14 Teknik dan Petua Tambahkan Susu Badan

Tentu ramai ibu yang menghadapi masalah susu merudum atau susu yang makin kurang walaupu dalam pantang kan? Dan kebanyakan yang saya jumpa ialah masalah susu kurang selalu dihadapi oleh ibu-ibu yang kerjanya tidak tentu masa seperti jururawat, pekerja kilang yang kerja syif, jurutera yang selalu sibuk dan bermacam-macam profesyen lagi.

Petua banyakkan susu badan
Pasti ibu-ibu risau kan bila susu merudum??

Sebagai satu motivasi ibu-ibu menyusu, jom kita tengok apa kata Puan Farah yang gigih ingin menyusukan anaknya walaupun waktu kerjanya tidak menentu.

Puan Farah berusaha gigih untuk menyusukan anaknya sehingga usia 2 tahun.

 Apakah 14 Teknik Dan Petua Untuk Banyakkan Susu Badan Tu?

Ebm yang dikumpul dengan bantuan set menyusu shaklee
Susu perahan sepanjang tempoh berpantang dengan menggunakan set menyusu shaklee

1. Penyusuan Pada Waktu Malam/Awal Pagi

Paras hormon prolaktin iaitu hormon penghasil susu adalah paling tinggi pada waktu malam. Dengan kerap menyusu pada waktu malam, ibu-ibu dapat ‘menggesa’ tubuh untuk memanipulasi hormon prolaktin, seterusnya menghasilkan susu yang banyak.

2. Penyusuan Tambahan

Lebih kerap payu dara dikosongkan, lebih banyak susu dihasilkan. Tunggu sehingga 20-30 minit selepas penyusuan dan tawarkan bayi menyusu sekali lagi untuk penyusuan tambahan.

3. Pengepaman Selepas Penyusuan

Tambahkan susu badan dengan mengepam degan kerap
Menggunakan pam yang bagus dan berkualiti dapat meningkatkan penghasilan susu

Prinsip pengepaman adalah membantu anda menghasilkan susu lebih banyak susu. Bayi yang melekap dengan betul sangat efektif dalam mengosongkan payu dara lalu merangsang lebih banyak penghasilan susu.

Ibu-ibu digalakkan untuk mengepam 5-10 minit bagi setiap payu dara setiap kali lepas menyusukan bayi pada waktu siang.

Jangan risau jika tiada apa-apa yang keluar ketika anda mengepam kerana hisapan pam dapat merangsang payu dara untuk menghasilkan lebih banyak susu.

4. Power Pumping

Lakukan power pumping untuk banyakkan susu badan.
Power pumping adalah antara teknik yang paling berkesan untuk banyakkan susu ibu.

Rujuk kepada penerangan Power Pumping, sila klik link di bawah.

Teknik berkesan : POWER PUMPING

5. Breast Compression

Merangsang refleks ‘let-down’ secara semulajadi. Peranan ‘breast compression’ ialah memastikan aliran susu kekal lancar.

Apabila bayi hilang minat untuk terus menyusu atau hanya mahu melekap tanpa menyusu, sokong payu dara anda dengan ibu jari di bahagian atas dan jari-jari lain di bahagian bawah. Jauhkan daripada puting dan perlahan-lahan tekan payu dara. Teruskan lakukan tekanan sehingga bayi tidak lagi menyusu. Berhenti sebentar dan ulang semula tekanan yang sama. Setellah didapati bayi tidak lagi berminat untuk meneruskan penyusuan, tawarkan payu dara sebelah lagi

6. Ubah Payu Dara

Kerap tawarkan bayi untuk menyusu di kedua-dua belah payu dara berganti-ganti setiap kali penyusuan. Amalan ini dapat menggalakkan bayi yang mudah terlena untuk menghisap dengan lebih efektif dalam tempoh masa yang lebih panjang.

Apabila kerap melakukan amalan ini, ibu-ibu akan mahir dan tahu bilakah masa yang sesuai untuk menawarka payu dara sebelah lagi kepada bayi. Disarankan apabila hisapan bayi mulai lemah, cuba ‘breast compression’ terlebih dahulu diikuti dengan penukaran payu dara untuk menggalakkan bayi menyusu dengan lebih aktif.

7. Pam/Menyusu Setiap 2~3 Jam Sekali

Teknik banyakkan susu badan
Pam/menyusu dengan lebih kerap mampu banyakkan penghasian susu ibu.

Rujuk kepada penerangan tentang penyusuan kerap, sila klik link di bawah.

Teknik berkesan untuk tambah susu : Penyusuan Secara Kerap

8. Perah Menggunakan Tangan

Sekiranya pemerahan susu dengan tangan dilakukan dengan betul, cara ini lebih efektif dalam mengeluarkan susu yang lebih banyak.

Sila klik link di bawah untuk mengetahui cara-cara memerah susu dengan tangan/marmet.

Cara Perah Susu Guna Tangan

9. Tawar Kedua-dua Belah Payu Dara

Tawarkan kedua-dua belah payu dara kepada bayi anda kerana penyusuan sebelah payu dara lazimnya tidak membantu anda merangsang lebih banyak susu. Lebih kerap kedua-dua belah payu dara dikosongkan, ia lebih baik dan lebih efektif untuk penghasilan susu yang lebih banyak.

Sekiranya bayi anda sudah tertidur selepas penyusuan sebelah payu dara, pam payu dara yag sebelah lagi sehingga ia benar-benar kosong.

10. Rehat/Kawal Stres

Dapatkan rehat yang mencukupi dan kawal tahap stress ibu-ibu. Ini adalah SANGAT PENTING. Ketika di rumah bersama bayi, ibu-ibu disarankan tidur semasa bayi tidur. Ketepikan sebentar urusan rumah tangga dan minta pertolongan daripada suami/ahli keluarga untuk membantu anda.

11. Pemakanan Seimbang Dan Sihat

Sebagai ibu menyusu, anda perlu jaga pemakanan. Selain makanan utama, dapatkan juga snek di sela makan utama. Dengan pemakanan seimbang, ibu-ibu lebih sihat yang mejadi faktor penting dalam penghasilan susu.

Ibu-ibu perlu makanan yang kaya protein, kalsium dan zat besi untuk memastikan badan sentiasa sihat dan cukup nutrisi.

12. Pengambilan Cecair

Amalkan meminum segelas air setiap kali anda menyusu atau mengepam di samping pengambilan air sebanyak 8-10 gelas sehari seperti yang biasa disarakan.

13. Pengambilan Ubat-ubatan

Dapatkan nasihat doktor/pakar laktasi sebelum mengambil sebarang ubat untuk merangsang tubuh menghasilkan lebih banyak susu.

Sumber : Puan Rita Rahayu, Pakar Laktasi IBCLC

14. Pengambilan Makanan Tambahan/Supplement

Dapatkan makanan tambahan yang boleh menggalakkan penghasilan susu yang lebih banyak seperti Alfalfa. Alfalfa memang terkenal sebagai ‘milk booster’/penggalak penghasilan susu yang sangat berkesan.

Rujukan : Alfalfa adalah milk booster yang baik.

Sentiasa cergas dengan pengambilan set menyusu shaklee
Set menyusu yang mampu membuatkan ibu-ibu senang hati dan gembira.

Anda boleh juga mencuba Set Menyusu Shaklee seperti yang diamalkan oleh Puan Farah. Beliau mengambil Set Menyusu Lengkap iaitu Protein ESP, Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa dan Ostematrix.

Puan Farah berjaya mengumpul stok susu dalam masa 2 minggu!! Pada mulanya beliau hanya mendapat 2 oz tetapi selepas mengambil Set Menyusu Shaklee, beliau mendapat 7~10 oz setiap satu sesi pengepaman.

Sila klik link di bawah ini untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Set Menyusu Lengkap ini.

Set Menyusu Yang Pasti Berbaloi

Anda boleh dapatkan dengan harga yang sangat istimewa sempena promosi Protein ESP sepanjang bulan Mac ini.

Hubungi saya untuk konsultasi dan juga pembelian Set Menyusu Istimewa ini.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-7228520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail
✿FanPage : Kenkoushoku.com

 

 

 

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge