Susu ibu berwarna kuning!! Susu badan saya basi ke??

baby zara day 1

Saya pernah ditanya oleh seorang ibu muda tentang susu ibu yang keluar dari payudara beliau berwarna kuning selepas melahirkan anak.

“Susu badan saya basi ke? Saya tak bagi kat baby dan yang saya pam pun saya dah buang dah sebab ingatkan susu saya basi!” katanya.

“Ya Allah, sayangnyaaaaaaaaaaaaa………. Itu bukan susu basi, itulah susu yang terbaik untuk anak kamu”.

Pernah tertanya-tanya seperti ibu muda ini? Atau pernah melakukan perkara yang sama? Jom kita tengok apa sebenarnya yang berlaku…

Kebaikan kolostrum
Kolostrum : warnanya kekuning-kuningan. Cecair emas yang terhasil di awal kelahiran bayi.

Susu Badan Lepas Bersalin Berwarna Kuning Tu NORMAL ke?

Ya, itu adalah normal dan itulah cecair emas yang terbaik untuk bayi anda. Ia juga dikenali sebagai KOLOSTRUM.

Kolostrum ialah

Cecair emas yang dihasilkan dalam minggu pertama atau lebih kurang 10 hari pertama selepas kelahiran. Ia kaya dengan protein dan antibodi

Apa Yang Ibu-ibu Patut Tahu Tentang Kolostum?

1. Kuantiti kolostrum biasanya sedikit.

2. Keluar dalam tempoh yang singkat, hari pertama hingga hari ke 10 (atau kurang).

3. Ia sangat kaya dengan protein dan antibodi yang diperlukan oleh bayi.

Ingat yaa, kolostrum inilah makanan paling penting dalam membentuk antibodi bayi kita dan pertumbuhan badan sehingga mereka dewasa/tua.

Kebaikan kolostrum
Kebaikan kolostrum dalam kehidupan bayi kita.

Tapi kak…….. susunya sikit sangat!!

Yaa, memang benar, kolostrum itu sangat sedikit sebab keperluan bayi yang baru lahir itu sememangnya sedikit mengikut saiz perutnya.

Saiz perut bayi yang baru lahir
Saiz perut bayi yang baru lahir

Usah gusar mahupun ragu, InshaAllah susu/kolostrum yang terhasil di awal2 kelahiran mencukupi untuk bayi kamu. 🙂

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...