Akak Selim Terus Gigih Demi Impian Yang Belum Tertunai

Akak selim terjun dalam bidang bisnes ni bukan dengan ilmu penuh di dada. Semuanya berdikit2. Tapi akak selim tak pernah jemu menggali ilmu hingga sekarang pun.

Dan kadang2 dalam kita bersemangat sehabis tinggi pun ada juga masa2 down, masa2 rasa nak give up, masa nak berhenti..

bisnes shaklee menguntungkan

Tapi…

Apa yang membuatkan akak selim terus kental berjuang hingga ke hari ini?

1. Impian ingin bantu orang sekeliling masih belum benar2 tercapai.
Terutama ingin bantu keluarga sendiri.

2. Impian dan cita2 keluarga kecil akak selim mesti direalisasikan sepantas mungkin.

3. Masih ramai yang akak selim ingin bantu dan tak mungkin akan berakhir.

– bantu rakyat malaysia lebih sihat

– bantu rakyat malaysia keluar dari masalah OBESITI.

– bantu rakyat malaysia menjana pendapatan sampingan/utama dengan bisnes shaklee khasnya anak2 #gengfreedom dan bakal #gengfreedom beratus ribu orang pada tahun 2020😍😙😙

Banyak sangat faktor2 yang membuatkan akak selim tak pernah akan give up. Terutamanya untuk ahli keluarga dan orang2 sekeliling yang memerlukan.
InshaAllah

Hidup kan lebih indah dengan berusaha dan terus berusaha tanpa kenal erti putus asa kan?

Terima kasih juga kawan2 positif yang sentiasa di samping akak selim.
Tanpa mengira masa susah mahu pun senang.

Alhamdulillah

============================

Akak Selim
Terus Berjuang Demi Menggapai Impian

============================

Share Button

Bye Bye Adik Baby, Moga Kita Bertemu Di Syurga Allah, InshaAllah.

Persoalan demi persoalan tentang adik baby berakhir sudah hari Isnin yang lepas (28.11.2016). Adik baby pergi tinggalkan mama. Sedih tapi mama tabah. Alhamdulillah, lebih tabah dari pengalaman-pengalaman sebelum ni.

Benarlah kata orang, pengalaman itu mendewasakan kita. Alhamdulillah. Mama ok, lebih cool, lebih tenang, lebih tabah kali ni.

Ini kali ke 3 mama kehilangan baby dalam kandungan. Mama redha dengan ketentuan Allah. Siapa kita untuk mempersoalkannya kan?

Mama coretkan di sini tentang adik baby.

Seawal 5 minggu, mama dah tahu kehadiran adik baby. Disebabkan mama pernah alami 2x keguguran sebelum ni, mama tak sabar nak tunggu 6 minggu untuk tengok ‘heart beat’. Seminggu menanti tu mama rasa lamaaa sangat. Tapi mama sabar.

6 minggu :

Mama pergi scan di klinik berhampiran rumah. belum nampak kelibat adik baby. Kantung kosong!! Hati mama rasa tak sedap, tapi doktor kata tunggu lagi 2 minggu. Mama sabar-sabar-sabar menanti minggu ke 8 pula.

adik-baby-8w
Kantung KOSONG!!!

8 minggu :

Mama pergi scan lagi. Masih tiada perubahan. Yang kelihatan hanya kantung kosong. :(. Doktor suruh tunggu 2 minggu lagi. Masa ni mama dah mula ambil ‘Duphaston’, ubat untuk kuatkan rahim. Hmm.. mahal boleh tahan ubat ni, tapi demi adik baby mama ambil juga. Dan bermulalah satu episod baru yang misteri bagi mama, KANTUNG KOSONG??. Rupa-rupanya kes kantung kosong ini memang wujud dan banyak berlaku yang dinamakan ‘Blighted Ovum’. Mama baca sana sini untuk tahu lebih lanjut.  Boleh baca di sini untuk tahu lebih lanjut.

Blighted Ovum atau di sini, Dr Zubaidi : Blighted Ovum

adik-baby-10w
Alhamdulillah, bukan masalah Blighted Ovum pun, adik baby ada je dalam kantung tu cuma tiada heart beat. 🙁

9 minggu 6 hari :

Mama dah tak sabar rasanya menanti tapi tunggulah juga 10 hari selepas 8 minggu ++ tu. Mama pergi cek di Klinik Pakar Wanita, Klinik Hong yang berdekatan dengan Bank Islam Kulai. Alhamdulillah, dah nampak adik baby. Bukan kantung kosong rupanya. Adik baby ada je kat dalam. Cuma… cuma… Adik baby dah tiada heart beat. 🙁

Sedih memang sedih. Tapi mama kena kuat. Tambahan pula mama ke klinik bersama kakak-kakak adik baby. Kesian pula mereka kalau tengok mama bersedih. Bergenang juga air mata mama walaupun mama dah janji tak akan menangis walau apa pun yang berlaku. Tak mampu juga menahan air mata, mama menangis senyap-senyap kat toilet klinik. Huhuhu. Mama kuatkan hati demi anak-anak mama yang lain.

Mama bincang dengan doktor, apakah cara terbaik untuk keluarkan adik baby. Kali ni mama cuba untuk tidak D & C. Nak cuba dengan ambil ubat kerana tiada tanda-tanda adik baby akan keluar sendiri.

Mama bertanya juga sana-sini dengan kawan-kawan mama yang pakar, katanya akan berlaku contraction macam nak bersalin selepas ambil ubat tu. Ngeri juga mama, tapi lepas berbincang dengan papa, mama buat keputusan untuk ambik ubat untuk keluarkan adik baby. Moga-moga berjayalah usaha mama ni.

Hari ini : 30.11.2016 : Mama ke klinik sekali lagi untuk ambil ubat. Pukul 5.30, doktor memasukkan ubat untuk keluarkan adik baby. Doktor kata mungkin dalam masa 2-3 jam akan berlaku contraction. Balik rumah, mama sempat mandikan Baby Zara, masak untuk makan malam dan sempat lagi layan pelanggan Shaklee mama. Alhamdulillah, masih gagah.

Dalam pukul 9:30 macam tu, pinggang mama dah mula rasa sakit. Berdebar-debar juga menanti contraction. Huhu. Baby Zara pula seolah-olah tahu apa yang sedang berlaku. Asyik meragam dari pagi. Biasanya Baby Zara ni jarang meragam kecuali kalau kurang sihat. Sambil-sambil pujuk Baby Zara, sambil menyusu, sambil closing. Alhamdulillah rezeki Shaklee di saat akhir. Ada beberapa order yang perlu mama selesaikan sambil menahan sakit contraction. Huhuhu. Tapi tidaklah sesakit nak bersalin tu. Mild contraction. Boleh layan contraction di depan PC.

Hari ni kan CLOSING! 🙂

Dan sehingga saat ini, 12.22 pagi, mama masih menanti adik baby keluar. Berharap sangat semuanya akan selesai pada malam ni. Moga tiada sebarang masalah sehingga esok. InshaAllah.

Alhamdulillah, mama dapat kawal perasaan sedih mama atas kehilangan kamu. Mama bersyukur kerana mama kuat! Terima kasih Allah kerana kurniakan kekuatan ini. Alhamdulillah.

Nasihat mama untuk mereka yang hadapi masalah keguguran  berulang kali seperti mama,

Bertabah dan bersabarlah kerana Allah Maha Tahu dan Lebih Tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Redha dengan ujian Allah. Siapalah kita untuk mempersoalkan segala kententuan Ilahi.

Pada hari yang sama, 28.11.2016 yang lepas mama kehilangan seorang sahabat satu sekolah menengah arwah Faizal Mohd Zahari, arwah adalah seorang yang sangat kuat melawan kanser usus.

Status terakhir arwah
Status terakhir arwah : 12.11.2016

Ini adalah status FB arwah yang terakhir. Mama pasti pemergiannya dalam keadaan yang sangat-sangat bersedia menghadapi kematian. Mama doakan moga arwah kawan mama ni ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan diredhai Allah. InshaAllah.

Mama jadi lebih tabah dan kuat apabila memikirkan ujian hebat untuk keluarga arwah terutamanya isteri dan anak2 arwah. Jika dibandingkan dengan ujian yang menimpa mama, ujian untuk mama adalah jauh lebih kecil. Mama mohon doa moga mama terus kuat dan ambil pengajaran dari pemergian seorang sahabat ini.

Betapa kematian itu terlalu dekat tanpa terlewat walau sesaat. Moga Allah kurniakan pengakhiran yang baik untuk arwah. InshaAllah.

========================

Mama Laila aka Akak Selim
Jiwa dan hati mesti kental!

========================

Share Button

Aktiviti Cuti Sekolah : Buat Butter Cake Yang Sangat Sedap!

Ini adalah aktiviti pertama mama dengan anak-anak untuk cuti sekolah ni.  Anak-anak sangat suka aktiviti ni. Mama jelah kena ada semangat RAJIN! Mama suka juga bab baking-baking ni, cuma yang tak suka nak basuh bekas2 tu kan. Nanti diorangdah besar sikit bolehlah mintak diorang tolong basuhkan guna hand dishwash Shaklee, tak merengsakan tangan dan minyak2 mudah hilang.

Butter cake sedap dan mudah
Bersama-sama 3 beradik buat butter cake termasuk si baby zara.

Daripada aktiviti-aktiviti yang kita lakukan bersama anak-anak, pasti ada pelajaran yang mereka dapat. Alhamdulillah, mama rasa banyak yang anak-anak dapat dari aktiviti baking-baking ni. Sebab mama memang serahkan anak-anak buat sendiri. Gembiralah mereka bila diberi kepercayaan kan? Dari timbang bahan hinggalah masukkan adunan ke dalam oven.

1. Timbang bahan-bahan kek : ilmu matematik.

“200 kan lebih dari 150?? Kenapa awak dah stop?
Tambah lagi laaa….”

Mama tengok jelah…

2. Kerjasama antara kakak dan adik. Pembahagian tugas, siapa nak buat tu, siapa nak buat ni.

Tapi kadang berebut nak pecahkan telur. Ok, ada 4 biji telur. seorang boleh pecahkan 2 biji.

Settle!

3. Bersungguh-sungguh dan Konfiden.

Mama pesan, masa timbang mesti timbang elok2. Buat kek ni kena ikut betul2 bahannya. Nanti kek kita ni kurang berjaya.

Makanya mereka lakukannya setiap tugasan bersungguh2 dan konfiden memang betul. Hehehe..

Kalau kurang berjaya, korang laa jugak kena makan kan? kikiki..

4. Bertolak ansur dan berbincang

Ada kala berebut. Ada kala ok. Anak-anak belajar bertolak ansur dan berbincang.

Nak masukkan tepung pun berebut. Hasil perbincangan, sorang tuangkan separuh.
Selesai.

5. Sabar

MAK!
Mama kena sabar bila buat aktiviti bersama anak2. Memang tak akan PERFECT.
Yang penting anak2 enjoy diberi tugasan.

Diorang rasa BERJAYA, DAH BESAR, KONFIDEN!

Itu yang paling penting.

Sabar mama mesti 200x ganda dari biasa. Alllllaaaa.. macam tak biasa jadi mama yang SABAR kan? Sabar tu dah umpama masuk ke dalam darah daging dah haa… 🙂

Nak sama-sama beraktiviti dengan anak2? Boleh cuba butter cake yang super sedap ni. Saya ambil resepi ni dari Master Chef Pa’a IbuCergas.

Ni dia resepinya,

Sedap dan gebu!
Sedap dan gebu!

Bahan-bahan:
250 gram mentega
220 gram tepung kek*
1 sudu teh serbuk penaik*
(ayak bahan *)
200 gram gula kastor
50 gram air susu (saya guna susu full cream dalam kotak)
4 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanila

Cara membuat:
Panaskan ketuhar pada 180C
Satukan mentega, gula kastor dan esen vanila dalam mangkuk adunan. Pukul hingga kembang dan putih.
Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul sehingga sebati.
Masukkan bahan yang di ayak (tepung kek dan serbuk penaik) sedikit-sedikit sambil dikacau berselang-seli dengan susu.
Masukkan ke dalam kertas cawan, dalam acuan muffin.
Bakar selama 15 minit untuk setiap loyang muffin.

Tips:
Kalau menggunakan paper cup macam saya, biarkan sejuk dalam 5 minit di dalam loyang muffin sebelum kek cawan dikeluarkan. Jika tidak, kek akan meregang dari cawan kertas tersebut. Kalau nak selamat, pakai je shuffle cup. Cuma mahal sikit la kot. Ni kes nak jimat la ni saya guna paper cup bergerigi ni. Saya suka nampak gigi2 kat tepi kek cawan tu. Hehehe.

Kredit : Dapur Ibu Cergas

Selamat Mencuba ya..!!

Share Button

5 Sebab Kenapa Semua Wanita WAJIB Cuba Skin Care Nutriwhite

Akak selim ni suka survey skin care ni. Dari dulu memang suka setia kepada satu2 brand sahaja. Dan kalau mencuba produk baru, akak selim biasa guna sehingga 1-2 tahun. Memang sepatutnya macam tu lah nak tengok produk tu berkesan ke tak dengan kulit kita. Memang kena sabar. 🙂

Yang akak selim pernah guna dan setia lebih 2 tahun juga ialah TBS dan CL***. Dalam pada tu sempat juga acu cuba try produk yang bahaya untuk kulit. Biasalah kan pengaruh iklan. Hehehe… Cepat je nampak kulit licin, terus terpengaruh. 😛

Guna punya guna, merah padam muka macam kena bakar!!!! Huhuhu. Terus serik sehingga hari ni. Dah ‘taubat’ tak nak tergoda dengan mana-mana produk yang beri kesan 1-2 hari dah. Serik!!!!

Lepas tu, jumpa NUTRIWHITE ni. Memang langsung tak pandang yang lain dah. Setia kat dia je sekarang ni. Sebab apa? Haaa, ni akak selim kongsikan sebab-sebabnya. Dan sebab ini jugalah akak selim nak cadangkan kat semua wanita untuk cuba Nutriwhite ni.

5 Sebab Kenapa Semua Wanita WAJIB Cuba Skin Care Nutriwhite

Jeragat hilang

1.  Mencerahkan Kulit

Nutriwhite mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmen hitam pada kulit menjadi gelap. Hasilnya, korang boleh cerahkan kulit secara semulajadi tanpa perlu melalui proses pengelupasan yang boleh merosakkan kulit muka korang.

2. Menanggalkan Sel Kulit Mati

Set nutriwhite ni boleh menghilangkan sel kulit mati yang mengandungi melanin berlebihan agar kulit sentiasa cantik dan berseri.

3. Mencegah Kesan UV

Ia juga boleh mencegah kesan-kesan daripada cahaya matahari dan alam sekitar dengan melindungi kulit dai sinar UV dan cahaya matahari yang boleh menggelapkan dan merosakkan kulit.

4. Selamat-Tanpa Paraben

Tanpa paraben, tanpa merkuri, tanpa bahan kimia berbahaya. Ianya selamat untuk digunakan sepanjang masa sama ada semasa anda hamil mahu pun tidak.

Ramai ibu yang memang jagaaaaaaaa penggunaan bahan2 kimia semasa hamil, tapi tidak berhati2 selepas melahirkan anak.

Itu silap tau. Kita memang sentiasa kena jaga sama ada hamil atau pun tidak. Kerana badan kita ini sangat berharga untuk kita tempek skin care yang berbahaya.

Cuba tengok kat sini, betapa bahayanya paraben haa…
Bahaya Paraben

5. Melembutkan Kulit

Melembutkan kulit hinggakan diri sendiri pun rasa nak usap2 pipi selalu. Tak percaya?

Kalian cubalah night cream nutriwhite ni dulu. Kalian tahulah syioknya macam mana. Serius!!

Customer akak selim yang beli night cream ni pun memang mengakuinya tau.

Memang skin care ni kategori WAJIB cuba. Sekurang-kurangnya 1 set untuk cuba. Pasti kalian akan rasa sayang nak tinggalkannya. 🙂

Whatsapp akak selim untuk dapatkan skin care yang sangat best dan berkesan ni. Paling best, jeragat lama-lama pun boleh pudar dengannya.

Whatsapp ke sini ya. 019-722 8520

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail

Share Button

1 Vivix Dan 1 Nutriferon Percuma Untuk 1 Keluarga

Andainya akak selim ni tiada kekangan kewangan langsung, InshaAllah akak selim nak berikan 1 Nutriferon dan 1 Vivix percuma untuk setiap keluarga di Malaysia ni supaya semua orang sihat walafiat dan dapat bekerja dengan baik serta dapat beribadat dengan sempurna.

Macam mana rupa bentuk Nutriferon dan Vivix ni? Haa… ini dia.

Nutriferon
Vivix

Mari nyanyikan lagi di bawah ni dengan irama Kalau Aku Kaya-Altimet featuring Awi Rafael.

Kalau aku kaya
Kalau aku kaya

Aku nak gaya hidup RAKYAT MALAYSIA berubah
Alangkah indah kalau dah tak SAKIT
Jadi AKTIF bukan LAGI PESAKIT
Makan OK minum PUN OK
SEMUA VITAMIN APASAJA BOLEH BELI
Tulis cek selamba tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0

Dan kalau aku mampu
(Jangan pening kepala, aku BERIKAN NUTRIFERON 1 KELUARGA 1 KOTAK)
BERI suka hati aku
(Kamu tak perlu risau, aku beli semua VIVIX janji KORANG kekal SIHAT)

Kalau aku kaya
Hari hari hari KESIHATAN
VITAMIN jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
BERIKAN PRODUK SHAKLEE
Hadiahkan pada SEMUA

Kalau aku kaya (kalau aku kaya, kalau aku kaya)
Kalau aku kaya (kalau aku kaya, kalau aku kaya)

Kalau aku mampu
BERI suka hati aku

Mohon kalian doakan akak selim jadi jutawan 2017, moga masyarakat Malaysia juga mendapat tempiasnya. InshaAllah.

Terima kasih atas kurniaan Allah dan doa kalian ya.

==========================

Akak selim
Impian jadi jutawan sebelum 40

==========================

Share Button

Impian Akak Selim 20 Tahun Lagi

Di kala ini, mama laila sedang memujuk anak ke 3 yang sedang down kerana di’reject’ customer yang nak beli vivix 13x lebih power dari vivix 20 tahun yang lepas.

Vivix 13 x lebih power
Vivix 13 x lebih power

Mama laila yang sudah bergelar nenek itu memujuk sambil berkata

“Yang pergi itu sebenarnya tidak layak menjadi customer zara, orang lain jauh lebih layak baby.


Jauh akak selim berangan.

Zara, anak ke 3 akak selim waktu itu sudah berusia 21 tahun. Dinie, 26 tahun dan Damia 28 tahun. Wowww! Dah dewasa anak-anak akak selim. Dan akak selim sendiri sudah berusia 58 tahun!! InshaAllah, impian akak selim 20 tahun lagi dikelilingi anak2 dan cucu2 yang comel.

Pada waktu itu akak selim masih lagi meneruskan hidup di bandar. Maklumlah nak berdekatan dengan anak-anak cuculah kan. Kesian pula kalau akak selim di kampung, kalau-kalau diorang ada kekangan masa ke kan nak balik untuk jenguk kami. Kalau tinggal berdekatan tu, mudahlah sikit akak selim nak jumpa anak-anak cucu kan?.  Dan memudahkan mereka juga untuk bertemu ibu bapa mereka ni. 🙂

Dan anak-anak akak selim masih lagi meneruskan legasi bisnes Shaklee yang diwarisi turun temurun. InshaAllah.

dreams-can-come-true

Berimpian dan berangan itu PERCUMA kan? InshaAllah, 20 tahun lagi kita tengok kembali memori ini. 🙂

Jom sama-sama membina empayar bisnes Shaklee bersama akak selim dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee hari ini. Whatsapp akak selim di 019-722 8520 untuk mulakan langkah pertama anda dalam bisnes Shaklee.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail

Share Button

Kurus Cepat Tanpa Perlu Berlapar Dengan Set Kurus Shaklee

Kurus cepat tanpa perlu berlaparBoleh dikatakan untuk tahun 2016 ni, akak selim tak pernah skip Set Kurus Shaklee ni. Inilah set faveret akak selim sepanjang tahun ni.

Set Kurus Bajet ni boleh dikatakan set paling minimumlah sebagai peneman sepanjang perjalanan menurunkan berat badan.

Selain daripada set ni, akak selim memang tambahkan protein sihat dalam pemakanan harian akak selim. Sebab protein sangat2 diperlukan oleh badan kita sepanjang masa.

Akak selim pilih Cinch Shake dan ESP! Memang sedap dan mengenyangkan!

Bina otot dan bakar lemak dengan Cinch Shake
Bina otot dan bakar lemak dengan Cinch Shake
Kurus cepat dengan protein
Bina otot dan bakar lemak dengan ESP

Tak kiralah berazam nak kurus ke, nak gemuk ke, nak maintain berat badan ke, protein sangat diperlukan oleh badan kita. Tanpa pengambilan protein sihat secara konsisten, badan kita lembik, menggeleber dan cepat letih.

Nak tahu rahsia akak selim turunkan berat 20 kg tanpa perlu berlapar?

Cara Turunkan Berat 20 Kg Dengan Cepat Tanpa Perlu Berlapar
Berjaya kurangkan 20 kg dalam masa 7 bulan.

Boleh klik link di bawah ni ya.

Rahsia Turun 20 kg Tanpa Berlapar

Berazam untuk kurus pada tahun 2017? Jom mulakan sekarang bersama akak selim. Akak selim bantu kalian yang nak kurus turunkan berat badan tanpa perlu berlapar.

Whatsapp akak selim hari ini di 019-722 8520.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail

 

Share Button

Teknik Urus Masa Untuk Ibu Bekerja Dari Rumah

Eh, awak bekerja dari rumah sure banyak masa kan?

Eh, mesti sempat baring-baring tengok TV kan?

Jadi WAHM ni mesti banyak masa kan???

Pernah dengar orang berkata-kata sedemikian? Kalau akak selim yang kena, telan sajalah.

Kalau anda belum cuba, jangan hanya berkata-kata. Cubalah dulu barang seminggu dua. Dan anda akan tahulah bagaimana BANYAKnya MASA seorang isteri-ibu yang bekerja dari rumah.

teknik urus masa bagi ibu bekerja dari rumah

Setiap orang ada masa yang sama je kan? 24 jam.

Jadi, memang kena pandai urus masa supaya 24 jam yang kita ada tu tidak habis begitu sahaja.

Untuk ibu yang bekerja dari rumah atau WAHM, memang kena pandai betul uruskan masa. Sebab kalau tiada ilmu urus masa dengan baik,

Tiba-tiba

Eh! dah petang
Eh! dah malam!!

Haaa.. macam tulah jadinya. Kelam kabut dibuatnya!!

Akak selim kongsikan apa yang telah akak selim praktikkan sepanjang 2 tahun menjadi WAHM ni. Pengalaman yang masih muda, moga bermanfaat untuk semua.

teknik urus masa bagi ibu bekerja dari rumah

1. Buat jadual.

Terutamanya ibu-ibu macam akak selim ni. Jadi mak supir, jadi chef, jadi bibik, jadi tukang sapu dan pelbagai tugasan lagi kan.

2. Ikut jadual, patuh pada jadual.

Mesti patuh pada jadual yang telah kita sediakan. WAJIB!

3. Adjust jadual jika tak bersesuaian.

Jangan HAPUSKAN jadual pulak kalau rasa susah nak follow tu. Adjust sana-sini untuk

4. Follow semula jadual baru tu.

Jangan buat je jadual, tapi langsung tak ikut pulak. Memang semua ke laut jadinya.

Akak selim biasa buat jadual untuk hari anak-anak2 sekolah. Untuk hari cuti, lebih longgar sikit jadual akak selim. Sebab kena ikut big bos punya masa jugak kan.

Tapi lepas anak-anak tidur, memang bermulalah rutin untuk perancangan bisnes yang lebih serius, macam sharing untuk anak2 #gengfreedom ke, perancangan bisnes sendiri ke, atau belajar teknik2 baru dari internet dan dari mentor2 shaklee akak selim.

Untuk mereka yang bekerja pula, susun masa dengan betul untuk waktu rehat di pejabat.
Masa akak selim bekerja dulu, waktu rehat tulah akak selim ambil peluang reply msg customer, bungkus parcel kalau tak sempat bungkus dari rumah dan macam-macam lagilah boleh buat.
Yang penting.

Rancang masa anda. InshaAllah boleh je bisnes sepenuh masa di rumah mahu pun part time sahaja.

Inginkan pendapatan sampingan atau pendapatan utama bagi surirumah? Jom sertai kami Geng Freedom. Whatsapp ke 019-722 8520

Kita mula bisnes di penghujung 2016, 2017 kita akan nampak perkembangannya nanti . InshaAllah.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail

Share Button

3 Rahsia Elak Sakit atau Demam Cara Akak Selim

Dah 2 tahun di dunia WAHM, dunia tiada MC ni, Alhamdulillah tak demam atau sakit teruk.
Maklumlah, kalau akak selim MC makanya encik papa pun kena ambil cutilah. Kalau akak selim sakit, kasihan kat anak-anak kan? Terutamanya Baby Zaralah sebab masih lagi menyusu badan sehingga sekarang.

Setakat ni syukur Allah berikan kesihatan yang tip top. Belum perlu mintak MC dengan encik papa.

Apa Rahsia Akak Selim Sihat Sokmo?

1. Jaga Makan

20160219_135521

Banyak makan sayur, banyak makan buah. Tambah2 tahun ni amalkan #eatclean sejak bulan Feb yang lepas. Makan memang teratur dan terjaga sungguh2. Syukurlah bertemu dengan Geng Kurus dan mentor-mentor hebat dalam menurunkan berat badan.

2. Konsisten Ambil Vitamin Shaklee Bersungguh-sungguh.

Konsisten! Itu kunci utama.

Yang WAJIB ambil dan membantu meningkatkan sistem imun akak selim ialah

awet-muda-dengan-vivix

Vivix (Yang paling BEST!)
Vitalea
B Complex
Vitamin C
Alfalfa

Di samping tu akak selim memang ambil Set Kurus lah. Yang itu memang wajib! Maklumlah nak sellimmmmmmmm kan. 🙂

3. Bersenam.

14183948_10209215153567609_7654017956732690324_n

Sejak awal tahun ni jugak, rajinlah bersenam berbanding tahun-tahun sebelum ni. Ni pun dalam proses nak selim kannnnnn…
Wajiblah exercise. Bukan setakat senaman biasa-biasa tau. Siap masuk Jom Kurus 1 Malaysia tu. Haaa, program Kevin Zahri yang terkenal tu. 🙂

Kurus cepat dengan set kurus shaklee
Turun 20 kg 2016. 🙂

Efeknya, sistem imun memang tinggi. Jarang kena sakit-demam. Kalau selalu sangat sakit atau selalu demam ke, rajin-rajinlah jaga makan, ambil suplemen dan exercise yaaa…

Semua tu membantu korang lebih sihat dan anggun sokmo. InshaAllah.

Ingin mencuba vitamin Shaklee untuk tingkatkan sistem imun diri sendiri dan keluarga? Hubungi akak selim hari ini. Dapatkan harga istimewa dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee.

Hubungi akak selim hari ini di 019-722 8520

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail

Share Button

Syoknya Trip Yang Ditaja Oleh Shaklee

Ini adalah kisah trip 6 bintang yang ditaja oleh Shaklee ke Langkawi baru-baru ini. Mendapat layanan yang sangat istimewa dari Shaklee. Siap dengan duit belanja untuk makan lagi tau! Sangat jeles dengan mereka! Dapat hotel best denga tilam empuk. Katanya tilam berharga 13K haaa… 

shaklee-reward-2

Dan akak selim paling teruja tengok ni ha.

shaklee-reward-4

Bantal comel ni, sebab ianya tidak dapat di beli di mana-mana kedai pun di dunia ni.

Hanya eksklusif untuk mereka yang dapat trip Langkawi ni.

shaklee-reward-5 shaklee-reward-3 shaklee-reward-6

 

Tengok gambar pun dah rasa seronok, apatah lagi jika dapat bersama2 mereka di sana. Jelesnya tu sampai tahap tak nak buka FB haaa.. hehe. Tapi tetap dapat update dari group coaching whatsapp kami. Huhuhu. Maka wajiblah tengok juga, demi membakar semangat.

shaklee-reward-1

Tahun depan Shaklee taja trip ke Jepun untuk International dan naik cruise untuk trip dalam negeri. Doakan tahun depan akak selim dapat pergi Jepun tajaan Shaklee ni ya. InshaAllah
Dah rindu sangat bau udara Jepun.

Ingin sama-sama mengembara dengan tajaan Shaklee? Mulakan empayar bisnes Shaklee anda hari ini. Whatsapp akak selim di 019-722 8520 untuk sama-sama bisnes sehingga berjaya ke puncak. InshaAllah.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...