cita-cita kita. InshaAllah.

Hubungi akak selim hari ini untuk mulakan bisnes anda sendiri. SMS/Whatsapp ke 019-722 8520.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail

Share Button

Smartphone Pilihan Untuk Bisnes Online Akak Selim

Zaman sekarang ni ramai yang memilih untuk bisnes menggunakan smartphone kan? Hanya dengan smartphone dan line internet je dah cukup untuk kita ada bisnes secara online. Tak perlu nak ada macam-macam yang lain dah.

Smartphone pilihan akak selim ialah Samsung Note. Sejak mula bisnes Shaklee secara online ni, memang Samsung Note pertama yang menjadi pilihan akak selim. Dan yang terkini dan terakhir buat masa ni Samsung Note 3. Memang minat terhadap Samsung Note tu sangat mendalam. Sebab? Ada pennya tu. Akak selim suka menulis dan suka tulisan sendiri. Opss… :P. Konon tulisan cantik laa kan. Tapi sekarang ni dah ada macam-macam aplikasi untuk buat tulisan cantik-cantik ni. Jadi mungkin akak selim dah boleh beralih arah ke jenis lain pulak kot.

Handphone kesayangan akhirnya mati lemas.

Kisah sedihnya Samsung Note 3 akak selim dah tenggelam air dan dah mati dah. Sedih! Sedih sungguh sebab akak selim ni jenis yang jaga barang betul-betul. Walaupun dah guna lebih 2 tahun, 1 calar pun masih belum ada kat smartphone tu. Tapi dah takdirnya akak selim terpaksa berpisah.

Kisah tu berlaku di Melaka Wonderland. Kisahnya ada di sini. Klik link di bawah.

Berakhirnya Nyawa Samsung Note 3 Akak Selim

Buat masa ni akak selim gunakan Tab Samsung 2014. Punyalah besar!! Tapi sabar dulu buat masa ni. Kita penuhkan tabung untuk smartphone yang lebih baik. InshaAllah.

Smartphone idaman akak selim untuk 2017 ialah

1. Android. Semestinya android sebab akak selim tak punya waktu untuk menggodek iPhone yang pernah menjadi idaman hati jugak. Tapi guna sekejap hari tu, macam kurang sesuai dengan jiwa akak selim ni.

2. Brand Samsung jugak! Hahaha… tak mampu nak berpisah. :P. Samsung di hatiku.

3. Skrin mesti sederhana besar. Bukan kecil macam iPhone semestinya. Maklumlah bisnes guna handphone je kan. Wajiblah yang besar sikit tapi bukan besar gabak macam Tab 10 inci sekarang ni. Huhuhu

4. Gambar mesti cantik. Bukan sebab nak selfie macam Oppo nak cantik macam Nora Danish. Tapi akak selim ni jenis mata yang tak suka tengok gambar kelam-kelam. Suka gambar lawa2. Gambar produk ke, gambar anak-anak ke.. Mesti nak cantik. Tapi nak guna smartphone. Mudah, semua dalam satu gajet je. Tak perlu nak bawa kamera besar kan?

5. Mungkin juga Samsung Note keluaran terbaru. Bukan Note 7 lah kannnnnnnnn… Hihi. Kesian kisah Note 7 ni. Akak selim tunggu Note 8. InshaAllah.

6. Bajet? Kita simpan jelah mengikut harga smartphone impian!

Haaa…… smartphone ni penting untuk peniaga online ni. Sebab kita mungkin tak dapat nak duduk depan PC/laptop sepanjang masa kan.

Macam akak selim ni, selalu hantar-ambil anak sekolah dan juga ada anak berusia setahun lebih. Memang ada kekangan sikit nak duduk diam-diam depan PC. Baby akak selim tu pun nak join menaip sama-sama. Alamatnya memang tak terupdate laaa info-info bisnes akak selim kannnnn…

Jadinya, smartphone memang sangat penting untuk akak selim bisnes. Sebab bisnes Shaklee ni mudah je. Ada smartphone dan ada line internet, terus boleh buat.

Yang nak bisnes mudah dan hanya ada smartphone je pun boleh buat. Hubungi akak selim untuk mulakan bisnes anda hari ini.

Sms/whatsapp ke 019-722 8520

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail

 

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...