[Clean Eating Challenge : Day 10] Rice Noodle Salad Yang Sangat Sedap Dan ‘Kena’ Dengan Selera

W2D10

Sarapan pagi (0800) :

Energy smoothie + 1 gelas air masak

1 biji pisang
2 sudu besar rolled oat
1 sd teh serbuk cinnamon (saya tak letak sbb memang kurang suka)
150 ml low fat milk/skim milk/almond milk
1 sd besar chia seed
3-4 ketul ais

Cara-cara

Blend kesemuanya dan MINUM! Kenyanggg! Burppp!! 🙂

Snek pagi (1030) :

1 cup Greek yogurt (plain)

Makan tengah hari (1300) :

Rice Noodle Salad (Salad Bihun Perang)

Bahan-bahan

100-150 gram bihun perang
300 gram dada ayam yang direbus
2 biji cili api (boleh tambah jika suka pedas)
Sedikit hirisan serai/bunga kantan
Daun ketumbar
Air perahan limau nipis
1 sd kecil sos ikan

Cara-cara

1. Rendam bihun sehingga lembut.
2. Masukkan sos ikan, serai, air perahan limau, serai/bunga kantan.
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Carikkan ayam dan masukkan ke dalam sos.
5. Gaul rata bersama-sama bihun yang telah lembut.
6. Tabur bawang goreng dan daun ketumbar sebagai perasa tambahan.
7. Bolehlah NGAP! Sedap!!! Ni menu favourite saya. 😀

Snek petang (1600) :

6-8 biji almond

Makan malam (1900 ) :

Sirloin steak + Salad

Bahan-bahan

200-250g daging lembu
1 sd teh black pepper
1 sd teh serbuk cayenne (cili)

Cara-cara

Perap semua bahan sekurang-kurangnya 30 minit. Bakar dalam oven/kuali non stick.

Supper  (2230) :

2 biji telur rebus + 6 biji almond

Share Button

[Clean Eating Challenge : Day 8] Crispy Bake Chicken Yang Sedap!

Tadaa….

Ini dia menu hari ke 8. Sedap-sedap tau!

Cabaran Eat Clean Hari ke 8
Cabaran Eat Clean Hari ke 8

Saya share resepi untuk setiap menu ya…

Sarapan pagi (0800) :

Banana French Toast 

2 keping roti wholemeal/wholegrain
1 biji telur
2 sd teh serbuk kulit kayu manis
1/2 biji pisang

Cara-cara :

-Pukul telur dan serbuk kulit kayu manis.
-Celur roti ke dalam telur.
-Bakar roti di atas kuali non stick.
-Makan bersama-sama pisang.

Snek pagi (1030) :

1 biji epal hijau

Makan tengah hari (1300) :

Ikan Stim Limau

300-350 gram ikan tenggiri/tilapia/salmon
Hirisan lemon
Air perahan limau
1 sd kecil sos ikan
Hirisan serai dan halia

Cara-cara :

-Masukkan semua bahan ke atas ikan,
-Kukus ikan selama 15-20 minit.

Snek petang (1600) :

2 keping biskut oat.

Makan malam (1900 ) :

Crispy Bake Chicken

300-350 gram dada ayam
2 weetbix
1 sd kecil serbuk paprika
1 sd kecik serbuk cayenne
1 sd kecil garam
1 biji telur

Cara-cara :

-Hancurkan weetbix dan gaulkan bersama serbuk perasa yang telah ditetapkan.
-Celupkan dada ayam ke dalam telur.
-Salut dada ayam dengan serbuk weetbix.
-Bakar dalam oven selama 12-14 minit pada suhu 180 C atau bakar di atas kuali non stick.

Supper  (2230) :

1 cup Greek yogurt. Sedappppp!!!!!!!!!!!!!!!! 😀

Selamat mencuba ya.

Jika ada sebarang pertanyaan tentang resepi atau Eat Clean, boleh SMS/Whatsapp saya di 019-722 8520

Love,
MamaDDZ

 

Share Button

Jana Pendapatan Tambahan RM500 Sebulan

Ramai orang kata, ekonomi di tahun 2016 ni kurang baik, merudum dan kurang elok. Tentu kita risau kan? Anak-anak tetap nak kena sekolahkan, makan minum diorang tetap kena sediakan. Kalau anak-anak yang masih baby tu, nak beli susu lagi, nak beli lampin pakai buang lagi kan?

Yang masih bujang pun sama. Banyak komitmen! Nak beli rumah sendiri, nak simpan duit untuk majlis perkahwinan dan macam-macam lagi. Jimat pun dah jimat tapi tetap rasa PERLUKAN DUIT TAMBAHAN.

Kalau dapat tambah RM500 pun dah cukup banyak tu! Banyak perkara yang boleh kita gunakan dengan duit ni.

Bagaimana Nak Jana Pendapatan RM500 Sebulan?

#1 Whatsapp saya, Laila di 019-722 8520 dengan “PROJEKRM500“.

#2 Daftar ahli Shaklee yang bernilai RM79.50.
Segala proses pendaftaran keahlian, semuanya saya akan uruskan. Anda tidak perlu keluar ke mana-mana. Jangan risau! Hanya bagi info yang diperlukan sahaja.

#3 Saya akan berikan anda penerangan lanjut tentang PROJEKRM500. Segala bahan promosi,info dan teknik-teknik marketing akan dikongsikan di group eksklusif Facebook dan juga Whatsapp.

Siapa Yang Layak Join?

Semua orang tidak kira lelaki atau perempuan, bujang atau sudah berkahwin! Yang penting, niat dan azam ingin menambah pendapatan sekurang-kurangnya RM500 sebulan.

Sila whatsapp saya untuk join PROJEKRM500 dengan penuh semangat! Ini bukan Skim Cepat Kaya tau!

Kredit : DeejaFirdaus

Jangan bertangguh ya, sila hubungi saya di sini.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail
✿FanPage : Tips Ibu Hamil, Berpantang dan Menyusu

 

 

Share Button

Anda Jimat RM241.68 Dengan Pembelian 2 Botol Vivix! Ada ‘Cash Back’ Pulak Tu!

Vivix twin pack

Rasa tak sedap hati dan bersalah pulak kalau tak share dengan anda yang bulan ni ada promosi Vivix lagi. Promosi bulan ni ialah Beli 2 Botol Vivix, Dapat Diskaun 5%! Banyak tau keuntungannya beli 2 botol ni. Atau lebih dikenali sebagai Twin Pack. 2 botol Vivix ini juga dinamakan Set Healthy Young Living.

Vivix ni kan, SEDAP tau! Sekali cuba pasti rindu dengan ‘rasa’ dia tu.. 🙂

Vivix twin pack

Jom kita buat kira-kira.

Harga sebotol Vivix ialah RM503.50. Harga 2 botol akan jadi RM1007.00 kan?

Tapi

Disebabkan promosi TWIN PACK bulan ni, beli 2 botol dengan harga RM765.32. Cuba kira boleh jimat berapa ringgit?

RM241.68 kan? Banyak tu JIMAT!!!

Selain daripada jimat RM241.68, apa lagi faedah beli 2 botol ni? Haaaa, ada lagi tawarannya.

#1 Keahlian Shaklee PERCUMA (bernilai RM75.90)

#2 Kos penghantaran PERCUMA (bernilai RM10.60)

#3 Bakal dapat CASH BACK bulan depan sebanyak 5%!

Bertambah-tambah penjimatan kan?

Twinpack-2BPromo-2BVivix

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk rebut tawaran ni. Sila isi form untuk pesanan hari ini.

Jika ada sebarang persoalan atau kemusykilan, boleh whatsapp saya di 019-722 8520.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail
✿FanPage : Tips Ibu Hamil, Berpantang dan Menyusu

 

Share Button

[Clean Eating Challenge : Day 1] Demi Menurunkan Lemak Di Sekitar Organ Penting

Sebenarnya saya dah mulakan diet sendiri dari Nov tahun lepas. Apa sebabnya? Sebabnya ialah saya telah ke Health & Wellness Fair di Shaklee JB. Di sana, ada pemeriksaan kesihatan yang dibuat oleh Pakar Nutrisi dengan menggunakan mesin KARADA. Melalui mesin ni kita dapat tahu berat, peratusan lemak, lemak yang terdapat di sekitar organ2 penting dan bermacam2 lagi yang kita boleh tahu tentang kesihatan badan kita. InshaAllah tahun ni saya akan dapatkan 1 mesin Karada untuk kegunaan sendiri dan keluarga serta pelanggan2 saya.

Kurus dengan shaklee

Ni dia gambar mesin Karada Scan tu. Kita dapat tahu macam2 'nombor' tentang dalam kita.
Ni dia gambar mesin Karada Scan tu. Kita dapat tahu macam2 ‘nombor’ tentang dalam kita.

Setelah diet sendiri, memang turun berat dalam 3.4 kg. Tapi mungkin diet yang saya buat sendiri agak strict, so menjejaskan penghasilan susu ibu dan membuatkan Baby Zara (anak saya yang ke 3 yang berusia 6-7 bulan pada waktu itu) marah-marah semasa menyusu. Mungkin pengeluaran susu sangat perlahan atau sedikit. Jadi saya stop sebentar diet cara saya dan mencari-cari diet yang sesuai untuk ibu menyusu.

Alhamdulillah, dipertemukan dengan kawan baik saya dan dia mengesyorkan saya Makan Cara Sihat atau lebih popular dipanggil Eat Clean.

Maka bermulalah journey Eat Clean saya pada 13.02.2016. Nama program ni ialah 21 Days Clean Eating Challenge bersama Cikgu Yun.

13.02.2016 (Sabtu) :

#1 Timbang berat sebelum mulakan program. Buat target berapa berat yang nak diturunkan sepanjang program dan denda apa yang kita nak buat jika tak capai target tersebut. Mesti update dalam group whatsapp. 🙂

#2 Belajar membeli makanan di luar tanpa merosakkan diet.

#3 Mengenal bahan-bahan yang lebih sesuai untuk proses diet.

#4 Keperluan minum air masak yang banyak setiap hari. Ada geng-geng dalam group boleh minum air sehingga 8 liter tau!!!

14.02.2016 (Ahad) :

Menu belum ditentukan lagi, jadi makan macam biasa. Atau nak makan makanan yang agak-agak mengidam pun boleh laaa, sehari sebelum mula. Tapi saya dah berjaga2 waktu ni. Kurangkan karbohidrat. Kebetulan Encik Suami ajak makan Kenny Rogers, so bolehlah layan tekak dan tidak mengganggu diet selagi tidak mengambil gravy yang berlebihan.

15.02.2016 (Isnin)

Dengan debaran dupdapdupdap, challenge bermula!!!! Mana tak berdebar sebab makan 6x sehari dan semuanya saya plan nak masak sendiri di rumah. Minggu pertama ni Cikgu Yun bagi kelonggaran untuk makan di luar dengan cara yang betul. Sebab realiti hari ini kadang-kadang kita tak sempat nak masak kan?

Jika masak di rumah, tidak dibenarkan ambil garam atau gula langsung dalam minggu pertama ni.

Jom tengok menu hari pertama :

Sarapan pagi : 2 keping telur, 3 biji telur putih dan 1 cawan kopi/teh (tanpa gula)

Day 1 (2)

Snek pagi : 1 biji epal hijau dan 1 gelas green tea (saya takde green tea masa hari pertama ni, minum chinese tea jee)

Day 1 (3)

Makan tengah hari : 1/2 cup nasi, kari ayam (tanpa kuah) dan sayur (rebus/grill)

Day 1 (5)

Snek petang : 1 biji karipap dan 1 gelas green tea

Masa ni dugaan hebat tak terkata sebab pergi membeli kat gerai pisang goreng favourite. Tapi sabar.. sabar jelah… Makan karipap sebiji je tau!

Day 1 (6)

Makan malam : 1 keping dada ayam bakar dan sayur (steam/grill)

Day 1 (7)

Supper : 1 cup yogurt (greek yogurt adalah pilihan terbaik) dan 1 gelas air masak

Day 1 (1)

Selesai hari pertama dengan makan 6x sehari! Pelik juga kan? Nak turunkan berat badan tapi makan sampai 6x tu! Tapi itulah cara yang sebenar supaya metabolisme kita meningkat dan senang untuk turun berat badan. Paling penting jaga ‘portion’ makanan.

Selamat mencuba makan sihat ni. Boleh hubungi saya di 019-722 8520 jika memerlukan bantuan atau nasihat tentang eat clean. 🙂

Share Button

Sakit Buah Pinggang Boleh Sembuh Tanpa Perlu Tukar Buah Pinggang Lain

Sejak dari tahun lepas, saya mencari info tentang penyakit buah pinggang ni kerana ibu saya disahkan terkena penyakit buah pinggang akibat dari penyakit Diabetes yang beliau hadapi. Banyak juga korek info sana sini termasuk berbincang dengan rakan-rakan yang bergelar doktor dan pegawai farmasi.

Alhamdulillah, akhirnya ibu saya setuju untuk buat dialisis. Keadaan beliau makin sihat dan bertenaga selepas dialisis walaupun kadang-kadang letih melampau selepas dialisis. Tapi keseluruhan kesihatan beliau bertambah baik selepas dialisis. Alhamdulillah.

Apa Fungsi Buah Pinggang?

Buah pinggang pulih dengan vivix

 

Untuk menyingkir sisa buangan
Jenis sisa yang selalunya disingkirkan oleh buah pinggang dipanggil “urea” dan “kreatinin”.

Untuk mengawal jumlah cecair
Buah pinggang yang sihat mengawal jumlah cecair di dalam badan dan membantu membuang lebihan cecair dari darah.

Untuk mengawal tekanan darah
Tekanan darah perlu dikawal pada suatu tahap tertentu agar anda mempunyai cukup darah di seluruh tubuh anda. Mengawal tekanan darah pada tahap normal mengelakkan anda mendapat risiko masalah jantung. Jika tekanan darah tinggi, jantung harus berkerja lebih keras.

Untuk menyediakan penghasilan sel darah merah.
Buah pinggang menghasilkan hormon dipanggil erythropoietin, yang membantu tubuh menghasilkan sel darah merah.

Agar tulang kekal sihat.
Buah pinggang mengekalkan jumlah fosforus dan kalsium dalam darah; melalui imbangan ini, tulang akan kekal sihat.

Kredit : Freedomtolive

Ternyata fungsi buah pinggang ni terlalu besar buat kita menjalani kehidupan seharian. Tanpa buah pinggang yang sihat, sememangnya kehidupan seharian kita akan terganggu.

Bagaimana Nak Tahu Buah Pinggang Bermasalah?

-Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
-Darah keluar bersama-sama air kencing.
-Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.
-Sakit belakang.
-Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.
-Bengkak pada pergelangan kaki.
-Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi.

Boleh baca di sini untuk tahu lebih lanjut.

Awas! Simptom Sakit Buah Pinggang

Ada beberapa jenis rawatan untuk pesakit buah pinggang seperti dialisis, pemindahan buah pinggang dan lain-lain. Ada pesakit yang mengambil keputusan untuk mencuba suplemen untuk membantu proses penyembuhan dengan nasihat doktor.

Sakit Buah Pinggang Pulih Dengan Vivix

Ini adalah pengalaman pesakit luar negara yang mencuba Vivix untuk masalah sakit buah pinggang beliau.

Vivix Recovery Story – Kidneys Healed & Transplant Canceled

Karen Sandifer, a former Home Health Care Supervisor, shares the following story regarding Brandy (her friend) and Vivix.  Brandy was preparing to give her husband one of her kidneys, because he was at stage 4 renal failure with polycystic kidneys.

“Tony has been taking Shaklee Vivix since February, 2009, and guess what?  We went to see the kidney doctor to find out about testing me so that I could give him a kidney and part of my liver, because he was high stage 4 renal failure with polycystic kidneys.  At stage 5 you have to be on dialysis to live.  So we wanted to do a transplant before he had to start.

“When they did his blood work, they told us that he is stage 2 to low stage 3, and then proceeded to take him off the renal diets, saying he does not need any blood pressure medication and to enjoy life, because he hopefully had many years before he has to think about dialysis!  YOU DON’T GET BETTER WITH THIS DISEASE!  And according to the specialists that we consulted, they all said that THERE IS NO CURE!

Kisah Penyembuhan Vivix –  Buah Pinggang Sembuh & Transplant Dibatalkan

Karen Sandifer, bekas penyelia Home Health Care, berkongsi kisah ini mengenai Brandy (sahabatnya) dan Vivix. Brandy dah bersedia untuk berikan satu buah pinggang dia kepada suami kerana suaminya mengalami kegagalan buah pinggang tahap 4 dengan buah pinggang polisistik.

“Tony mula mengambil Vivix sejak Febuari 2009 dan cuba teka? Kami pergi berjumpa pakar buah pinggang untuk membuat ujian supaya saya boleh memberikan buah pinggang dan sebahagian hati saya, kerana dia berapa pada tahap tinggi (4) kegagalan buah pinggang dengan buah pinggang polisistik. Jika tahap 5 anda perlu dialisis untuk terus hidup. Jadi kami mahu melakukan pemindahan organ sebelum dia terpaksa hidup dengan dialisis.

“Apabila mereka melakukan ujian darah, kami diberitahu yang dia berada pada tahap 2 atau tahap 3 rendah, dan seterusnya menghentikan dia dari meneruskan diet untuk buah pinggang, dia tidak memerlukan ubat-ubatan untuk tekanan darah lagi dan boleh menikmati hidupnya kembali, kerana dia mempunyai masa bertahun lagi sebelum perlu memikirkan untuk menjalani hidup dengan dialisis! Berdasarkan kata pakar yang berunding dengan kami, kesemua mereka mengatakan TIADA PENAWAR!

Sudah pasti memerlukan kesabaran dan pengambilan secara konsisten kerana Vivix ni bukanlah ubat. Cara Vivix membantu menyembuhkan adalah dengan membaiki punca penyakit. Apabila punca penyakit sudah diperbaiki, penyakit yang dihidapi juga sembuh, InshaAllah.

Dapatkan Vivix untuk masalah buah pinggang hari ini. Lebih untung dan berbaloi-baloi jika beli 2 botol kerana ada diskaun 5%.

Isi form di bawah dan saya akan hubungi untuk pembayaran dan pendaftaran ahli secara PERCUMA sekiranya membeli 2 botol Vivix.

Boleh juga hubungi saya melalui SMS/Whatsapp untuk sebarang kemusykilan.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail
✿FanPage : Tips Ibu Hamil, Berpantang dan Menyusu

Share Button

Cabaran 21 Hari Menurunkan Berat Badan Dengan Cara Eat Clean

Apa Eat Clean ni? Kalau belum tahu, boleh baca kat link di bawah ni dulu ya.

Klik link –> Konsep Eat Clean

Sebab paling utama saya nak join cabaran ni ialah untuk turunkan berat badan yang sangat-sangat berat dalam sejarah hidup ni. Selepas keguguran kali pertama pada 2013, keguguran kali ke 2 pada 2014 dan melahirkan anak pada 2015, berat badan naik bagaikan dipam2. Huhuhu… 🙁

Jadi saya mengambil keputusan untuk turunkan berat untuk memastikan segala jenis lemak yang bersarang di dalam badan dapat disingkirkan dengan cara sihat tanpa membebankan dan menjemukan. Ternyata Eat Clean adalah pilihan yang sangat tepat di samping pengambilan suplemen dan juga senaman.

Seperti yang saya ceritakan dalam entry Konsep Eat Clean, saya join program ni dalam group yang dicoach oleh Cikgu Yun. Siapa Cikgu Yun? Boleh follow IG beliau di @heyitsyunyun dan FB beliau Fatin Ayuni.

Screenshot_2016-03-19-02-09-38-1

Sangat kagum dengan semangat beliau yang dahulunya 120 kg, kini turun berat sebanyak 40 kg dalam masa setahun setengah. Dan beliau masih lagi terus bersemangat menurunkan berat badan beliau sebanyak 20 kg. Hebat!!!

fatin ayuni

#1 Cabaran Eat Clean? Apa Tu?

Baca di entry ni ya. Klik –> Konsep Eat Clean

#2 Cabaran Ni Berapa Lama?

21 hari

#3 Kenapa 21 Hari

Kebiasaannya manusia boleh menukar habit dan meneruskan habit yang sama setelah melakukannya selama 21 hari berturut-turut. Irfan Khairi pun ada cakap macam ni jugak. 🙂

#4 Betul Ke Boleh Turunkan Berat Badan?

Ye, terbukti ramai peserta berjaya menurunkan berat badan termasuk saya. Ada yang dapat turunkan sehingga 7 kg dalam masa 21 hari.

#5 Program Ni FREE Ke?

Ia adalah berbayar. Untuk peserta baru, bayarannya ialah RM150 dan peserta yang pernah join perlu membayar RM120 sahaja. Saya join batch 10.0.

#6 Selain Dari Menu Eat Clean, Apa Lagi Yang Kena Buat?

Exercise adalah WAJIB! Untuk turunkan berat badan dan buang lemak dalam badan, WAJIB melakukan senaman kardio. Untuk mereka yang berat 80 kg ke atas, mulakan dengan berjalan kaki di sekitar rumah/taman atau berenang. Senaman kardio untuk mereka yang sangat berat kadang kala kurang sesuai kerana membebankan lutut. Saya sendiri telah cedera di bahagian lutut kerana tetap mencuba untuk skipping. 😆

Disebabkan lutut dah sakit, saya hanya teruskan dengan senaman ringan seperti berjalan kaki sekeliling taman sambil menggendong baby berusia 9 bulan.

#7 Selain Tu? Perlu Buat Apa Lagi?

Setiap kali makan, anda WAJIB hantarkan gambar makanan anda ke group. Seboleh-bolehnya JANGAN PONTENG bab ni. Sebab inilah yang memberikan motivasi untuk kita terus berusaha. Mungkin agak kelam kabut sedikit untuk menyediakan makanan ni, tapi kita kan dah berjanji NAK KURUS! 8)

#8 Selain Makan Dengan Menu Yang Ditetapkan, Perlu Ke Suplemen?

Sepanjang cabaran ni, tiada suplemen yang diperlukan. Tetapi saya memang mengambil Set Kurus Shaklee, Set Kolesterol Dan Vivix. Kerana niat asal saya memang untuk turunkan jumlah Visceral Fat (Lemak di bahagian organ yang sangat berbahaya) kan? Di samping itu, semua suplemen ni dapat membantu mempercepatkan lagi pembakaran lemak dan kuruskan badan. 🙂

#9 Paling Minimum Nak Ambil Suplemen Apa?

Set Kurus Shaklee iaitu yang terdiri daripada Lecithin, Herb Lax dan Alfalfa (set paling basic) atau Lecithin dan Vivix. Vivix sangat membantu dalam penurunan berat badan kerana Vivix dapat meningkatkan metabolisme sekaligus boleh membakar lemak secara efektif.

#10 Bagaimana Nak Mula?

Boleh contact Cikgu Yun untuk coaching berbayar atau join group santai bersama saya dan rakan-rakan di Group Telegram.

Klik link –> Join group Telegram Eat Clean

Share Button

Kelebihan dan Manfaat Vivix

Vivix adalah tonik ajaib yang tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia. Ramai yang mengetahui khasiat dan kelebihannya. Sehingga kini, banyak membantu pesakit-pesakit kronik seperti Kanser, Diabetes, Sakit Buah Pinggang, Strok, SLE, Gout dan pelbagai penyakit lagi.

atasi diabetes dengan vivix

Apa Manfaat Vivix?

Kelebihan dan manfaat vivix

Siapa Yang Perlukan Vivix?

Vivix sangat bagus untuk mereka yang mengalami masalah-masalah berikut :-

#1 Kencing Manis/Diabetes

Vivix Shaklee membantu pesakit kencing manis mengawal gula dalam darah dengan meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin. Ramai yang telah berjaya mengawal gula dalam darah mereka dengan menggunakan Vivix. Malah ada juga mereka yang BEBAS DIABETES selepas mengambil Vivix secara konsisten.

#2 Strok (Serangan Angin Ahmar)

vivix membantu pesakit strok

Resveratrol yang terdapat di dalam Vivix membantu membetulkan darah beku di dalam salur darah pesakit strok. Ikuti kisah pesakit strok yang dapat bertutur kembali selepas diserang strok.

Pesakit strok sihat dengan vivix

#3 Kanser 

Punca penyakit kanser adalah kerana DNA yang rosak membiak di dalam badan pesakit. Vivix Shaklee membantu membetulkan DNA yang rosak dan menghasilkan sel-sel yang baru bagi memulihkan pesakit kanser. Beberapa pelanggan kami telah bebas kanser dengan pengambilan Vivix secara konsisten.

Testimoni 1 :

Rawat kanser dengan vivix
Bebas kanser paru-paru dengan pengambilan Vivix.

Testimoni 2 :

Rawat kanser dengan vivix
Bebas kanser ovari dengan pengambilan Vivix.

Vivix ni bukanlah UBAT, tetapi suplemen yang membantu membetulkan punca penyakit. Jadi, proses penyembuhan tu tidaklah seperti ubat, ambil sedikit masa. Apabila punca penyakit sudah dibaiki, InshaAllah penyakit juga akan hilang.

#4 Gout

Antioksidan yang terdapat dalam Vivix membantu mengawal penghasilan asid urik yang menyebabkan Gout. Ini adalah pengalaman seorang anak yang berjaya membantu ayahnya keluar dari masalah Gout yang dihidapinya sudah berpuluh-puluh tahun.

Alhamdulillah kini sudah bebas Gout.

Testimoni 1 :

 

Vivix membantu menurunkan paras asid urik untuk pesakit gout
Bebas Gout dengan Vivix

“Ayah menderita gout berpuluh tahun. Pain killer dan ubat gout jadi peneman setiap hari. Sala makan sikit je mesti gout datang. Jalan sampai memapah dinding T__T

Tapi sejak amalkan Vivix satu sudu kecil setiap hari, Alhamdulillah takde lagi gout datang menjengah. Yang bestnya, boleh tinggalkan dah ubat gout dan pain killer yang dah bertahun ambil tu. Dan ayah dah boleh makanan makanan kegemaran semula! Syukur Alhamdulillah”

-Puan Zarith Sofia-

Testimoni 2 :

Vivix membantu menurunkan paras asid urik untuk pesakit gout

#5 Kulit Kusam, Tidak Sekata dan Nampak Tua Sebelum Usia

Resveratrol yang terdapat di dalam Vivix mampu memperbaiki DNA yang rosak, jadi dalam masa yang sama ia dapat memulihkan masalah kulit dan mengembalikan keremajaan kulit kita.

#6 Selalu Letih dan Tidak Bertenaga

Vivix dapat membantu ibu-ibu yang selalu mengalami masalah kepenatan melampau dan memberi tenaga segera kepada yang meminumnya.

Harga Vivix

Harga sebotol Vivix adalah RM503.50 (Harga runcit). Anda layak mendapat harga ahli secara PERCUMA dengan pembelian 2 botol Vivix pada bulan ini.

naikkan platelet dengan vivixSelain itu anda juga layak mendapat :-

  • FREE delivery
  • FREE membership
  • CASH back 5% bulan hadapan.

Buat pesanan hari ini untuk mendapat diskaun yang menarik!

Saya akan hubungi anda untuk uruskan pembayaran dan pendaftaran ahli secara PERCUMA. Boleh juga hubungi saya di sini.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail
✿FanPage : Tips Ibu Hamil, Berpantang dan Menyusu

Share Button

7 Petua Merawat Demam Denggi Tanpa Ubat

Demam denggi semakin meningkat di negara kita dari sehari ke sehari. Kalau dulu jarang-jarang dengar mereka yang kena demam denggi ni menemui ajal. Sekarang memang banyak juga dengar kes2 pesakit demam denggi yang tidak dapat diselamatkan terutamanya demam denggi berdarah.

Jika demam yang berpanjangan dan berlarutan, jangan berlengah atau buat acuh tak acuh untuk dapatkan nasihat dan rawatan doktor. Begitu juga jika ada tanda-tanda demam denggi, cepat-cepatlah dapatkan rawatan ya kerana demam denggi ni sangat berbahaya jika dibiarkan.

Apakah Demam Denggi

Sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.

Tanda-Tanda Demam Denggi

#1 Demam dengan suhu yang tinggi secara mengejut dan berterusan.

#2 Ruam merah pada kulit.

#3 Sakit teruk pada tulang, otot, sendi, biji mata dan kepala.

#4 Hilang selera makan.

#5 Sakit perut.

#6 Pendarahan pada badan, hidung dan mulut.

Tips Pencegahan Dan Kawalan Demam Denggi

Mencegah Pembiakan Nyamuk Aedes

#1 Tutup semua bekas menyimpan air untuk mencegah nyamuk bertelur.

#2 Salin air dan basuh pasu bunga, alas pasu, kolah mandi dan sebagainya sehingga bersih seminggu sekali.

#3 Bersihkan saluran air hujan (saluran bumbung) daripada air bertakung.

#4 Pastikan tempat bertakung air seperti tayar, kaca atau tin kosong dibuang untuk mengelak daripada menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

#5 Buang semua benda/bekas yang boleh menakung air seperti botol kosong, tin kosong, bekas plastik dan sebagainya secara betul (patuhi pengasingan bahan pepejal).

#6 Masukkan bahan pembunuh jentik-jentik TEMEPHOS seperti ABATE, AZAI, CREEK dan LAVETTE mengikut sukatan yang ditetapkan. (10 gram untuk 20 gelen air) 3 bulan sekali. Jauhi tempat kanak-kanak bermain kerana pembunuh jentik-jentik ini adalah bahan beracun yang boleh memudaratkan manusia.

Menghapuskan Nyamuk Dewasa

#1 Pasang jejaring nyamuk pada tingkap.

#2 Gunakan racun serangga (aerosol) di rumah jika perlu. Jauhkan ahli keluarga semasa semburan racun serangga.

#3 Semburan kabus (fogging) akan dilakukan jika berlaku kes denggi.

Bagaimana Mengenali Nyamuk Aedes

Rawat demam denggi dengan cepat

Foto : Google

#1 Dapat dikenali dengan berbelang hitam putih pada kakinya.

#2 Ia menggigit pada waktu pagi dan senja.

#3 Membiak di dalam air jernih dan bertakung.

#4 Kitaran hidup Aedes dari telur –> jentik-jentik –> kepompong hingga ke dewasa hanya 1 minggu sahaja.

Apakah Rawatan Demam Denggi?

Sebenarnya memang tidak ada ubat tertentu atau rawatan khusus untuk pesakit demam denggi, cuma apabila pesakit dimasukkan ke wad dan diberikan cecair untuk menggantikan cecair yang hilang dalam badan.

Bagi kekurangan platelet yang serius, pemindahan darah kepada pesakit dilakukan. Tiada ubat yang spesifik bagi meningkatkan bilangan platelet darah.
Dr. Zubaidi

    • Dalam kes demam denggi dengan atau tanpa renjatan, cecair yang diberi secara oral sudah memadai untuk menggantikan kehilangan cecair badan akibat demam kuat, anoreksia dan muntah-muntah.
    • Ubat antipiretik mungkin boleh digunakan untuk meredakan demam. Walau bagaimanapun, salisilat (sebatian yang mengandungi analgesik untuk melegakan kesakitan, antipyresis – mengurangkan demam dengan menurunkan suhu badan dan aktiviti anti keradangan seperti aspirin) perlu dielakkan kerana ia diketahui boleh menyebabkan pendarahan. Pesakit perlu diawasi dengan rapi bagi mengesan tanda-tanda awal renjatan.
    • Untuk pesakit-pesakit sindrom renjatan denggi, penggantian awal dan segera plasma yang hilang dengan plasma, penambah plasma dan/atau larutan elektrolit dan cecair akan menghasilkan kesan yang menggalakkan.

Rawatan bukan farmakologi

Rawatan termasuk:

  • Meningkatkan pengambilan cecair.
  • Meningkatkan bekalan oksigen.

Pesakit demam denggi perlu berehat dan minum lebih banyak air untuk segera sembuh. Pesakit yang mengalami renjatan ketika demam perlu diberi cecair secara intravena (melalui salur darah vena). Oksigen juga perlu diberikan. Untuk pesakit demam denggi berdarah, penggantian cecair badan yang hilang mungkin mampu menyelamatkan nyawanya. Bagi sesetengah kes, pemindahan darah perlu dilakukan bagi mengawal pendarahan.

Rawatan farmakologi

Tiada ubat khusus bagi merawat demam denggi. Rawatan adalah untuk menghilangkan gejala yang timbul.

Rawatan Demam Denggi Secara Semulajadi Tanpa Ubat-ubatan

#1 Minum Air Kosong Yang Banyak

Minum air kosong dengan kuantiti yang banyak untuk menggantikan cecair dalam badan yang hilang.

#2 Elakkan Makanan Berlemak dan Kurang Khasiat

Elakkan makan makanan yang berlemak, bergaram, yang mengandungi herba, pedas dan masin.

#3 Ambil Buah-buahan Yang Kaya Dengan Vitamin C

Banyakkan mengambil buah-buahan yang kaya dengan Vitamin C kerana Vitamin C penting untuk penghasilan sel darah putih. Sel darah putih ini membantu untuk membunuh bakteria atau dengan lebih tepat membunuh virus denggi dalam badan.

#4 Ambil Makanan Tinggi Protein

Ambil makanan yang tinggi protein selepas sembuh dari demam denggi untuk meningkatkan tenaga dalam badan.

#5 Ambil Sup Ketam

Petua ini adalah perkongsian dari orang ramai, katanya berkesan untuk menaikkan platelet dalam darah. Masak sup ketam dan minum sebanyak mana yang mampu.

#6 Minum Jus Daun Betik

Mengapa daun betik boleh mengubati denggi?

Menurut Dr. Sanath Hettige, daun betik mengandungi enzim seperti chymopapindan Papain. Iaitu bertindak untuk menormalkan bacaan platlet kita, membantu untuk hati berfungsi dengan lebih baik disamping membaiki hati disebabkan denggi.

Info : http://www.thehealthsite.com/diseases-conditions/can-papaya-leaves-help-cure-dengue/

Jus daun betik ubat denggi

Sumber : Azeniahmad

Begitu juga dengan petua minum jus daun betik ini. Ini adalah perkongsian dari orang ramai dan dari pengalaman mereka yang pernah menghidap demam denggi. Ramai yang mengakui keberkesanan jus betik ini dan sekarang ada dijual di farmasi. Boleh buat sendiri jus betik ini dengan mengambil daun betik, kisar dengan sedikit air dan diperah untuk diambil jusnya.

Jus daun betik ini sangat pahit tapi minumlah dengan penuh tawakkal dan doa. InshaAllah berkesan. 🙂

#7 Ambil Suplemen/Vitamin

Ambil suplemen/vitamin yang membantu pesakit demam denggi cepat pulih dari penderitaan demam denggi seperti :-

Ubat demam denggi

** Performance Drink **

Performance drink ini adalah sejenis minuman yang tinggi ion tanpa karbonat. Ia boleh :-

-membantu meningkatkan dan mengekalkan cecair dalam badan.

-mengelakkan cecair dalam badan hilang.

-mengurangkan dehidrasi.

** Vitamin C **

-meningkatkan sel darah putih untuk membantu membunuh bakteria (virus denggi).

** Nutriferon **

-Meningkatkan sistem imun badan kerana sistem imun pesakit demam denggi menjadi sangat lemah.

-Nutriferon memberi signal kepada sel darah putih supaya bekerja untuk membunuh virus denggi.

** ESP (Protein Soya) **

-Meningkatkan sumber tenaga kepada pesakit.

-Membantu menyimpan semula vitamin yang diambil kerana semasa demam denggi, banyak tenaga, cecair, vitamin dan mineral hilang. Ia juga dikenali sebagai KEBOCORAN DALAMAN.

Yang paling penting, ambillah suplemen untuk meningkatkan sistem imun yang boleh mencegah kita daripada terkena demam denggi.

** Vivix **

-Untuk meningkatkan jumlah platelet dengan cepat kerana pesakit demam denggi mengalami masalah platelet yang menurun terlalu drastik.

-Terbukti boleh menaikkan jumlah platelet dengan cepat. Ikuti perkongsian pelanggan saya di sini.

Naikkan platelet dengan vivix
Vivix membantu menaikkan platelet Kak Z

Klik link di bawah untuk tips menaikkan jumlah platelet dengan cepat.

Naikkan Platelet Dengan Cepat

Dapatkan Vivix Twin Pack sempena promosi Beli 2, diskaun 5 peratus.

naikkan platelet dengan vivix

Klik gambar di bawah untuk pembelian Vivix Twin Pack menggunakan Kad Kredit atau Kad Debit anda.

Vivix Twin Pack

Tetapi, anda layak mendapat KEAHLIAN PERCUMA dengan pembelian set ini. Rugi kalau tak ambil peluang KEAHLIAN PERCUMA ini.

Lebih baik anda hubungi saya dengan mengisi form ini. Saya akan hubungi anda dengan segera.

Dan boleh hubungi saya di 019-722 8520 (Laila) untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi Set Demam Denggi yang sesuai dengan bajet anda.

Atau boleh beli Set Demam Denggi dengan menggunakan kad kredit/kad debit di sini. Sila klik gambar di bawah.

Set Denggi

Sumber :

  • Jabatan Kesihatan Negeri-Negeri Sembilan
  • Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Pakar Nutrisi Shaklee Malaysia, Puan Sarah
  • Pengalaman mereka yang pernah menghidap demam denggi
Share Button

Konsep Eat Clean Yang Memang Terbukti Berkesan Untuk Menurunkan Berat Badan Tanpa Perlu Berlapar

Trending paling popular sekarang! Eat Clean! Nak kurus dengan eat clean pun boleh dan nak sihat dengan eat clean ni pun boleh.

Dan saya juga sama-sama terjebak!

Sejak November 2015 lagi saya memang bercita-cita nak diet. Sebab? Sebab bacaan Visceral Fat (Lemak di bahagian organ) sangat tinggi! Bacaannya 24 (kategori VERY HIGH!) Memang rasa sangat takut sebab boleh membawa MAUT! Mintak dijauhkanlah. Jadi saya berazam untuk turunkan berat badan. Saya mulakan dengan cara diet saya sendiri sambil berbasikal di sekeliling taman. Alhamdulillah turun juga dalam 3 kg macam tu. Dan alkisahnya terbaca di FB tentang eat clean ni. Memang terus berminat nak join. Memang ada group yang buat eat clean secara berkumpulan dan di coach oleh seorang cikgu. Saya join dengan Cikgu Fatin Ayuni yang glamour dengan panggilan Cikgu Yun/Ticer Yun. Boleh hubungi beliau untuk join kelas online dengan beliau yaa… 🙂

Ok, kembali kepada topik kita. Apa bendanya Eat Clean ni?

Konsep Eat Clean Yang Memudahkan Semua Orang Untuk Turunkan Berat Badan

#1 Makan pada waktu yang tepat dan tetap setiap hari.

Waktu Paling Baik Untuk Makan

 

#2 Makan dengan portion yang betul. Iaitu 1/2 pinggan sayur, 1/4 pinggan protein dan 1/4 pinggan karbohidrat.

portion pinggan eat clean
Sumber : Google

#3 Mesti makan 6X sehari dalam portion yang kecil.

#4 Minum air masak 2 – 3 liter sehari mengikut berat badan. Setiap 25 kg = 1 liter air.

Makanan perlu dielakkan untuk anemia

#5 Ambil buah-buahan dan sayur-sayuran segar setiap hari.

Vibrant Produce

#6 Sediakan sendiri makanan di rumah kerana kita boleh pastikan bahan-bahan yang kita gunakan adalah ‘clean’ (tiada garam, gula dan perisa yang berlebihan)

masak sendiri di rumah

 

#7 Makan lemak sihat seperti kekacang, avocado dan telur.

mixed-nuts-kernels

#8 Pilihlah makanan organik.

organic-food

Secara ringkasnya, anda boleh gunakan gambar di bawah sebagai panduan untuk Eat Clean.

PhotoGrid_1458324938446

Apa Yang Perlu Dielakkan Untuk Eat Clean?

#1 Elakkan makanan yang diproses seperti nugget, ayam goreng frozen, burger dan yang seumpama dengannya.

#2 Elakkan gula putih, roti putih. Gantikan dengan madu dan roti gandum penuh.

#3 Elakkan fast food seperti KFC, Pizza dan yang seumpama dengannya.

#4 Elakkan makan di luar. Jika keadaan memaksa untuk makan di luar, makan secara ‘clean’ iaitu portion yang betul dan tanpa kuah kerana di dalam kuah terselindung pelbagai perisa dan garam.

#5 Elakkan makanan yang bergoreng dan berlemak.

#6 Elakkan menggunakan minyak yang banyak atau minyak tidak sihat. Seeloknya gunakan minyak zaitun dalam kuantiti yang sedikit.

Ok, nanti kita sambung pula tentang cabaran yang saya lalui dengan Cikgu Yun selama 21 hari secara berjemaah.

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...