3 Teknik Mengenal Pasti Jaundis Pada Bayi

langkah kesan jaundis

Kebanyakan bayi yang dilahirkan mengalami jaundis atau lebih dikenali sebagai demam kuning. Ia sebenarnya tidak melibatkan demam tapi lebih kepada seluruh badan bayi berwarna kuning. Anak-anak saya pun begitu juga. Dalam 3 orang anak, anak ke 2 paling teruk dan terpaksa dimasukkan ke hospital untuk menjalani rawatan fototerapi.

Sebagai ibu bapa, kita haruslah peka dengan jaundis ni. Saya kongsikan 3 langkah mudah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa di rumah untuk mengenal pasti sama ada bayi kita kena jaundis atau tidak.

  1. Tekan hidung hingga empat saat menggunakan jari telunjuk. Kemudian lepaskan. Jika bayi mengalami jaundis, bahagian berkenaan akan kelihatan kuning.
  2. Cara yang sama boleh digunakan dengan menekan gusi bayi.
  3. Cara yang paling mudah untuk mengesan jaundis ialah menerusi mata putih bayi yang biasanya akan bertukar kekuningan jika mengalami jaundis.

Bagi bayi yang berkulit cerah, memang senang untuk mengesannya. Namun, sedikit sukar jika anak berkulit sawo matang. Namun begitu, caranya tetap sama seperti yang saya kongsikan di atas.

Jaundis adalah lebih berisiko tinggi bagi bayi pramatang atau ada faktor lain iaitu G6PD.

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...