14 Kelebihan Berbengkung Selepas Bersalin

Memakai bengkung adalah salah satu perkara WAJIB yang diamalkan oleh ibu-ibu selepas bersalin tanpa mengira bersalin secara normal atau secara pembedahan.

Bersalin secara pembedahan pun boleh pakai bengkung?

Ya.. Boleh!! Kerana sekarang ni sudah ada bengkung yang sesuai untuk ibu bersalin secara pembedahan.

Kelebihan memakai bengkung selepas bersalin

Kelebihan memakai bengkung selepas bersalinGambar : Bengkungmoden

Inilah dia bengkung tersebut, yang juga dikenali sebagai bengkung moden. Selain untuk ibu bersalin secara pembedahan, bengkung ini juga boleh dipakai oleh ibu yang bersalin secara normal. Lebih-lebih lagi ibu yang berpantang sendiri di rumah.

Saya pun ada satu bengkung ni. Masa berpantang anak kedua, saya berpantang sendiri di rumah. Dengan adanya bengkung ni, mudah saja untuk saya buka dan pakai tanpa perlukan bantuan.

Oppss.. Tujuan utama adalah saya nak share tentang kelebihan dan faedah memakai bengkung selepas bersalin. Mungkin ada juga yang tak suka berbengkung ni, tapi pendapat peribadi saya, pakailah bengkung sekurang-kurangnya 30 hari selepas bersalin. Paling bagus sehingga habis pantang iaitu 44 hari. 😀

Kelebihan dan Faedah Memakai Bengkung Selepas Bersalin

#1 Membuang angin di dalam badan.

#2 Mengempiskan perut dan memulihkan keadaan kulit perut seperti mengurangkan kesan regangan, melicinkan serta menghilangkan tompok-tompok hitam pada kulit perut.

#3 Mengembalikan kedudukan peranakan/mengelakkan rahim jatuh.

Amalan semasa berpantang

#4 Mempercepatkan pengeluaran darah kotor.

#5 Mengelakkan badan daripada ‘masuk angin’.

#6 Mengecutkan rahim selepas bersalin.

#7 Mengelakkan masalah perut buncit dan menggelebeh.

#8 Mengurangkan berat badan supaya badan kembali ke berat asal sebelum hamil.

#9 Mengurangkan rasa sakit pada perut selepas bersalin.

#10 Mengetatkan perut dan otot-otot yang longgar semasa kehamilan.

#11 Melindungi organ dalaman dan membolehkannya mengecut dengan cepat serta kembali ke kedudukan asal.

#12 Memecahkan lemak dan selulit.

#13 Menggalakkan postur badan yang baik dan membantu proses penyusuan.

#14 Mencegah daripada makan yang berlebihan. 😛

Selain daripada berbengkung yang sangat penting ni, ibu-ibu boleh baca amalan-amalan lain sepanjang berpantang. Sila klik link di bawah ni ya..

Amalan Selepas Bersalin

Selain itu, boleh rujuk juga amalan yang dilarang semasa berpantang di link di bawah ni ya.

Amalan Yang Dilarang Semasa Berpantang

Selamat berpantang dan menyusu dengan gembira yaaa ibu-ibu. Ibu gembira dan ceria serta sihat tubuh badan dapat menghasilkan susu ibu yang cukup untuk cahaya mata kesayangan anda. 🙂

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge