Ubat Tahan Mengantuk Tanpa Perlu Letak Batang Mancis Kat Mata

Tahan mengantuk dengan cinch tea
Terpaksa tahan mengantuk sehinggakan rasa nak letak batang mancis kat mata

Pernah mengantuk? Sure pernah kan? Zaman sekolah menengah dulu, saya selalu sangat mengantuk. SELALU TAU!!!!! Dan selalu tidur dalam kelas. :(. Maafkan saya ye cikgu sejarah, cikgu matematik. m(._.)m
Saya bukan sengaja nak tidur, tapi mengantuk tahap gaban punya!

Ubat tahan mengantuk paling selamat
Macam nilah saya semasa belajar dulu, tak tahan mengantuk sehingga tertidur dalam kelas.

Bila masuk universiti, dah hilang mengantuk tu, tapi sebab saya ambil course yang agak tough bagi saya pada masa itu, saya terpaksa bangun malam untuk ulangkaji. Boleh dikatakan tiap-tiap hari saya akan minum Nescafe 3 in 1. Tiap-tiap pagi dalam masa hampir 2 tahun tau!!… Entah berapa banyak kafein dah terkumpul dalam badan saya ni.. huhuhu.. Tapi masa tu mana nak fikir sangat pasal kesihatan, pasal kafein atau pasal apa2. Yang penting adalah untuk tahan mengantuk aje.

Sekarang ni macam mana? Dah beranak pinak ni, dah berubah ke?

Disebabkan dah terbiasa minum nescafe/coffee, keinginan terhadap kafein tu masih ada. Terutamanya untuk berjaga malam. Maklumlah, saya sekarang sudah menjadi ibu yang bisnes dari rumah sepenuh masa, haruslah maintain stamina dan mata untuk pastikan bisnes berjalan lancar.

Sihat dan cergas sepanjang hari dengan cinch tea
Ibu hamil perlu elakkan kafein yang terlalu banyak dan amalkan pemakanan sihat.

 

Cuma sejak hamil ni, nak atau tidak saya mesti jaga juga pemakanan harian saya. Kalau ikutkan pendapat orang cina, langsung tak boleh ambik kopi atau teh sepanjang hamil. Pantang saya sepanjang hamil tidaklah terlalu ketat seperti pendapat cina ni, tapi memang hanya beberapa kali sahaja mengambil kopi sepanjang hamil ni.

Jadi, apa yang saya amalkan supaya saya dapat tahan mengantuk di samping tidak mengambil kafein daripada kopi?

Cinch Tea Menjadi Ubat Mengantuk Pilihan Saya

Sejak Cinch Tea ni kembali ke pasaran dalam sebulan yang lepas, setiap pagi saya akan minum Cinch Tea ni. Alhamdulillah, saya bukan sahaja tidak mengantuk pada malam harinya, tetapi saya juga dapat maintain kecergasan saya dari pagi hinggalah ke malam. Sehinggakan ada hari yang terlalu cergas, saya mampu vakum rumah, mengemop rumah, mengemas dapur dan garaj kereta serta memasak!! Sedangkan hari-hari sebelum saya ambil Cinch Tea, saya memang akan buat 1-2 kerja mengemas sahaja sebab cepat penat dan mengah walaupun baru 22 minggu kehamilan.

Ubat tahan mengantuk tanpa dadah
Ubat tahan mengantuk paling selamat

Setakat ni saya tak pernah lagi terpaksa minum 2 sachet untuk maintain kecergasan dan taham mengantuk sehingga tengah malam. Alhamdulillah, 1 sachet di pagi hari sudah cukup untuk saya segar bugar sehingga malam dan juga berjaga malam sehingga 1-2 pagi.

Apa kandungan Cinch Tea ni?

Teh eksotik putih, merah dan hijau Matcha dipetik dengan berhati-hati dan diadun sempurna untuk menghasilkan minuman yang sungguh luar biasa. Ia bertindak pantas untuk memberikan rangsangan tenaga semula jadi di samping meningkatkan kesihatan keseluruhan.

  • Rangsangan tenaga secara semula jadi dan selamat
  • Sedap diminum, sama ada panas atau sejuk
  • Alternatif terbaik kepada snek manis dan kopi
  • Cepat bertindak untuk meningkatkan tenaga
  • Bungkusan berbentuk ‘stick’ yang mudah bagi setiap sajian

Tiada perisa, pewarna dan pemanis tiruan.

Kredit : Shaklee Malaysia

Bagaimana dengan ibu-ibu sekalian? Apa ubat mengantuk kalian?

Jom kita tengok apa kata Puan Maria Awi ni. Beliau juga sedang hamil dan terjebak dengan ubat mengantuk paling selamat ni. Ada geng jugak rupanya saya ni.. ahaks.. 😀

Anda juga inginkan ubat tahan mengantuk yang selamat ni? Jom hubungi saya secepat mungkin sebelum anda terjebak dengan kopi terlalu lama dan terlalu banyak.

Ia pasti membantu anda menahan mengantuk dan meningkatkan stamina sepanjang hari.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-7228520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail
✿FanPage : Kenkoushoku.com

 

Share Button

Naikkan Paras Hemoglobin Semasa Hamil Elak Kena Bebel Dengan Nurse

Ibu-ibu hamil biasa dengar kan? Kalau Hb turun atau tak mengikut piawaian iaitu 11.0 ke atas, memang kena bebel kan? Ada juga nurse yang cool je, hanya bagi nasihat macam mana nak naikkan Hb. Tapi ada juga yang bising-bising dan marah-marah kan? Kita pun sebenarnya bukan sengaja nak bagi Hb kita turun kannnnn…..
Jadi, kita kenalah ambil tahu sikit tentang Hb semasa hamil ni sebelum ia turun ke paras yang membahayakan.

Naikkan Hb secara semulajadi
Hb low memang membimbangkan ibu hamil.

Ibu-ibu boleh tengok entry di bawah ni ya untuk mengetahui apa itu Anemia atau lebih dikenali sebagai Hb rendah ketika hamil.

Masalah Hb Rendah Ketika Mengandung

Selain dari kena bebel, banyak lagi yang kita tak suka nak buat bila dah mengalami masalah Hb rendah atau Anemia ni. Di antaranya ialah :-

1. Bagi ibu yang bekerja sepenuh masa, terpaksa ambil cuti dengan lebih kerap kerana terpaksa patuhi jadual check up yang kerap iaitu 1-2 minggu sekali untuk ibu-ibu yang ada masalah Hb ni.

2. Terpaksa makan apa sahaja makanan yang disyorkan untuk menaikkan Hb. Kadang-kadang di awal kehamilan, kita tak mampu nak telan semua benda walaupun sebelum hamil makanan tersebut menjadi kegemaran kita. Tambah-tambah lagi jika kita mengalami morning sickness yang teruk.
Nak tahu makanan apa yang perlu diambil untuk naikkan Hb, sila klik link di bawah ni ya. 🙂
Makanan yang membantu menaikkan Hb sepanjang hamil.

3. Terpaksa telan pil iron yang kadang-kadang membuatkan ibu-ibu terasa semakin loya dan boleh menyebabkan sembelit. Seksa tau kalau loya-loya teruk ni… 🙁
Dan lebih terseksa kalau kena sembelit, tak kisahlah masa hamil atau pun tak. Rasa nak menangis je dalam toilet… 🙁

4. Sudah semestinya kena ceramahlah dengan nurse atau pun doktor kan? Memang apa yang diorang bagitau tu sangat bagus tapi kalau kita taknak dengar dan hadapi, kita kenalah ambik langkah berjaga-jaga supaya Hb kita sentiasa stabil.

Jadi, Apa Nak Buat Kalau Tak Nak Buat Perkara-Perkara Di atas?

Testimoni 1 : Pengalaman saya sendiri

Saya kongsikan pengalaman saya ya. Saya sekarang hamil 22 minggu. Alhamdulillah Hb stabil dari awal kehamilan. Apa yang saya buat? Saya ambil 2 biji Vitalea (Vitalea with Iron) bersama-sama 2 biji Vitamin C. Kenapa perlu ambil dengan Vitamin C? Kerana Vitamin C membantu penyerapan Iron dengan lebih baik dan berkesan. InshaAllah Hb kita akan stabil. Boleh tengok buku check up kehamilan saya di bawah ni ya.

Hb naik dengan vitalea
Hb saya stabil dengan pengambilan 2 biji Vitalea Shaklee secara konsisten.

Selain dari pengalaman saya, ada juga testimoni dari customer-customer lain.

Testimoni 2 : Sis Aya Chalo yang sentiasa mengalami Anemia setiap kali hamil. Jom kita tengok video ni, apa kata beliau.

Testimoni 3 : Sis Aza, kena marah dengan doktor sebab bacaan Hb 9 je. Dengan 4 biji vitalea, Hb naik dalam masa 2 minggu.

Naikkan Hb dengan vitalea
Hb naik dalam masa 2 minggu dengan pengambilan Vitalea Shaklee

Kredit : OriginVita

Haaa….. apa lagi ibu-ibu? Jangan tunggu lama-lama untuk ambil vitalea ni. Selain dari membantu masalah Hb, vitalea ini juga memberikan nutrisi penting untuk bayi di dalam kandungan dan juga untuk ibu sendiri. Pilnya juga mudah ditelan dan tidak ada sebarang perisa mahupun pewarna.

Naikkan Hb dengan vitalea
Vitalea Shaklee yang diformulasikan dengan Iron

Dan berita baiknya, vitalea ni ada promosi sepanjang Febuari 2015 ni. Beli 6 PERCUMA 1 atau beli 2 ibu-ibu dapat 5% OFF.

Dapatkan vitalea dengan harga yang pasti berbaloi-baloi.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-7228520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail
✿FanPage : Kenkoushoku.com

Share Button

Masalah Anemia Ketika Mengandung Memang Membimbangkan Para Ibu

kekurangan zat besi

Ramai ibu yang mengalami masalah anemia  ketika mengandung. Dan ramai juga para ibu yang memandang enteng dengan masalah ini walhal ia sebenarnya perlu diambil serius dan diatasi dengan segera. Tambahan lagi semasa hamil kerana ia boleh mendatangkan komplikasi kehamilan yang serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, saiz bayi yang kecil, koma dan paling membimbangkan ialah kemungkinan ibu meninggal dunia.

Apakah yang dimaksudkan dengan ANEMIA ini? Jom kita tengok dulu apa sebenarnya ANEMIA.

Anemia ketika mengandung
Perbezaan bilangan darah merah yang normal dan anemia

Anemia adalah :-

keadaan di mana seseorang itu kekurangan sel darah merah yang berpunca daripada kekurangan zat besi di dalam badan. Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup.

Bagaimana Mengetahui Bacaan Normal atau Anemia?

Kepekatan darah ini boleh diketahui dengan penentuan tahap hemoglobin dalam darah melalui ujian darah. Bacaan-bacaan berikut menentukan anda mengalami anemia atau pun tidak.

NORMAL : bacaan lebih 11g/dl
ANEMIA RINGAN : bacaan 9 hingga 11g/dl
ANEMIA SEDERHANA : bacaan 7 hingga 8.9g/dl
ANEMIA TERUK : bacaan kurang daripada 7.0

Tanda-Tanda Anemia :

Masalah anemia ketika mengandung
Anemia amat membimbangkan ibu hamil

 

1. Pucat
2. Selalu letih lesu dan tidak bermaya
3. Kerap pening
4. Mudah pitam
5. Mudah mengah
6. Degupan jantung cepat

Kesan Anemia Kepada Ibu :

1. Mudah mendapat jangkitan
2. Mudah mendapat penyakit lemah jantung
3. Meningkat risiko kematian ibu semasa bersalin

Kesan Anemia Kepada Bayi Di Dalam Kandungan :

1. Keguguran
2. Pembesaran fizikal dan mental janin terbantut
3. Bayi mati dalam perut
4. Bayi lahir tidak cukup bulan
5. Bayi lahir kurang berat badan.

 

Cara Meningkatkan Pengambilan Zat Besi Melalui Makanan

1. Ambil makanan yang kaya dengan zat besi seperti kerang, lala, tiram, hati ayam, hati lembu, daging dan ikan bilis sekurang-kurangnya 4 kali seminggu.

2. Ambil sama buah-buahan yang mengandungi vitamin C seperti jambu batu, limau, mangga, betik dan tembikai untuk menggalakkan penyerapan zat besi.

makanan yang mengandungi zat besi untuk mengatasi masalah anemia
Makanan yang mengandungi zat besi untuk mengatasi masalah anemia

3. Pilih sayur yang tinggi zat besi dan asid folik seperti pegaga, daun pudina, ulam raja, pucuk gajus, bayam merah, kangkung, cekur manis, pucuk paku, pucuk keledek, daun remunggai dan peria.

4. Masak sayur-sayuran bersama perencah seperti ikan bilis, udang, sotong, kerang, hati, ayam, daging, telur, bebola ikan atau kek ikan untuk meningkatkan penyerapan zat besi.

5. Perah air limau ke atas pencecah makanan seperti sambal belacan, sambal asam, cencalok dan budu serta potongan buah-buahan segar.

6. Elak meminum teh, kopi dan susu bersama hidangan utama. Asid tanik di dalam teh dan kopi boleh menghalang penyerapan zat besi daripada makanan.

7. Sebaliknya, ambil jus buah-buahan yang tinggi vitamin C untuk meningkatkan penyerapan zat besi.

8. Ambil makanan yang kaya asid folik seperti kacang pis, kacang tanah, kacang parang, jagung dan emping jagung.

Meningkatkan Pengambilan Zat Besi Menggunakan Vitamin/Suplemen

1. Ambil semua pil yang dibekalkan oleh doktor atau jururawat bersama air kosong atau air buah.

2. Pil yang dibekalkan pil zat besi, pil asid folik, pil vitamin C dan pil vitamin B kompleks.

3. Elakkan mengambil pil-pil ini bersama teh atau kopi kerana ia boleh menghalang penyerapan vitamin.

4. Pengambilan pil zat besi mungkin memberi kesan sampingan seperti mual-mual, sembelit, sakit perut dan najis hitam. Kesan-kesan ini adalah sementara dan tidak merbahaya.

5. Pil-pil tersebut adalah selamat dan tidak akan menyukarkan kelahiran.

Sumber : Risalah Unit Pemakanan Pejabat Kesihatan Kluang

Share Button

Cara-cara mengatasi masalah sembelit tanpa menyakitkan dan memudaratkan

Cara-cara mengatasi sembelit dengan mudah
Sembelit memang menyakitkan.. 🙁

Jika di negara Jepun, ubat-ubatan untuk merawat sembelit ni memang sangat popular di kalangan wanita-wanita Jepun. Iklan ubat sembelit memang sangat kerap ditayangkan. Dulu, saya ingatkan wanita Jepun je yang hadapi masalah sembelit ni, rupa-rupanya wanita Malaysia pun menghadapi masalah yang sama. Bukan sahaja ibu-ibu hamil atau berpantang, tetapi gadis-gadis yang belum berkahwin juga menghadapinya kerana Herb-Lax menjadi vitamin LAWAS yang sangat popular dan digemari ramai serta sentiasa di order oleh adik-adik bujang di tempat kerja lama saya.

Ya, saya faham. Sembelit ni memang menyakitkan dan meresahkan! Kerana saya pernah hadapinya sekali semasa hamil anak kedua 4 tahun lepas. Ya Allah…. Seksa sungguh. Tapi masa tu belum kenal Shaklee lagi. Lagipun pregnant kan, tak boleh nak telan ubat atau apa2 sesuka hati. Seksanya… Allah sahaja yang tahu. Huhuhu.

Bagaimana Nak Mengatasi Masalah Sembelit Ni Tanpa Menyakitkan dan Memudaratkan?

1. Campuran Minyak Zaitun dan Perahan Lemon

Minyak zaitun dan lemon membantu melawaskan pembuangan
Campuran minyak zaitun dan lemon membantu mengatasi masalah sembelit.

Minum campuran minyak zaitun dan perahan lemon ini. Minyak zaitun berfungsi meredakan keradangan usus. Kajian yang dijalankan di Universiti Oxford membuktikan minyak zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon. Mengambil minyak zaitun di dalam pemakanan harian membantu melancarkan proses pencernaan anda.

Lemon pula bersifat asid dan berupaya melancarkan pencernaan di samping mencairkan lemak-lemak di dalam badan.

Daripada fungsi-fungsi minyak zaitun dan lemon di atas, maka tidak hairanlah campuran kedua-dua bahan ini dapat membantu mengatasi masalah sembelit yang anda hadapi.

2. Garam

Larutan air garam membantu mengatasi masalah sembelit
Larutan air garam membantu melawaskan proses pembuangan.

Ambil 1/4 sudu besar garam dan larutkan ke dalam air. Minum air garam tersebut.

Kadangkala sembelit yang dihadapi menjadi lebih teruk disebabkan oleh sekatan kalori atau lemak sihat seperti lemak yang ditemui di dalam ikan, kekacang dan avocado. Pengambilan garam ini bertindak sebagai pelarut lemak dan kalori yang diambil setiap hari.

3. Mengambil Kalsium + Magnesium

Ostematrix Shaklee yang lengkap dengan Magnesium membantu pelawasan.
Ostematrix Shaklee yang lengkap dengan Magnesium.

Di dalam usus, kalsium akan bergabung dengan hempedu yang berlebihan dan lemak yang mereput seterusnya membentuk gumpalan. Dan gumpalan inilah yang akan dikeluarkan sebagai najis dan membersihkan usus.

Magnesium pula berperanan melegakan otot dalam usus yang membantu untuk mewujudkan pergerakan yang lebih baik dan lancar. Magnesium juga berfungsi untuk menyerap air ke dalam kolon seterusnya melembutkan najis dan melancarkan pembuangannya dari badan.

Kredit : Vitaminkita

Maka perhatikan pil kalsium yang anda ambil. Pastikan kalsium itu dilengkapi dengan magnesium. Barulah ia benar-benar berfungsi untuk mengatasi masalah sembelit anda dengan mudah tanpa sebarang mudarat.

Bagaimana ingin mendapatkan kalsium yang lengkap dengan magnesium?

Ostematrix yang lengkap dengan Magnesium membantu mengatasi masalah sembelit dengan mudah.
Ostematrix yang lengkap dengan Magnesium membantu mengatasi masalah sembelit dengan mudah.

Shaklee menyediakan kalsium lengkap dengan magnesium, vitamin D dan beberapa mineral lain yang dinamakan OSTEMATRIX. Ostematrix ini bersifat semulajadi dan tidak membebankan buah pinggang.

Ia bukan sahaja sesuai untuk ibu-ibu hamil dan berpantang yang mengalami masalah sembelit tetapi sesuai untuk semua golongan dewasa hingga ke warga emas kerana ia bukan sahaja untuk mengatasi masalah sembelit tetapi membekalkan kalsium yang anda perlukan setiap hari. 2 dalam 1 tau. 🙂

Dan yang paling penting ialah, jangan jadi seperti ibu ini tau. 😀 😀

Seksa sepanjang berpantang anak pertama sehinggakan beliau serik nak bersalin lagi!!!!

Tapi bila dah jumpa dengan set pantang Shaklee, terutamanya Ostematrix, terus tambah anak. Dan sekarang sedang hamil anak ke-3. Tahniah untuk beliau!! 🙂

Jom tengok video ini.

Tentu anda pun taknak kan menghadapi sembelit sepanjang hamil mahupun berpantang kan?

Dapatkan ostematrix dengan harga terendah sepanjang Feb 2015 ini. Anda berhak mendapatkan 1 botol ostematrix secara PERCUMA dengan pembelian 6 botol ostematrix.

Hubungi saya untuk mendapatkan Ostematrix anda hari ini.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-7228520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail
✿FanPage : Kenkoushoku.com

 

 

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...